September 29, 2011

Kanser Ovari

Semalam saya berkesempatan menziarahi kakak ipar yang sakit di HTJS Seremban. Kelihatan agak uzur dan sukar untuk bangun yang mana perlu seseorang menemaninya. Baru petang semalam doktor membuat tebukan di bahagian perutnya bagi mengeluarkan air/cecair diperut.

Kata kak long dia agak lega setelah itu, namun menderita sakit kesan dari tebukan.Seingat saya kemotrapi yang ke14 kak long jalani adalah sekitar bulan April tahun ini.kemudian doktor mengesahkan kak long bebas dari sel kanser.

Namun, kak long mula sakit selepas hari raya yang ke-14. Perutnya mula membusung seperti mula dia dikesan mengidap kanser.

Rasa nyeri dihati saya. Manakan tidak kali terakhir saya megambil ujian pap smear adalah 4 tahun yang lepas.Ouhhh...ngeri...Saya dah tanam azam hari ini saya akan cuba dapatkan maklumat yang berkaitan tentang ujian ini. Saya perlu melaluinya. Anak saya ada lima orang yang sedang meningkat naik..Doakan kak long sihat dan dapat bertahan menghadapi ujian getir ini.

Kali ini mari kita kongsi sedikit tentang penyakit ini :

Kanser ovari selalunya berlaku terhadap kebanyakan wanita yang berusia di antara 50-70 tahun dan kira-kira 1 daripada 70 wanita akan mendapat kanser ini.  Walau bagaimanapun kanser ovari boleh berlaku pada wanita-wanita yang lebih muda malah ada kes kanser ovari yang berlaku pada golongan gadis belasan tahun. Ia juga merupakan kanser ketiga yang biasa berlaku pada sistem reproduktif wanita tetapi lebih banyak wanita meninggal dunia akibat kanser ovari daripada sebarang kanser pada sistem reproduktif.

KURANG KESEDARAN

Kanser ini bermula di ovari. Sel-sel ovari sihat mula untuk berganda secara tidak normal, menghasilkan tumor dalam satu atau kedua-dua buah ovari. Apabila gejala-gejala seperti loya-loya, rasa tidak hadam atau kelesuan telah mula dikesan, selalunya ia dikelirukan dengan penyakit-penyakit lain. Pada masa gejala teruk ini disedari dan doktor mula mengenali penyakit ini, kanser sudah merebak pada organ-organ lain dan melakukan kerosakan.
Gejala-gejala lebih teruk termasuklah sakit belakang dan pelvik, pendarahan vagina dan rasa sakit semasa melakukan hubungan kelamin. Mengikut statistik, wanita hanya mempunyai kira-kira 20 peratus peluang untuk selamat selepas lima tahun jika mereka berada di tahap ini.
 
TANDA DAN GEJALA

Gejala dan tanda-tanda kanser ovari terletak di sekitar usus dan rahim (uterus). Gejala-gejala kanser termasuklah:

-Perut yang mengalami peningkatan saiz atau seperti mengembung
-Rasa sakit yang tidak dapat dijelaskan pada bahagian perut dan pelvik
-Perut terasa penuh atau kesukaran makan
-Peningkatan rasa hendak kencing
  Apabila wanita mempunyai gejala-gejala baru pada bahagian usus dan mengalaminya setiap hari selama dua minggu, SEGERALAH mendapatkan rawatan doktor. Kehadiran gejala-gejala ini tidak bermakna seseorang wanita itu mempunyai kanser ovari tetapi apabila berjumpa doktor anda dapat mengenalpasti gejala-gejala tersebut dengan lebih lanjut.
Jika anda mengalami gejala susulan seperti disebutkan tadi, jangan lupa untuk memberitahu doktor gejala tersebut:
-Peningkatan berat badan atau kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan -Pendarahan pada vagina yang tidak dapat dijelaskan
-Sakit belakang
-Rasa sakit atau mengalami loya-loya atau rasa tidak hadam
-Rasa letih yang melampau atau kelesuan
RAWATAN DAN PENCEGAHAN
Wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser ovari perlu mengambil langkah-langkah pencegahan yang sepatutnya. Memang sukar untuk mengesan peringkat awal kanser ovari. Satu-satunya cara untuk mengesan kanser adalah melalui pemeriksaan mikroskopik.
 
Kanser ovari boleh diwarisi secara keturunan. Selalunya wanita yang mempunyai sejarah ahli keluarga menghidap kanser payudara atau kanser ovari mempunyai risiko tinggi untuk menghidapnya. Wanita yang mengambil ubat kesuburan juga dikatakan berisiko tinggi daripada mereka yang tidak mengambilnya.
 
Faktor lain yang menyumbang kepada mendapat penyakit ini termasuklah obesiti, usia dan diet pemakanan yang buruk. Kanser ovari selalunya berlaku pada wanita yang menopous tetapi wanita lain juga berisiko. 
Info = google

September 28, 2011

beli jiwa mak ayah

Saja nak nempel gambo...
Semalam depa ni pergi menyanyi kat RTM Sungai Gadut di bawah program permata pintar. Tetamu Khas adalah isteri Perdana Menteri...Datin Rosmah Mansur.Opkos la khennn...Tapi saya tak dapat nak sertai sekali sebab ada tugas yang terdesak pula di pejabat.Kempunan ler sikitt..


 Puas edjus..senget juga..

 Apsal terselit bunga lak nih....bukan apa saja nak story..

 Hangin ngn depa dalam rumah tu...asal ada benda berdoa jer..letak barang

 Jadinya saya bungakan cepat dengan vas kaca yang dibeli

 Takler sakit di hati...

 Idak tu rasa cam nak ketumbitt jer mata ngn peel depa ni..
segar mata aiii...

Bantai ler senget juga..da adjust pun senget..tu ler tipuware yg diorang dapat. Saya cakap jangan buka..semak tak tahu mana nak letak..yang ada pun...tupperware ok...tak teralmarikan..hmm..
macan-macam hal..

September 26, 2011

Blog baru

Saya sudah menyiapkan blog untuk mini katering saya.. Belum penuh terisi namun cukuplah untuk saya teruskan langkahan seterusnya..jadi jangan lupa kunjungi saya di http://ragamdapurterbakar.blogspot.com

Solehah@tv alHijrah


Malam Jumaat yang lepas saya dipelawa oleh ibu saudara untuk menyaksikan  siaran lansung rancangan Solehah bertempat di Pusat Dakwah Islamiah Kuala Lumpur..Sapa tak nak hidup atas tajaan..kheennn...

Tak pula saya diberitahu tema pakaian adalah putih.Agak cuak disitu.Namun ramai juga yang bajunya kaler-kaler..Mungkin family member yang ikut tema.


Blur plak gambo Irma Hasmie..Cantik dan ceria..saya suka..



Sessi bergambar selepas siaran lansung..pastinya selepas ini keluar lah jubah@dress jenama solehah..


Keluar dari dewan nampak pula Wardina Safiyyah sedag memberi ulasan..Saya snap gambar pun jauh-jauh..Segan kate kau..

Cantik orangnya..Saya suka..sampai juga hajat nak tengok wardina depan mata..life..

ps: to makndah...jgn lupa kalau nak menaja saya lagi...sila roger...sekian..

Johan lagi...


Tadika kemas Taman Sri Kasih masih mengungguli acara gerakrama peringkat Parlimen mewakili Dun Paroi.Tahniah anak-anak comel semua semoga menjadi juara pula untuk peringkat negeri  yang bakal diadakan di Kompleks Sukan Paroi bertarikh 4hb. Oktober ini.

Ghase cam ulasan berita pulak...!!

 Sian kau nakk...

 Anak sapa la yang hensem lagi bergaya ni kheennnn...

 Osah toba ei lipstik...

Tenaga pengajar yang tak pernah kering idea..
Yang penting hati mak ni berbunga-bunga..Dalam hati ada taman..mana taknya..penat nganto siang malam prektis.."cekgu kau ni terlampau nak monanglah...!" tapi bila dah menang...kemain sonyum lebar..sukeee...
p/s: yang den tak paham ni ..ada ke bg hadiah tipuware sampai 5 tingkat kat anak2 ni..bagi ler hemper tuk depa ni..tipuware...mak pun x nak (berlagak kau nyahhhh...)Piala dapat jugak la...nnt mak upload ..okk..


September 21, 2011

Penangan@Pukulan@Bahana

Berpuasa selama sebulan belum tentu dapat menurunkan berat badan tetapi nak menaikkannya cukuplah dengan sehari makan tak beringat.

Untuk tahun ini saya lebih prihatin dengan pemakanan saya.Sebab itu saya berjaya mengharamkan diri untuk ke bazar ramadhan.Namun entah kenapa, ialah nak dijadikan cerita, kalau tak tiada cerita..kan..?Selepas sehari suntuk berjalan memenuhi undangan syawal, esoknya saya diserang cirit birit pula. Memang perut memulas sebelum itu, tak sangka pula melarat.Didahului dengan lambakan muntah di lantai pejabat..uishhh...tak senonoh betulkan..Huh,,,memang seksa dirasakan.Patutlah ada yang sampai masuk wad bila keracunan. Teruk sungguh dirasakan.

Saya tak boleh nak agak dari mana silapnya makanan saya.Menu sepanjang hari itu antaranya, nasi impit kuah kacang, sate, lemang dan rendang, nasi tomato, ayam masak merah dan dalca, air batu campur, blueberry cissss kek, indulgent coklat kek, puding pisang, puding karamel, laksa, kambing steak, salad buah, ciken cop.

Dapatlah masa cuti @ m.c selama dua hari.Ini pun rasanya belum pulih sepenuhnya.Memang betul-betul dapat pukulan raya...

September 13, 2011

Hidup kita ini...

Saya tak mampu jadi hipokrit..

Akhirnya jumaat lepas segalanya saya hamburkan. Saya tak mampu memegang amanah yang satu ini. Amanah yang memberantakkan situasi hidup saya di pejabat. Mereka sahabat saya..susah senang selalu diluah bersama. Mana mungkin saya membiarkan mereka teraniaya..

Apa yang boleh saya katakan pada mereka..tunggu sahajalah aksi aji selepas ini memandangkan dia juga sudah tahu konflik dan spekulasi yang berlaku.Apa nak dikisah saya sudah menyelesaikan hampir separuh dari masalah aji. Mereka pun sudah tahu akan diberhentikan. Cuma...tidaklah keseluruhan rancangan aji itu saya ceritakan. Saya alas juga dengan kain lapik agar hati-hati yang terluka itu tidaklah terus terluka. Jika keseluruhannya saya ceritakan...seumpama menyiram minyak di api yang marak.

Alhamdulillah...saya agak tenang dan yang tegang-tegang sudah kembali kendur. Hanya tunggu dan lihat langkah seterusnya...

p/s : sesungguhnya aji kau memang kejam..memandangkan ilmu agama kau cukup tinggi tapi tidak pada makamnya..Hanya Allah saja yang akan membalasnya.

September 9, 2011

Lagi pahit dari hempedu, Lagi berat dari yg dipikul...

"kelabu hati itu lebih bahaya. Bila-bila boleh menghitam. Bila hati hitam, butanya tak pakai 'standard.' Gelap terus,  jadinya  lebih sulit!"

'Friendship seems to has been lost into the thin air'...Disebabkan gagal mengeluarkan kebenaran kata-kata....Inilah yang sedang saya hadapi..saratnyaaaa Allah jua yang maha mengetahui.


Baik dia mahupun saya kini masing-masing tidak pernah menyebut sengketa..tetapi masing-masing beku bak bongkah batu..Pandangan pula dah ditala bermacam arah..Tutur mulut bagai semuanya tidak kisah, tapi dalam hati Allah saja yang tahu..Tuturnya kini penuh sindiran..lagaknya pula Api dalam Sekam.


Saya hilang titik tumpu..Terasa ingin memanjangkan maaf, tapi disudut hati..kenapa pula kemaafan perlu dihulur, salahnya tidak ada pada saya..Mungkin hati saya masih bongkak.


Lewat petang semalam hanya air mata yang menjadi tamu dipipi.Angin petang lansung tidak mendamaikan.Saya sedang memikul amanah.Secara tak lansungnya amanah yang dipikul itu umpama penganiayan terhadap orang lain. Takut dikata fasik.Saya sedang bermuhasabah supaya mazmumah itu tiada.

