Tidak keterlaluan jika saya katakan tulisan ini merupakan manifestasi rasa yang terzahir dari sebuah hubungan anak dan ibu...(Petanda kasih sayang yang sangat mendalam)
Saya mempunyai lima orang anak..3 daripadanya adalah anak lelaki.Kali ini saya ingin bercerita tentang anak kedua saya iaitu Alif Amirul Aiman.Tujuan saya bercerita tentang beliau adalah kerana ingin membodek (Unsur bodek yang nyata)
Anak saya ini dipanggil alif atau abang dalam keluarga. Orangnya kurus..berkulit hitam manis dan hensem.(lagi nampak terbakar setelah berjemur di pantai tempohari)...Sangat susah menangis tapi sekali menangis...aduhaaiii...sedih sungguh alunannya..terlalu melankolik sehingga dulu arwah bonda saya turut sama sedih kalau alif menangis..
Seorang pelajar yang bijak dan pandai berkata-kata (semua ibu mesti mengatakan anak mereka bijak...ya...saya sangat bangga...)Tidak suka disuruh menyanyi..suaranya sedap serak-serak basah...Tetapi...sangat suka bermain bola sepak..Beliau ada kasut but..dengan lagak dan eksyennya beraksi di padang dengan kasut but beliau itu...Selalu perasan penuh segelas bila berjaya menjaringkan gol..Bangga bila di puji oleh guru-guru..Saya tak boleh menurunkan komen disini kerana saya dahulu memang begitu..Cerita di padang memang dalam tangan..Tidak dapat dinafikan waris padang sekolah telah diturunkan sedikit demi sedikit...demi sedikit...kepada anak-anak..(ya..saya dahulu suka membuat ibubapa pening dengan aktiviti lasak indoor dan outdoor di sekolah..)
Melalui pengamatan dan pemerhatian saya selama ini, saya mendapati orang-orang yang dilahirkan sebagai anak ke-3, 7, 11, 15, 19, 23, 27 adalah unik dan mempunyai kelebihan yang jelas berbanding dengan adik-beradiknya yang lain. Maka jika anda yang sedang membaca ini adalah anak ke-3, berjaga-jagalah kerana anda berpotensi besar menjadi ubi kentang..hehehe..(alif anak ke3 sebenarnya..pernah keguguran sebelum dia dilahirkan...)
Semalam..saya amat leka membasuh kain ketika dia melambai untuk ke sekolah..."Babai abang..."sebenarnya saya sangat sibuk membasuh kain yang setinggi gunung angsi kerana mesin basuh saya sudah rosak teruk di bom oleh raksasa..apa kau merepek ni ha....
Rupanya pandangan dia yang terperasankan oleh saya itu pandangan bermakna...Pasti dia menunggu kata-kata bermakna dari saya...Ouchhhh...kenapa boleh terlupa hari-hari yang penting dalam hidup...saya belum tua pun...hehehehe...Di pejabat baru saya teringat dan terimbau-imbau pandangannya....
Tengahari semasa menjemput beliau di sekolah...saya turun dan menjerit...."HAPPY BIRTHDAY ABAAAANGGGG...." Ngok betul ibu yang sorang ni lansung tak peduli orang pandang...do i care...?
Haahahaha...bersinar-sinar mata si abang ini..."abang ingat ibu lupa besday abang..."hah.. si anak..begitu mengharap rupanya...(malam tadi dia berjaya "mengepau"ayahnya untuk makan-makan di MCD)
lastly for Alif...
"If we tend to the things that are important in life, if we are right with those we love and behave in line with our faith, our lives will not be cursed with the aching throb of unfulfilled business. Our words will always be sincere, our embraces will be tight. We will never wallow in the agony of ‘I could have, I should have’. We can sleep in storms. And when it is time, our goodbyes will be complete…"
Selamat hari Kejadian...Alif Amirul Aiman........
DAH MASUK MUSIM DURIAN KE?
11 hours ago
3 comments:
haishh, nsb bek igt juga!
kak nnti kta kat bang ngah,
happy bday dri family kt sni yep~ =D
dak pink...ontahla napo ble terlupo...mlm soblom tu mmg ingat....jangan kata i da tu...a...k..hhehehee..
dik hani....trimas dik nnt akak bgtahu...erkkk....x da wat mkan2 ke smpena kejayaan?
Post a Comment