May 27, 2010

...kalau tak dipecahkan ruyung




Niche Access - Niche Access yang berkonsep baru,"Gabungan Pengguna dan Peniaga - Membina platform usahawan, menukar perbelanjaan menjadi pendapatan - Gabungan Sumber, Kekayaan Bersama"

Kali ini kita berbelanja, kita dapat duit noooo....

More details....don't shy-shy call me ha....013- 329 7204 (Hainy)

May 25, 2010

sAAtnya...


Sampai satu saat dan ketika saya dihimpit rasa rindu yang amat sangat terhadap arwah mak.Sampai satu saatnya saya dirundung perasaan yang sangat sayu dan sedih yang mendalam..Seperti seakan mahu memanggil dia pulang..tapi...mana mungkin...

leleh sudah peluhku
entah dari mana menghulu
apakah pori-pori yang merekah
atau sengat mentari di tanah rengkah
ternyata dari rindu yang mulai gundah
sudahlah,
jangan biarkan mengaduh
tapi ke mana nanti peluh kan bermuara
apakah menyejat begitu saja di panas udara
atau bersama jejak tak berbekas
ternyata berakhir sepi di relung dada

lelah sudah langkahku
mengeja rasa sakit, menyiang rasa sunyi
sekarang pun telah lancar kubaca perih
tak terkata-kata lagi saat merintih
tapi kenapa rindu tak jua membeku


p/s : Al-fatihah

May 20, 2010

Kisahnya...jangan ikut sebarangan




Sekarang ni sudah menjadi trend kaum wanita yang bertudung mengikat sanggul tinggi-tinggi.Saya tak nampak di mana cantiknya..Pernah saya katakan pada teman sepejabat bahawa wanita yang mengikat sanggul seperti itu umpama wanita dalam pantang.

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Apabila diikat-ikat dan disimpulkan perkara-perkara di atas,semuanya akan kembali kepada satu yakni niat.Jika baik niat anda,insya Allah,anda dapat pahala jika tidak anda dapat dosa.Jika anda menjaga kecantikan diri anda untuk bakal suami anda,insya Allah,syurga balasannya tapi ingat,jangan berlebih-lebih.Dan kepada wanita yang bersuami,anda wajib menjaga kecantikan anda.

Suami tidak akan cakap , ayang pakai lah tu,kuruskan sikit badan ,senam la sikit,pakai pewangilah dan macam-macam lagi kerana lelaki biasanya merupakan pemerhati yang setia dan kerjanya hanya memerhati.Bila subjek yang diperhatikan itu tidak menarik,maka mulalah dia mencari subjek yang lain untuk diperhatikan.Ha,masa ini barulah sibuk cari itu cari ini.Sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian,tiada guna beb~

Jika anda telah terlanjur memakai tudung tapi berbonggol unta,memakai baju tapi nampak susuk tubuh badan,memakai pakaian sang lelaki,anda masih selamat.Insaflah.Allah menerima taubat hamba Nya walau apa-apapun jenis kesalahan selagi tidak mensyirikkan Nya.

Akhir kata,sama-samalah kita menjaga aurat,tidak kisahlah lelaki atau perempuan,semua ada batasnya.Wallahua’lam.










May 19, 2010

Bon Voyage...Adios...Annyounghi Gaseyo

Semalam saya berkesempatan menghantar ayah ke airport.Mak dah Norli dan adik Azhar turut hadir bersama.

Pakej Andalusia di bawah naungan Ustaz Daud Che Ngah adalah pilihan ayah pada kali ini.
Check-in kira-kira jam 1 pm dan berlepas kira-kira jam 3 pm.

Harapan saya semoga mereka selamat kembali ke tanah air dengan wajah dan azam yang baru.Mereka dijangka pulang ke tanah air pada 31hb Mei 2010 jam 10 am.

Ma a' ssalamah wa ilalliqa'

May 18, 2010

Umrah.....

Hari ini ayah akan berangkat ke tanah suci Mekah menunaikan umrah bersama rombongan ahli keluarga sebelah isteri baru selama 2 minggu.

Selamat beribadah ayah dan didoakan semoga segala urusan berjalan lancar dan mendapat syafaat-Nya..Amiin..

May 17, 2010

Mari mengenang GURU (Part I)

Tarikh 16 mei telah diishtiharkan sebagai Hari Guru setiap tahun di Malaysia.Ia mula di sambut sejak tahun 1972.Seperti tahun sebelumnya tema hari guru masih lagi 'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA'.Selamat hari Guru buat bekas guru2 yang mengajar saya sehingga jadinya saya seperti hari ini dan juga buat guru2 di seluruh Malaysia.

Bapa saya juga adalah seorang guru.Ibu saya juga adalah seorang guru kepada anak-anaknya.Saya juga dulu adalah calon seorang guru. Mungkin rezeki saya tiada di situ kerana terikat dengan MARA.Tawaran diterima pada tahun terakhir.Sukarnya membuat pilihan. Dan...sekarang saya juga adalah seorang guru...kepada anak-anak..

Disini saya ingin mengenang kembali guru-guru yang pernah mengajar saya dari sekolah rendah hingga peringkat tertinggi..inilah bisikan hati yang ikhlas dari saya....Jomm.....

Sekolah Kebangsaan Ampangan.

Cikgu Tengku Aziz -

Beliau adalah guru kelas saya ketika berada di Tahap 2. Tak berapa Nak garang. Mengajar subjek Bahasa Malaysia. Beliau suka dudukkan saya di sebelah pelajar lelaki.Tika itu belum berapa nak pandai menyatakan ketidakpuasan hati tentang kegemaran beliau itu.Tapi..pasti ada sebabnya...hehehehe..Bila Mengajar dia hanya berdiri setempat dan suka tersenyum simpul.Seingat saya beliau sangat suka berkebun dan selalu menceritakan perihal kebunnya..Beliau adalah seorang guru yang sangat sabar dan tidak pernah meletakkan tangannnya ke atas anak murid. Itulah Beliau yang saya kenali.

Mr. Lim -

Beliau adalah seorang guru Bahasa Inggeris dan sangat garang. Beliau juga adalah guru penasihat pengawas a.k.a pengganas. Kegemaran beliau adalah suka meletakkan minyak cap kapak pada tuala tangan dan menghidunya. Kalau berbau minyak cap kapak tahulah itu Mr. Lim.Beliau sangat suka menyuruh saya membaca di dalam kelas. Pujian beliau selalu membuatkan saya bangga hingga melimpah-limpah air di gelas.Ramai murid yang takut dengan beliau kerana terkenal dengan kegarangannya. Pasti semua terbayang lebarnya tapak tangan beliau.Saya tak pernah meletakkan rasa takut terhadap beliau kerana pujiannya yang melambung-lambung itu..

Beliau juga adalah tenaga pendidik dalam sukan olahraga. Selalu memanggil saya dengan panggilan 'kecik'. Suka marah saya jika tidak dapat memintas pasukan lawan tetapi sangat suka menepuk bahu saya kuat-kuat jika berjaya meraih sebarang medal dalam Sukan Olahraga Antara sekolah-sekolah.

Teacher Jeswant Singh -

Orangnya tinggi, kurus, berwajah cengkung dan berambut panjang mayang mengurai.Mengajar Bahasa Inggeris sewaktu saya darjah 3. Agak garang...tak dia memang garang.Tapi dia baik dengan saya..Ehh..kenapa semua cikgu baik dengan saya ha...?Apa yang menarik tentang beliau ialah cara beliau berpakaian. Mungkin ketika itu etika berpakaian belum di titik berat, gemar berbaju sendat dengan kain @ skirt panjang ketat membelah hingga ke pangkal peha. Itu penyebab yang membuat saya tertunggu masa beliau..hehehehe..Pernah arwah emak memarahi saya kerana speaking saya terikut-ikut slanga beliau.Paling saya ingat keprihatinan beliau terhadap anak murid. Satu hari, sewaktu sedang mengajar, beliau tiba-tiba menegur saya- 'Intan what happen to you, who scold you?" Tika itu mata saya sedang berair merah gara-gara terkena infection pada tapak kaki yang terpijak selumbar kayu.Bulan puasa ketika itu...ya...saya masih ingat lagi. Saya terus menceritakan penderitaan yang saya alami kerana tapak kaki saya telah menanah.Tanpa berlengah masa, beliau terus ke bilik guru dan memanggil ayah saya untuk datang segera..Itulah antara kenangan saya dengan beliau.

Cikgu Siti Rohani -

Beliau adalah guru muzik. Berkulit putih cerah, leher ulas limau dan berambut pendek.badan sedikit berisi tetapi beliau tinggi orangnya. Selalu juga berpakaian agak ketat membayangkan seorang yang up to date. Beliau juga adalah pengasas PBSM dan pernah membawa persatuan kami melawat kilang biskut.Beliau telah memilih saya untuk menyertai pasukan koir sekolah tetapi tidak dibenarkan oleh ayah ketika itu.

Ustaz Kamaluddin -

Al-Fatihah untuk beliau. Seorang guru agama yang sangat saya sayangi dan sanjungi.Sangat pandai mengajar tajwid.Saya rasa cara penyampaian beliau amat mudah difahami. Saya adalah anak didik beliau dalam pidato dan syarahan agama dari darjah tiga hingga darjah enam.Beliau akan melatih saya bersungguh-sungguh dan pastinya selalu membuatkan beliau berasa bangga dengan setiap kemenangan saya.Ayah juga selalu hadir ke setiap pertandingan syarahan dan pidato yang saya sertai. Sangat bangga bila berjalan di atas pentas mengutip hadiah..Suka juga mempermainkan beliau di dalam kelas. Umpamanya, tiada seorang pun yang dapat menjawab soalan, saya akan mengangkat tangan dan bila diminta untuk menjawab, saya akan membalas...'tak da apa-apa la ustaz'...beliau adalah guru agama terbaik saya...

Cikgu Fatimah Sham-

Beliau hanya sesekali masuk menggantikan guru di kelas saya. Mengajar Bahasa Malaysia. Beliau adalah guru kelas kuning. Yang mengeratkan kami adalah bola jaring dan pertandingan bercerita. Beliau yang bersungguh-sungguh melatih saya dalam pertandingan bercerita hingga berjaya ke peringkat negeri. Selain itu ayah dan arwah mak juga adalah penyokong dan pengkritik utama saya. Masih lagi saya ingat apabila Sekolah Kebangsaan Ampangan membawa satu bas penyokong untuk menemani saya bertanding di Sekolah Kebangsaan Petaseh, Jelebu hasil usaha keras cikgu Fatimah Sham. Ini juga adalah julung-julung kalinya S.K.Ampangan berjaya ke peringkat negeri.Oh ya, pembantu saya ketika itu adalah saudara Eddy Fawzy yang bertindak sebagai gambar latar. Beliau juga masih tidak lupa kenangan itu.

Dalam Perlawanan bola jaring pula, saya adalah otai sekolah.Tenaga pendidik ketika itu adalah cikgu Fatima Sham dan cikgu Siti Rohani.Memang saya akui apabila berada di atas padang saya akan lupa dunia.Seramai lima orang guru pernah melawat saya di rumah termasuk cikgu Fatimah Sham, kerana saya mendapat demam selama seminggu.Beliau amat risau kerana jadula perlawanan bola jaring semakin hampir dan saya sebagai kapten tidak dapat turun berlatih ketika itu.Sehingga sekarang, jika beliau bertemu arwah mak saya di mana-mana, beliau akan bertanya khabar saya dahulu.

Sekolah Menengah Agama Ampangan (Sekarang..Sek.Men. Agama Dato' Klana Petra)

Cikgu Latipah.-

Guru Tingkatan dari Tingkatan satu hingga tingkatan 3.Mengajar subjek Geografi.Sangat suka membebel.Komited dengan tugas.Ingatan saya tak berapa nak kuat dengan beliau kerana kami tiada kimia antara satu sama lain. Walaubagaimanapun saya tetap ingat jasa-jasa beliau.

Ustazah Raja Fauziah-

Seorang guru Bahasa Arab, sangat respek dengan beliau kerana melaluinya saya mempunyai respon dalam mempelajari Bahasa Arab. Cara penyampaian beliau, berjaya mengubah pandangan saya yang sebelum itu mengatakan Bahasa Arab itu sukar untuk difahami. Bahasa penyampaian beliau amat mudah di fahami.Selalu mengadakan kuiz. Saya sangat takut jika kena berdiri di atas bangku. Jatuhla standard.heheeh..Oleh itu saya pasti akan menghafal segala tugasan yang diberi.Saya juga ada mengikuti kelas tuisyen beliau di rumah.Akhirnya saya berjaya score A dalam subjek tersebut hasil dr komited beliau dalam mengajar. Oh ya..ayah saya juga turut megambil subjek B.Arab ketika saya menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran.Baru-baru ini saya ada terserempak dengan beliau ketika sedang memandu.Alhamdulillah nampak sihat lagi.

Cikgu Johara. -

Mengajar subjek Bahasa Inggeris. Orangnya garang dan tegas.Suka mendenda murid. Tapi tetap ada ketawa manis sewaktu sessi pengajaran. Diction beliau terang dan jelas.Siapkan tapak tangan anda jika gagal dalam ujian yang dijalankan. Huh..mujur saya tak pernah kena.
Beliau juga adalah tenaga jurulatih dalam sukan bola jaring. Saya akan merasa sangat letih jika beliau yang turun padang.

Cikgu Zaihan -(saya tak pasti samada di depan namanya ada mempunyai nor atau tidak)

Sains adalah matapelajaran beliau.Orangnya rendah agak garang juga.Sangat suka mengedip mata sehingga saya menjadi rimas.Beliau selalu memarahi saya sebab suka melemparkan pandangan ke luar. Saya tak kisahh...Sangat suka membawa kami ke makmal sains.Masih ingat lagi apabila beliau mati akal untuk memarahi saya kerana saya teramat degil untuk memegang seekor cacing.Terima kasih cikgu..sebab selalu kena marah saya score..

Cikgu Zainah -

Mengajar subjek Bahasa Malaysia dan Matematik.Very friendly teacher.Saya suka sebab beliau tak garang. Cara mengajar pun serasi dengan jiwa saya mungkin beliau terdedah lama dengan suasana luar negara. Saya selalu kantoi dengan beliau kerana suka membaca novel yang disorokkan dibawah meja ketika cikgu lain sedang mengajar. Beliau juga pernah mengadu dengan arwah mak tentang perangai saya yang satu itu. Oleh kerana itu, dia akan pastikan saya tidak menyimpan sebarang novel semasa sessi pengajaran beliau...hehehe...Apapun beliau adalah orang yang pertama menyampaikan keputusan SRP saya kepada mak dan ayah.Tak sempat nak buat surprise!!

Maahad Ahmadi

Kenangan saya tak lama disini, Sebentar cuma saya di sana tapi sempat juga melakar beberapa sejarah.

Ustazah Fawziah

Berketurunan Arab. Berbadan besar. Keluarganya ramai menetap di Kelantan.Saya juga suka apabila dia mengajar Sastera Arab.Melankolik sungguh.Beria-beria beliau menceritakan bagaimana keadaan dan tenatnya orang yang sedang dilamun cinta. Menanti siang umpama seekor unta yang ingin berdiri. Menghulurkan kaki sebelah, berhenti..hulurkan kaki sebelah lagi dan seterusnya. tetapi ayat beliau yang tak pernah saya lupa 'Takda orang nak kawen dengan saya...sebab saya gemok macam katak!'.Beliau sangat suka memberi saya buah keranji yang dibawa dari kelantan. arwah mak say juga suka.Beliau juga merupakan jurulatih Syarahan Bahasa Melayu dan Pidato Bahasa Arab saya.

Ustaz hj.Hassan

Al-Fatihah buat beliau. Juga merupakan datuk saudara sebelah ayah. Memanggilnya dengan gelaran tuk su walau di dalam kelas. Suka ati kau jer kan..Mengajar subjek Agama. Beliau adalah seorang yang sangat suka terlelap sewaktu mengajar.Saya difahamkan bacaan kencing manis beliau terlalu tinggi menyebabkan beliau berkeadaan begitu. Masih ingat lagi, walau sedang menulis di papan hitam, masih sempat terlelap. Mulalah sahabat2 di dalam kelas menjerit...'Intaannn...atuk kau da tidoo....' pasti beliau akan terjaga dan tergelak.'Intaannn....atuk kau da conteng buku dennn....'' apa nak buattt...tapi suka kalau beliau mengajar..sebab dapat menyakat...

Cikgu Rafidah

Mengajar subjek matematik. saya tak berapa nak kimia dengan beliau. Suka melebihkan pelajar lelaki.Suka menyindir saya..'Ada budak tu...kalau atas padang sikit punya lincah..tapi bila malam ada kelas mula la nak sakit kepala...' siapa lagi kalau bukan kata-kata itu ditujukan kepada saya.Agak keras kepala saya semasa itu. Lansung saya tak hadir setiap kelas yang beliau anjurkan...jawapan saya...sakit kepala..!!(harap-harap tiada anak2 yang mengikut)

SMKA Sheikh Hj. Mohd Said

Saya ditukarkan semula ke sekolah ini sewaktu Ting. 4 juga.Disebabkan tak berapa nak kimia dengan Maahad. Sebelum itu teruk juga saya keluar masuk bilik kaunseling di Maahad gara-gara Pengetua tidak membenarkan saya berpindah.Aset sebenarnya....ceewaahh...Saya kan D.E.G.I.L

Cikgu Zainoriah

Guru tingkatan dan juga merupakan guru matematik..Selalu membebel dengan nasihat yang naik tepu dalam kepala.Agak garang..Setiap kali selepas kuiz matematik saya akan pastikan tangan saya diperasapkan dahulu sebelum diserahkan pada beliau.Tak lulus...rotann...cukup2 makan rotan....tak capai target rotan...tapi tak pe saya ada geng 3 stooges. Jadi malu itu berkurangan. walaupun beliau garang..hampir setiap hari saya menunggu kehadiran beliau kerana cara beliau mengenakan setiap pakaian. Rasa saya...dalam sebulan tiada sehelai baju yang sama. dengan ikatan tudung yang berbeza, kasut tumit tinggi yang bermacam warna..Itulah tarikan beliau terhadap saya.Beliau pernah memarahi kami sekelkas tahap melampau gaban..'Kamu tahu tak..kelas kamu ni semuanya muka gred 3!!!''.Al-maklumlah kami sekelas memang nakal..Mungkin dengan kata-kata beliau berjaya mengubah perangai kami...Hanya seorang sahaja yang mendapat gred 3...yang lain...faham2 jer lah..tak mo bagitahu nanti riak..

Mr. Shanmugam

My late English teacher..Sangat baik dan tenang.Meninggal 2 bulan sebelum kami menduduki SPM...ini baru betul tak habis belajar...Sebulan tiada pengganti. Beliau sangat suka menyuruh saya membaca sewaktu sessi pengajarannya..Masih ingat lagi novel 'Black Tulip' beliau.Saya akan malu-malu harimau apabila beliau memuji bacaan saya..perasan kau tipah..selepas pemergiannya..kami sekelas mere nehe sebulan sebelum digantikan dengan cikgu Siti Hawa yang tak berapa nak kimia dengan kami..

Cikgu Salina

Mengajar subjek sejarah.Juga seorang yang tenang dan simple dalam berpakaian. Bersuara halus.Padat dengan nota hingga lenguh untuk menulis.Terpaksa mengejar juga kerana sekiranya lambat menyalin, nota yang awal akan dipadam dan diganti dengan nota yang baru..Cikgu oh cikgu...kekadang saya tak faham tapi jadi pandai sebab asyik dok menghafal nota.

ustazah Zaharah...

Mengajar subjek B.Arab. Sangat simple dan hanya bersandal sahaja.yang paling best....beliau sangat suuukaa merajukkk...ini diakui sendiri oleh adik saya.Lambat panggil ke kelas, dia merajuk..mulala cikgu zainoriah akan membebel kat kami...tak siap homework merajuk...dan pernah juga dia merajuk terhadap saya kerana melempaskan pandangan ke luar sewaktu beliau mengajar..Rupanya peel beliau...mahu semua student hanya pandang beliau sahaja...Ayoolaaa...susa...susa....Kami kelas budak2 nakal memang suka buat dia merajuk...selalu...free satu masa...Tapi apapun B.Arab saya tetap score.

Cikgu Babuk...(lupala nama betul)

Guru disiplin..Sangat garang. Bermata juling. Selalu saya cakap pada teman..babuk pandang sapa ha....?Beliau juga adalah kawan ayah saya.Suka membawa hiller(betoi ke ejaan) ke sana sini.Tak pernah mengajar saya tetapi disebabkan beliau adalah warden asrama,sedikit sebanyak ada juga kenangan saya bersamanya.Beliau pernah memarahi saya dengan hiller lebei kurang jam 11.30 mlm kerana lampu dorm masih menyala.Peraturan asrama lampu dorm hendaklah ditutup sebaik jam 11 mlm. Saya menjerit padanya dari tingkat 4 asram.a..saya tak mahu tutup lampu..perasaan tak enak..cewaahh kau..saya nampak hantu..!!Beliau amat marah..'Ekau yang hantu..den tak kiro kau tutup lampu sekarang jugak...!!...Hahaha...padan muka saya dan babuk(lebih dikenali dengan panggilan babuk) kerana malam itu hostel diserang histeria. Saya tidak terjangkit tetapi saya faham sebelum itu adalah amaran bahawa perkara buruk bakal terjadi.Seorang wanita berpakain putih labuh, berambut panjang sedang berbaring di atas katil menghadap dinding. Dan.. teman sebilik saya sudah mula menangis ketakutan yang akhirnya terjangkit histeria.Menggelabah babuk malam tu..

Rupanya babuk ini adalah sepupu kepada bos saya sekarang. Saya difahamkan beliau sudah beristeri dua dan suasana keluarganya tak berapa nak indah.agak simpati saya mendengar nasibnya itu..

Ini adalah sebahagian kenangan bersama guru-guru yang membentuk saya menjadi hari ini..Terima kasih cekgu..

Part II bakal menyusul....

May 11, 2010

Anekdot Kembara

This picture was taken on 8th. May 2010.
Early morning, seawal 3 am kami memulakan perjalanan. Looks like excited giler. Untuk elakkan kesesakkan sebenarnya. So..poyo...singgah solat subuh di R n R Tapah.

RINGLET...



Gambar was taken tika saya sedang memandu.
Snaping-snaping like profesional photographer

Tasik...aisehh...lupa pula nama mr tasik ni...Berhadapan SmokeHouse hotel..
Teringin pula nak merempat di hotel ini..Seswai untuk kaki pancing..




TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI



sangat susah untuk snap gambar si comel ni..





TEH BOH PLANTATIONS


mari menghabiskan duit di sini. segala teh murah sokmo..
Sangat suka ke sini kerana adventure sikit. Laluan ke ladang teh ini adalah jalan sehala..




TIME TUNNEL


Koleksi barang-barang lama..saya sangat suka dengam gambar di atas..






Dapur minyak tanah ini memang pernah kami gunakan..tak jumpa lagi kot sekarang..

BIG FARM STRAWBERRY



Sangat tension kat sini. sebab penuh dengan mainan untuk kanak-kanak.
Kalau takut dengan ketinggian saya nasihatkan anda fikir soploh kali sebelum ke tempat ini.
Serius saya tak tahu bentuk rupa bumi di sini.. Laluan kereta adalah securam hampir 45 darjah.
Fuhh...cium tanah aku dibuatnya....ngeriii...

CAMEROON VALLEY


Ladang teh sewaktu perjalanan pulang


AIR TERJUN LATA ISKANDAR.






Bikin pening singgah di sini..sebabnya lailatul dan ilham dah berlagu-lagu nak mandi..

Sebenarnya dua hari satu malam kami merempat di tanah tinggi ni.Ditaja khas oleh JBI..trimas bosss bila lagi nak taja kami..Bulan 8 kita ke Bandung boleehhh....?

May 10, 2010

Hari Kejadian lagi

3hb Mei yang lepas adalah hari kejadian Alif..

7hb Mei juga yang telah lepas adalah hari kejadian Iman Nur Hakim dan Ilham Faisal...Ha...?kembar ke...idok aihhh..tarikh je sama tahun lain-lain...Okey tak budget anak bujang semua bulan Mei...jimaaattt belanjaa..safe budget...kui...kui..kui...bukan senang nak dapat tuh....!!

Kali ini ingin saya men'decribekan' anak0anak bujang saya ini..

IMAN NUR HAKIM - berumur 8 tahun...anak ke-tiga.. nama timangan DIK LANG...sangat bijak..ya saya mesti mengakui anak-anak saya adalah bijak..selalu score bahasa Arab dan Sains 100%..(Bila da score si ayah kena belanja roti telur....)

Sangat suka dan kuat menangis.Sangat suka bergaduh terutama dengan ilham..Tulisan Dik lang cantik..besar dan bulat. Ini menandakan dia sangat berani dan berterus terang.ya saya mengakuinya.Sangat suka bermain bola sepak.Anak-anak bujang saya memang handal bermain bola.Cikgu dan makcik kantin selalu puji dik lang baik dan tak nakal.Cikgu kata kerja sekolah yang diberi akan disiapkan segera.Sebab itu saya jarang melihat dia membuat kerja sekolah di rumah.Dik lang sangat kuat makan.Usus perutnya mungkin terlebih panjang.

Saya rasa dik lang kena grooming sedikit bab berpakaian. Butang baju sekolah pasti senget sebelah umpama pak uda dalam pi mai pi mai tang tu..hari-hari saya kena pastikan pakaian dia.Satu lagi dia sangat suka tersenyum seorang...Selalu kena marah dengan neneknya dulu...

ILHAM FAISAL - terlalu banyak ilham.ada saja yang ingin dibuatnya. Beza genap empat tahun dengan dik lang. Nama timangan mamat @ Bang chik..terbalikkan..kenapa jadi mamat? semasa kecil dia suka sakit dan demam jadi ditukar panggilan oleh datuknya kepada Muhammad..yang mana akhirnya menjadi...Mat..Sangat suka bergaduh dengan dik lang.Saya pun tak pasti kenapa...Adakah kerana di bawah naungan zodiak yang sama?

Anak-anak saya semuanya bijak belaka. Seperti abang-abangnya ilham juga begitu...Cuma dia belum bersekolah...tapi kebijaksanaan dia sudah kelihatan..umpamannya...mencari games di internet, mencari siaran tv..kerja-kerja keras tangan...dia memang berbakat.Senyuman dia manis.Ramai yang memanggilnya hensem.

Sangat obses dengan mainan..Fobia saya jika melintas di depan kedai mainan..Apek ni macam tak da bende lain yang nak dijual...!!!Rasanya jika diukur mainan yang dibeli ....dari pelbagai harga semurah 50 sen...mungkin sampai ke Sydney...Dia juga sudah mula menunjukkan minat dalam bola sepak..Hmmm...boleh buat duit si ibu ni.....ngeh...ngeh...Sangat sayang dengan adiknya lailatul.mungkin jarak antara mereka agak rapat..oh ya...dia juga sudah pandai membaca fikiran ibunya...Agak sukar jika saya ingin keluar tanpa anak-anak selepas waktu pejabat..Sudah pandai menolong ibunya... Satu lagi yang saya dan keluarga perhatikan..dia sangat suka membuat hal sendiri..i mean ...berdikari cuma awas jika dia leka bermain sendiri..jangan ganggu ya...

Ibu sangat sayang anak-anak ibu...walau macam-macam perangai kamu...

SELAMAT HARI KEJADIAN....lagi....

May 5, 2010

Mengapa Cincin Pernikahan Harus Disarungkan di Jari Manis??so...sweet


Ikuti langkah berikut ini, Tuhan benar2 membuat keajaiban (ini berasal dari kutipan Cina)

1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam (lihat gambar)

2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan hujungnya.

3. Permainan dimulai, 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisahkan...



4. Cubalah membuka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

5. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereka memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.

6. Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.

7. Selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan heran kerana jari tersebut tidak akan boleh dibuka. Kerana jari manis mewakili suami dan isteri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain.

May 4, 2010

It's 3rd...May 2010..Hari Kejadian


Tidak keterlaluan jika saya katakan tulisan ini merupakan manifestasi rasa yang terzahir dari sebuah hubungan anak dan ibu...(Petanda kasih sayang yang sangat mendalam)

Saya mempunyai lima orang anak..3 daripadanya adalah anak lelaki.Kali ini saya ingin bercerita tentang anak kedua saya iaitu Alif Amirul Aiman.Tujuan saya bercerita tentang beliau adalah kerana ingin membodek (Unsur bodek yang nyata)

Anak saya ini dipanggil alif atau abang dalam keluarga. Orangnya kurus..berkulit hitam manis dan hensem.(lagi nampak terbakar setelah berjemur di pantai tempohari)...Sangat susah menangis tapi sekali menangis...aduhaaiii...sedih sungguh alunannya..terlalu melankolik sehingga dulu arwah bonda saya turut sama sedih kalau alif menangis..

Seorang pelajar yang bijak dan pandai berkata-kata (semua ibu mesti mengatakan anak mereka bijak...ya...saya sangat bangga...)Tidak suka disuruh menyanyi..suaranya sedap serak-serak basah...Tetapi...sangat suka bermain bola sepak..Beliau ada kasut but..dengan lagak dan eksyennya beraksi di padang dengan kasut but beliau itu...Selalu perasan penuh segelas bila berjaya menjaringkan gol..Bangga bila di puji oleh guru-guru..Saya tak boleh menurunkan komen disini kerana saya dahulu memang begitu..Cerita di padang memang dalam tangan..Tidak dapat dinafikan waris padang sekolah telah diturunkan sedikit demi sedikit...demi sedikit...kepada anak-anak..(ya..saya dahulu suka membuat ibubapa pening dengan aktiviti lasak indoor dan outdoor di sekolah..)

Melalui pengamatan dan pemerhatian saya selama ini, saya mendapati orang-orang yang dilahirkan sebagai anak ke-3, 7, 11, 15, 19, 23, 27 adalah unik dan mempunyai kelebihan yang jelas berbanding dengan adik-beradiknya yang lain. Maka jika anda yang sedang membaca ini adalah anak ke-3, berjaga-jagalah kerana anda berpotensi besar menjadi ubi kentang..hehehe..(alif anak ke3 sebenarnya..pernah keguguran sebelum dia dilahirkan...)

Semalam..saya amat leka membasuh kain ketika dia melambai untuk ke sekolah..."Babai abang..."sebenarnya saya sangat sibuk membasuh kain yang setinggi gunung angsi kerana mesin basuh saya sudah rosak teruk di bom oleh raksasa..apa kau merepek ni ha....

Rupanya pandangan dia yang terperasankan oleh saya itu pandangan bermakna...Pasti dia menunggu kata-kata bermakna dari saya...Ouchhhh...kenapa boleh terlupa hari-hari yang penting dalam hidup...saya belum tua pun...hehehehe...Di pejabat baru saya teringat dan terimbau-imbau pandangannya....

Tengahari semasa menjemput beliau di sekolah...saya turun dan menjerit...."HAPPY BIRTHDAY ABAAAANGGGG...." Ngok betul ibu yang sorang ni lansung tak peduli orang pandang...do i care...?

Haahahaha...bersinar-sinar mata si abang ini..."abang ingat ibu lupa besday abang..."hah.. si anak..begitu mengharap rupanya...(malam tadi dia berjaya "mengepau"ayahnya untuk makan-makan di MCD)

lastly for Alif...

"If we tend to the things that are important in life, if we are right with those we love and behave in line with our faith, our lives will not be cursed with the aching throb of unfulfilled business. Our words will always be sincere, our embraces will be tight. We will never wallow in the agony of ‘I could have, I should have’. We can sleep in storms. And when it is time, our goodbyes will be complete…"
Selamat hari Kejadian...Alif Amirul Aiman........

May 3, 2010

ceriTa lahar, campur bauR..Rakyat kita..tabur sana...tabur sini...

Ha..apa kes..apa kes....

Last friday, hati ni terbakar, mendidih-didih...terus i confirmkan dengan adik.."ok...picnic jadi"

Esoknya on Saturday...manalah saya tahu ada Pesta PD..Punya la jem jalan...Angin lagi..tapi sekejap saja....My ayah pun tado pergi bermadu yang tak berapa nak bulan..Ayola beramai-ramai ke PD....

(masei ku teringat semasa arwah mak masih hidup kalau dia pergi melancung,,,2 jam sekali mesti dia phone..bagitahu status...Kalau da sampai mesti call punyala...sempat gosipping my ayah lagik...sebabnya bertekak pasal signboard...Kalau ada swimming pool...misti call balik punyala..La ni i tak taw pun depa da sampai ke x........macam hamster masok dalam beras....Itu semua kenangan yang tak mungkin terlupakan...)

Dasar orang Malaysia suka tabur sampah sana sini...Sakit mata sakit hati...Patut pun kalau pelancung asing mengata.Secara tak rasminya pada hari tersebut saya menjadi pemungut sampah.Plastik hitam memang tersedia kalau saya berkelah..Harap nama saja cantik..Blue Lagoon tapi dihodohkan, disampahkan oleh rakyat kita sendiri..Blue Rubbish..Tak kira apa bangsa..semuanya sama perangai macam keldai...

Bilik airnya pula..bayaran RM1.tak kira dewasa atau kanak-kanak..Cantik bilik air baru ni...tapi.....tempat mandiannya tak berpintu...hanya dilitupi oleh kertas yang tidak berapa nak menutup..so..bagaimana nak bersalin pakaian...angin...lagi...Negara Islamkah...?Aurat dan maruah tak berapa nak diendah.....apakah.....? MPPD tolong ambil berat sikit masalah ni..saya sedang merangka surat untuk dipanjangkan ke MPPD.Sangat kuciwa dan bengang kiranya...Nampaknya saya tak berapa nak bersantai...Hmmmm...my 1st may....

Sekurang-kurangnya saya berjaya menggembirakan anak-anak..Itu yang lebih penting..

Keesokkanya pula...seawal pagi saya menziarah kubur arwah mak..sakit mata dan sakit hati lagi...Dalam kawasan perkuburan pun sampah berterabur sana sini terutamanya botol-botol plastik.Tin minuman pun ada...Semalamnya saya menziarah juga tetapi tak berapa nak diendahkan bab-bab sampah ni kerana mengejar masa.Saya merayulah pada tukang yang membuat batu nisan ni....tolonglah jangan membuang sampah sana sini...Kerja anda itu mulia..tapi..hilang berkatnya kalau kamu tabur sana tabur sini...Pelawat yang datang pun tak kurang sengalnya...Bawalah balik botol plastik yang kamu bawa...jangan dibuang merata...lagi...satu...pakaian tu tolong lah jaga..tutup aurat..apa kes datang menziarah kubur dengan t-shirt pendek atas pungkok..ketat pula tu...free hair...adakah mereka ini patut saya keldaikan...?

Melentur buluh biarlah dari rebung...apa lagi...Negara bersih rakyat sihat....apa lagas...?