Fikir dahulu sebelum menghamburkan kata-kata yang mampu menyakitkan hati pihak lain. Selidik kebenarana sebelum menjatuhkan hukuman.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatan itu.” (Al-Hujurat: 6)
Andai kita teraniaya, Allah pasti akan membela kita. Tidak perlu canang kepada satu dunia yang kita di pihak benar. Allah tahu apa yang kita buat dan Allah pasti akan memberi balasan yang terbaik kepada kita jika kita bersabar. Allah sayangkan hambanya yang bersabar.
“Dan Allah mencintai orang yang sabar.” (Ali Imran: 146)
 “Sesungguhnya Allah bersama-sama mereka yang sabar.” (Al-Baqarah: 153)
Saya sedang berhadapan dengan orang yang cinta dunia..Seorang yang ilmu agama nya tinggi terpuji tapi akhlaknya tidak terpujikan..Kerana amanah dia saya seolah berantakkan!!



September 7, 2011

Eidul Fitr - Maafkanlah....

Sedar tak sedar sudah 9 Syawal.. Pantas sungguh masa berlalu..

Sepanjang ramadhan dan syawal ini saya menempuh berbagai hal dan peristiwa..Syukurlah hadirnya berlalu begitu saja dan saya tabah menempuhnya..Buat pertama kalinya pada ramadhan kali ini saya berjaya untuk tidak menjejakkan kaki ke bazar ramadhan, Say "NO" to bazar..bukannya apa, saya ni kalau sekali dah kesana maka akan berulang-kalilah akan kesana. Maka dengan tekad dan azam yang tinggi saya tetap akan memasak walau penat sekalipun. Hanya 3 kali dalam tempoh tersebut membeli makanan diluar kerana kesuntukan masa. Itupun dibeli di kedai yang sememangnya berniaga di bulan-bulan biasa..Alhamdulillah..Air tangan ibu ni lebih berkat dan kebersihan lebih terjamin.

Kelakarnya walau Ramadhan sudah berlalu, namun saya umpama "jet lag", ngantuk memanjang, sedang berusaha menyesuaikan diri kembali..maklumlah rasanya ramadhan kali ini ,,paling kurang sekali tidur saya..Biasalah aktiviti malam ramadhan (nanti ada yg kata riak pulak), disambung pula dengan aktiviti menjahit membawa kepada persediaan bersahur..Target untuk menyudahkan jahitan sebelum pertengahan ramadhan tidak menjadi bila tiba-tiba sibuk dengan urusan perpindahan..Orang jawa kata..."melet"
Saya masih lagi menjahit di dinihari malam raya..Tak tidur nyahhhh...

Malam-malam terakhir saya dan suami pula sibuk memenuhkan tempahan dodol dari kenalan..alahmdulillah..Asal jadi duit jer mak ni..makin selim mak nyaahhh...habis mengacau lebih kurang jam 1.30-2.00am...Tidur sebentar..Sekitar jam 4.00am saya sudah bangun kembali..Kadang-kadang jam 3 saya sudah terjaga.Kesudahannya sendiri pun tak punya dodol kerana saat akhir dimalam raya ada juga yang membeli.Itupun stok yang tinggal untuk diagih-agihkan pada ayah dan adik-beradik..Sabau yo nanti mak kacau lagi..Fatin pula bising bila ibu nak buat kuih ni...?Tau masa bila..hari sabtu lepas raya pulangnya kami dari pontian.. kami pulun dari pukul 3am ke pukul 10 am..dapatlah 4 jenis ditambah dengan kerepek tunjuk-tunjuk..Ngam siap mak sedara pun telefon nak datang beraya..ambik kau...panas dari ladang..

Sebenarnya bagi saya biskut raya ini hanya sampingan. saya lebih suka menjamu tetamu dengan masakan yang lebih berat..Biar mereka kekenyangan bila melangkah keluar dari rumah saya..Eh ...itu mak saya yang ajar...Bukan saja bulan syawal..Insya-Allah bulan-bulan lain pun jika ada tamu yang datang, tak banyak sikit pun pasti saya jamu..mak saya juga dulu pun begitu...

Dihari terakhir ramadhan pun saya masih sempat ke rembau bertemu teman lama..sampai rumah sudah jam 3 petang. Mulalah bersilat kungfu segala bagai nak siapkan juadah berbuka dan juadah di pagi raya...Sudah tugasan rasmi saya setelah bonda tiada...sob..sob...Alhamdulillah di hampir waktu berbuka pada ramadhan yang terakhir rendang ayam saya sudah masak, kuah kacang, kuah lodeh, sup tulang,makaroni goreng, rendang daging dan gulai daun tempoyak..Malamnya pula tinggal merebus ketupat..

