December 30, 2008

Salam MAAL HIJRAH

Sedar tak sedar dah masuk tahun baru bagi umat Islam..tutup kitab lama buka kitab baru.Semoga tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...

Pada 26hb yang lepas, kami sekeluarga pulang ke kampung suami di Pontian.Anak-anaklah yang paling suka dapat berjalan dan berjumpa sepupu-sepupunya disana.Tujuan balik tak lain tak bukan kerana nak menjemput anak daraku yang sudah 2 minggu tinggal di sana.

Kali ini kami mengubah selera perjalanan. Pukul 4 pagi dah bertolak. Seronok dan rasa lebih selesa memulakan perjalanan waktu itu. Sunyi tambahan tak banyak kenderaan.Singgah solat subuh dan sarapan di Hentian Pagoh.Tepat jam 8.30 pagi sampai ke destinasi.Pastinya selepas ini kami akan mengekalkan waktu perjalanan seperti ini.

Esoknya pula kami ke Batu Pahat melawat bapa saudara suami yang sakit.Panas sungguh cuaca disana.Terasa seperti hari raya pula,almaklumlah sebenarnya kami balik kampung ni setahun sekali sewaktu raya aidilfitri.Seawal pagi lagi saya sudah mengingatkan abang ipar supaya balik awal kerana kami tak mahu ketinggalan untuk berdoa awal dan akhir tahun.Walau pun sampai semula ke pontian lebih kurang 6.45 ptg,Alhamdulillah sempat juga menunaikan hasrat kami suami isteri.(itupun setelah memecut 160km/jam-jalan kampung)..Jiwa lebih tenang dan damai selepas itu.Harapan diri ini semoga ada perubahan yang lebih besar untuk kami sekeluarga.Perubahan yang baik ke arah lebih baik..aminn

0 comments: