July 30, 2009

Sekalung Tahniah buat A.Y.A.H

Pada 24hb. Julai 2009 yang lepas, ayah bersama kumpulan marhabannya telah berjaya menjuarai Festival Nasyid, Berzanji dan Marhaban Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus.Ayah mewakili Masjid QRTS Klia, Nilai.

DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni AlMahum Tuanku Munawir telah berangkat menyempurnakan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Festival Nasyid, Berzanji dan Marhaban Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus di Dewan Besar, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi.


Sayangnya aku terlepas untuk menyaksikan kejayaan tersebut kerana terikat dengan tugasan. Malangnya aku juga tak jumpa sebarang gambar pada majlis tersebut setelah carian dibuat.Kasihan juga pada ayah kerana tiada sesiapun dari kumpulan mereka yang sempat merakam gambar di hari bersejarah itu.

Ayah dari dulu hingga sekarang begitu aktif dengan kumpulan marhaban.Bertanding di mana sahaja. Sekalung Tahniah buat ayah dan kumpulannya..
(siapa di antara kami yang boleh ikut jejak ayah?...tado...kot...tapi alif sudah mula menunjukkan bakat dengan suaranya yang serak2 basah)

p/s : saya akan coba jugak carikkan gambar tu ayah pasti ada..!!

2 comments:

UN said...

tak sempat ambik gambar... masa sampai tu persembahan kumpulan kuaters KLIA dah berlalu. tak tau Pak Usop tu ada masuk betanding,, apa pun tahniah..! gambarnya terpahat dalam memory.Bukan main hensem masa tu , tak bawak camera.

ilhamhainy said...

pak usop mmg maintain hensem...frust nampaknya ayah ai x dtg snap gambar dia n the geng...sob..sob