Sebagai manusia, kita semua akan dapat sakit, dari sekecil kecil sakit sehingglah ke sebesar besar sakit, dari penyakit bisul sehinggalah ke penyakit barah..
Dan manusia punya sakit ada limit, yang mana apabila jasad dah tak dapat tahan menerima beban kesakitan, maka manusia akan bertindak balas menjadi pengsan, dan jika menerima beban kesakitan yang lebih dahyat lagi, maka manusia akan bertindak balas menjadi mayat.. habis cerita.
Itu bab sakit jasmani, jika sakit nurani atau sakit hati pulak, manusia akan bertindak balas menjadi mereng, atau gila babi.. habis cerita.. Sakit sebab kita alami dalam keadaan sedar, yang mana sakit ‘macam’ tak boleh gunakan otak tapi tetap kena solat sebab masih boleh jugak guna otak walaupun menderita tapi sebab masih boleh bergerak, maka nak jugak kena solat…
Aku bagi contoh sakit yang pernah aku alami,baru-baru ini, sakit yang mana tidak memberi peluang untuk aku buat kerja lain… hanya mampu mengerang kesakitan menahan azab dan terpaksa bertahan dalam keadaan separuh nyawa atau nyawa nyawa ikan.. memang teruk, macam nazak gitu.. sakit yang ‘macam’ tak boleh gunakan otak tapi tetap kena solat sebab masih boleh jugak guna otak walaupun menderita tapi sebab masih boleh bergerak, maka nak jugak kena solat… sama sama kita fikir bab ni..
SAKIT PERUT
Aku tak pernah lagi sakit perut yang kriktikal (sakit bersalin belom lagi dikira sakit kritikal bagi aku...sebab itu Allah kurniakan aku 5 askar..ooppsss 6 sepatutnya) tapi baru-baru ini aku sakit perut sambil berguling guling, orang tengok aku pun tahu betapa sakitnya, lamalah jugak sakit perut tu..,2 ke 3 hari (biasanya kejap.., sebab aku sakit perut waktu nak ***** jer, bertambah sakit jika tak jumpa tandas.. heh!)
Hoh...ini aku rasa bahana makan kat restoren depan opis la ni..(buruk sangka)...tapi rasanya mungkin kot sebab ada dua orang lagi kawan aku seoppis menerima nasib yang sama.Terima kasihla kepada bos aku yang tetiba prihatin menawarkan air.Tapi aku masih gagah tak ambik mc sebab aku dah apply cuti (akhirnya cuti aku untuk melayan sakit sahaja)
Dalam syurga tiada doktor dan hospital. Ini adalah kerana ahli syurga tidak akan sakit lagi buat selama-lamanya, Indah Waterpun takde.., tapi dalam neraka, comfirm tiada doktor dan hospital walaupun semua orang di dalamnya sedang sakit, err, kalau doktor adapun, sendiri kena azab maaflah bang dalam neraka bilik mayat takde,harap maklum.
Siapa sakit naik atas bermaksud: orang sakit, darjatnya akan naik.
DAH MASUK MUSIM DURIAN KE?
11 hours ago
0 comments:
Post a Comment