Setelah beberapa lama aku diterpa kesibukkan yang amat..begitu meletihkan.Berulang alik ke Putrajaya seminggu ini cukup membuatkan poket dan perutku kempis!!baru hari ni dapat meluangkan masa membersihkan segala sawang di komputer..
18 Julai lalu besdey ku yg ke 34..Haaaa? sudah 34? rasa macam baru nak masuk 21..rasa macam baru nak belajar bercinta...hak..hak..hak (gelak gatal!!)
So..pada 18 Julai (Sabtu).. kami sekeluarga bertolak ke PD Sanctuary...Saja nak berehat lagi pun ada baucer free kan..gunakan je la..Nak kata hadiah befday pon tak jugak sebab masei menunggu hadiah befdey yang diimport khas dari Bandung..(tak sampai lagi)..
Kami bertolak pun da petang..lari dari rancangan asal.hajat hati nak check in pukul 12.Sampai sana pukul 6.30..Sebabnya sepanjang perjalanan banyak betul tempat persinggahan.Tak lupa juga mak, ayah dan adik azhar pun joint kami sekali.
Da puas berkayak nak main pingpong pulak..Sayangnya aku tak dapat joint sebab kena larikan Ilham yang mula menangis merebutkan bola ping pong.."Siann abang..abang nak main dengan ibu sebab ibu terer"
Sepatutnya check out pukul 12 tapi kami semua keluar pukul 3.30 petang. Jangan malu2 buat macam tempat sendiri. Azhar balik ke Melaka dengan mak.Along datang jemput dari Seremban (Bosar pangkat kau yo!!)Alif dan Hakim ambil kesempatan ikut nenek mereka..Nampaknya aku terpaksa ubah haluan..
Sebelum balik aku ronda2 pekan PD. Singgah sekejap kat Baden2 Bundle.(lama aku rasa).Makan-makan kat Pantai Batu 4.Makan ayam Panggang..(Terpaksa lengahkan masa sebab kalau aku balik KLIA tiada siapa kat rumah!)
Orang yang pergi Melaka dah sampai dulu dari kami..hahaaha..
Walau apapun tetap terasa kepuasannya..dapat bersama-sama sekeluarga. Selalunya aku ke kanan..hubby ke kiri..Kakak pun dapat release tension seketika sebelum pra-UPSR ni..
(Aku ada lagi 6 keping baucer free lagi nak dihabiskan sehingga hujung bulan Disember ni!!)
2 comments:
manyaknya baucer... tauke mana yg baik hati tu..!
taukey balak tu....
Post a Comment