27hb Januari..
Journal
2.50am-bangun,bersih diri,solat
3.30am-Stat masak-kan da janji nak pergi pd ari ni..kena la masak pagi-pagi..
-menu picnic ari ni:
- Nasi puteh, ayam masak merah,sayur campur, keropok udang,sambal siput mentarang,rendang ayam (mak bagi semalam),cekodok pisang (perghhh..kecur ayor liur)air kopi,air putih,jus limau,jajan..
6.00am-Bangunkan semua orang...solat ..solat.(masak pun da setel)
6.30am- Susun baju dalam beg.
Lepas waktu ni aku da tengok jam da..da tak ingat da...Begitu begini kami bertolak ke Port Dickson tolak campur(lebei kurang) 10.30 am.
Port nak lepak memang da ada.Masya-Allah ramainye umat manusia.Ni le padahnya pegi musim semua orang cuti.Panas terik membahang pun apa kira.Termasuk yang menulis ni.Err..tak lupa juga aku telah menjemput abang sulong ku untuk sama-sama meramaikan suasana kat tepi dan tengah laut.
Siap pasang khemah, makan la dulu baru mandi.Seronoknya anak-anakku bukan kepalang termasuk la si comel lote laila is laila..First time dia menjilat kemasinan air laut.Rasanya setahun da aku menghentikan aktiviti berkelah dan camping ni.Patut pun diorang suma teruja.
Panasnye...membakar kulit betul..tapi bila da berada dalam air tak rasa semua tu.patutla ramai yang berendam!Papehal pun aku da tunaikan janji pada anak-anak.Dah tu...buat lak janji baru..Adusss....nanti kita pegi mandi laut kat sabah.Lagi Best.Sabah je ibu tak sampai lagi...kalau da sampai,lengkapla hidup ibu sbg rakyat Malaysia!HMMM...Apa lagi diorang ni terkinja-kinjala...Insya-Allah..jual susu banyak-banyak tahun ni..2009 tahun bebas hutang!..Yeeehaaaa!!
Cuma yang paling dikesalkan ialah tiadanya kemudahan tandas..Grrrr.....tandas ada tapi sedang di perbaiki.Cubala bayangkan......Akhirnya..selepas puas berendam,melawan ombak(konon!)masa untuk pulang pun tiba.Aku siram-siram je diorang sorang sikit air yang ada.Aku dan Husband?...pergi masjid le...Asar pun tak lagi..elok bonar la tu!Nak wat camner tak de air..
Itulah dia Malaysia Bersih dan Indah! (Padahal sampah...Lu pikir la sendiri)
0 comments:
Post a Comment