Malam Eidul Fitri kami berkumpul sekeluarga di rumah Taman Bukti.. Berbuka puasa bersama, jemaah maghrib kemudian tahlil ringkas..Alhamdulillah..syukur dengan rahmatNya saya dapat menempuh ramadhan pada kali ini walau diuji dengan kepayahan.Allah tidak akan menguji hambaNya.. dengan ujian yang mereka tidak mampu menanggungnya...Alhamdulillah..

Malam raya itu juga sahabat saya datang ke rumah.Teringin masak lodeh katanya..Penuh dengan bekalan sewaktu pulangnya..Rezeki jangan ditolak kawan..Sudahnya baru saya punya masa nak berkemas rumah sendiri..Periuk belanga nak di sental juga....tup-tup jam sudah ke angka 4 am..Hmmm tak payah la tidur..nanti terlansung pula...Tekan plug..treeetttttt...treeeeettt...jahit baju beb..haha.

Seawal jam 6.30 semua anak-anak sudah sedia untuk ke makam..Jangan tanya bagaimana saya mengejutkan anak-anak--haha...agak kejam..Saat bersalaman bermaafan, saya nampak air mata en.soami bergenangan dengan kata-kata saya..maklumlah..lazerr...saya mahu mereka  jadikan sebagai disiplin dipagi raya sampai besar nanti..Mommyyy sedeinyaaaaaaaa.......

Kemudian baru ke rumah ayah membawa juadah segala bagai,,,macam biasala upacara bermaafan dan makan-makan..Kemudian balik ke pilah..seterusnya johol seterusnya ke kampung suami..Pontian.tepat jam 12 kami sampai..yeehaaa.. MERDEKA..!MERDEKA!..MERDEKA..! Ini baru betul merdeka raya.

Syawal yang agak sedih bagi suami pada kali ini kerana telah kehilangan seorang nenek (sana panggil 'atuk') pada pagi jumaat syawal yang ke empat. Alhamdulillah sempat menghadiri majlis pengkebumian arwah di Felda Sening, Kota tinggi.Berita diterima awal 10 minit tika kami menanti waktu subuh kerana akan bergerak pulang ke Seremban selepas solat.. Suka ati sayalah nak balik pagi2..saya yg nak balik..saya yg nak mengadap sesak..hehe..Itulah kita merancang Allah jua menentukan perjalanan saya pada hari itu..Sudahnya saya sampai ke Seremban jam 10pm bukannya 10am seperti yang saya rancangkan sebelum ini.Umur arwah ikut perkiraan ic lebih kurang 97 tahun..namun jika dikira umur sebenar adalah sekitar 107 tahun. Kini yang tinggal hanya pak dan mak sedara untuk diziarahi..Mak dan ayah mertua sudah lama kerahmatullah lebih kurang 15 tahun lepas, baru kini diikuti oleh atuk...namun  syukurlah..Alhamdulillah..semuanya ada asbab yang tersendiri. Tak perlu dihurai panjang lebar.. Bakal mengaib dan mengguris hati yang tertinggal.

Perjalanan syawal saya masih jauh..Banyak rumah yang belum ditandangi..Insya-Allah saya akan cuba untuk berziarah..Kepada mak dan pak sedara harap maaf jika kesempatan itu tiada..harap maklum dengan situasi saya namun jika sempat anggaplah hadiah hari raya dari saya..haha..

Motivasi pagi tadi adalah mengenai isu bermaafan..marah itu lahir dari jiwa..Jiwa akan sihat jika sering memaafkan orang..walau bukan di bulan Syawal.Saya sedang berusaha ke arah itu..Saya sedang cuba belajar memaafkan orang disekeliling saya..Saya juga berdoa agar insan disekeliling juga memaafkan saya kerana kesilapan itu ada masanya tidak kita sedari..Besar harapan, agar dilembutkan hati insan tersebut apabila saya dengan rendah hati cuba memaafkannya...saya selalu cuba memaaf, tapi setiap kali itulah saya diduga dengan tindak-tanduknya...Ya- Allah semoga dia berubah.....

' SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN YANG TULUS IKHLAS DARI SAYA..---SUPERMAK'

*** kuciwa jugak sebab raya ni tak dpt photo snap sebab..bateri dengan charger diangkut..kamera pula yang tinggal....grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr****

*** bekas majikan saya yang baik juga meninggal pada jumaat ramadhan yang terakhir...Ramdhan dan Syawal ini saya menyaksikan insan yang baik kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat.