September 29, 2011

Kanser Ovari

Semalam saya berkesempatan menziarahi kakak ipar yang sakit di HTJS Seremban. Kelihatan agak uzur dan sukar untuk bangun yang mana perlu seseorang menemaninya. Baru petang semalam doktor membuat tebukan di bahagian perutnya bagi mengeluarkan air/cecair diperut.

Kata kak long dia agak lega setelah itu, namun menderita sakit kesan dari tebukan.Seingat saya kemotrapi yang ke14 kak long jalani adalah sekitar bulan April tahun ini.kemudian doktor mengesahkan kak long bebas dari sel kanser.

Namun, kak long mula sakit selepas hari raya yang ke-14. Perutnya mula membusung seperti mula dia dikesan mengidap kanser.

Rasa nyeri dihati saya. Manakan tidak kali terakhir saya megambil ujian pap smear adalah 4 tahun yang lepas.Ouhhh...ngeri...Saya dah tanam azam hari ini saya akan cuba dapatkan maklumat yang berkaitan tentang ujian ini. Saya perlu melaluinya. Anak saya ada lima orang yang sedang meningkat naik..Doakan kak long sihat dan dapat bertahan menghadapi ujian getir ini.

Kali ini mari kita kongsi sedikit tentang penyakit ini :

Kanser ovari selalunya berlaku terhadap kebanyakan wanita yang berusia di antara 50-70 tahun dan kira-kira 1 daripada 70 wanita akan mendapat kanser ini.  Walau bagaimanapun kanser ovari boleh berlaku pada wanita-wanita yang lebih muda malah ada kes kanser ovari yang berlaku pada golongan gadis belasan tahun. Ia juga merupakan kanser ketiga yang biasa berlaku pada sistem reproduktif wanita tetapi lebih banyak wanita meninggal dunia akibat kanser ovari daripada sebarang kanser pada sistem reproduktif.

KURANG KESEDARAN

Kanser ini bermula di ovari. Sel-sel ovari sihat mula untuk berganda secara tidak normal, menghasilkan tumor dalam satu atau kedua-dua buah ovari. Apabila gejala-gejala seperti loya-loya, rasa tidak hadam atau kelesuan telah mula dikesan, selalunya ia dikelirukan dengan penyakit-penyakit lain. Pada masa gejala teruk ini disedari dan doktor mula mengenali penyakit ini, kanser sudah merebak pada organ-organ lain dan melakukan kerosakan.
Gejala-gejala lebih teruk termasuklah sakit belakang dan pelvik, pendarahan vagina dan rasa sakit semasa melakukan hubungan kelamin. Mengikut statistik, wanita hanya mempunyai kira-kira 20 peratus peluang untuk selamat selepas lima tahun jika mereka berada di tahap ini.
 
TANDA DAN GEJALA

Gejala dan tanda-tanda kanser ovari terletak di sekitar usus dan rahim (uterus). Gejala-gejala kanser termasuklah:

-Perut yang mengalami peningkatan saiz atau seperti mengembung
-Rasa sakit yang tidak dapat dijelaskan pada bahagian perut dan pelvik
-Perut terasa penuh atau kesukaran makan
-Peningkatan rasa hendak kencing
  Apabila wanita mempunyai gejala-gejala baru pada bahagian usus dan mengalaminya setiap hari selama dua minggu, SEGERALAH mendapatkan rawatan doktor. Kehadiran gejala-gejala ini tidak bermakna seseorang wanita itu mempunyai kanser ovari tetapi apabila berjumpa doktor anda dapat mengenalpasti gejala-gejala tersebut dengan lebih lanjut.
Jika anda mengalami gejala susulan seperti disebutkan tadi, jangan lupa untuk memberitahu doktor gejala tersebut:
-Peningkatan berat badan atau kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan -Pendarahan pada vagina yang tidak dapat dijelaskan
-Sakit belakang
-Rasa sakit atau mengalami loya-loya atau rasa tidak hadam
-Rasa letih yang melampau atau kelesuan
RAWATAN DAN PENCEGAHAN
Wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser ovari perlu mengambil langkah-langkah pencegahan yang sepatutnya. Memang sukar untuk mengesan peringkat awal kanser ovari. Satu-satunya cara untuk mengesan kanser adalah melalui pemeriksaan mikroskopik.
 
Kanser ovari boleh diwarisi secara keturunan. Selalunya wanita yang mempunyai sejarah ahli keluarga menghidap kanser payudara atau kanser ovari mempunyai risiko tinggi untuk menghidapnya. Wanita yang mengambil ubat kesuburan juga dikatakan berisiko tinggi daripada mereka yang tidak mengambilnya.
 
Faktor lain yang menyumbang kepada mendapat penyakit ini termasuklah obesiti, usia dan diet pemakanan yang buruk. Kanser ovari selalunya berlaku pada wanita yang menopous tetapi wanita lain juga berisiko. 
Info = google

0 comments: