March 14 2009..
8.00am
Hari ini fatin bersama 80 orang murid tahun 6 S.K.Ampangan akan menghadiri satu kursus motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan juga inkubator asnaf yang diketuai oleh seorang yang dikenali sebagai ABI, bertempat di Kolej Pendita Zaaba Universiti Kebangsaan Malaysia.
Program ini adalah yang julung kali dianjurkan oleh pihak sekolah.Tahun sebelumnya ada juga kem motivasi yang dianjurkan di Pusat Dakwah Islamiah Seremban..tapi tidak meletakkan golongan sasaran.Apabila keputusan UPSR 2008 diumumkan terdapat peningkatan yang baik..maka pihak sekolah mengadakan pula kursus untuk golongan sasaran.
Menjejak kegemilangan..adalah disasarkan kepada murid-murid yang menjadi harapan untuk mendapat keputusan 5A dalam UPSR 2009.Bagi mereka yang tidak terpilih, akan juga dimotivasi di Pusat Dakwah Islamiah. Pihak sekolah tidak meminggirkan mereka terutama sekali yang galus( Gagal-Lulus)
Seawal pagi Fatin da bersiap.Teruja konon!!Sebagai ibu pun terpaksalah bangun seawal jam 4 pagi siapkan keperluan dia.lepas itu, kami sekeluarga menghantar Fatin ke sekolah berkumpul di dewan surau.Sebenarnya atucara program bermula dari sekolah lagi sehingga esok, 15 March 2009 juga berakhir di dewan surau. Ibubapa diharap memberi kerjasama menanti anak2 di situ..
Besarlah harapan aku sebagai seorang ibu melihat perubahan yang akan berlaku ke atas Fatin. Semoga dia akan lebih berusaha selepas ini. Memang tak dinafikan terselit perasaan bangga apabila fatin terpilih.Fatin pelajarannya sebelum ini...bak kata orang so-so saje..tapi aku nampak usaha dia di tahun lima nak menempatkan diri di kelas yang terbaik. Alhamdulillah,Tahun ini dapat jugalah dia merasa duduk di kelas yang ke-2 terbaik yang mana kelas tersebut juga merupakan kelas sasaran.Banyak juga matapelajaran terutama matematik yang dia dah mula faham formula pengiraan.Ujian selaras yang terbaru..memang ketara perubahan keputusan ujian dari sebelum ini.Harap2 akan terus ada peningkatan..dia memang seorang anak yang tak kenal putus asa!!
Aku pula memang sentiasa menemani dia belajar..pukul 3@4 am biasa memang aku da bangun. Dituruti oleh fatin.masa tu kalau ada subjek yang dia tak faham, banyaklah pertanyaanya.banyak juga soalan2 periksa tahun2 lepas yang aku godam kat internet bagi kat dia.(laman blog sekolah.)
Doakan Fatin 'Istiqamah' dalam perjuangannya menjejak kegemilangan. Doakan aku..ibunya agar tidak jemu menjadi tulang belakangnya...
March 15, 2009
Menjejak kegemilangan..
diari hati ilhamhainy at 3:05 AM 2 comments
February 11, 2009
nak tag hani plak..
selalu adik hani tags aku...kali ni aku nak tags dia plak..n silala jawab eikkk...pas tu tag la sesape yg ko suko...
1. The rules of the game get posted at the beginning
2. Each player answers the questions about themselves
3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog
Deoderant : avon
Toothpaste : Colgate
Shampoo : sunsilk
Razor : he..he..x pakai la
Underwear : ishh
Make up : suma barangan avon
Perfume : woman of earth
Watch : tak buleh pakai jam..ada gengglion(botul x ejaan nih)..nak operate takutsss...
Car : turbo kaler purple
Airline : dulu MAS..skang air asia..nak bookonng offer g tawau plak...
Backpack/Purse/Wallet : eleh sepuluh hinggit kat pasar malam
Shoes : alphio raldo
Sandals : selipar tu aku da paki kat setahun setengah..9 hengget je
Jeans : ada...tp x bape minat...levis
Handbag : beethoven
Heels : beethoven
Computer : HP
Search Engine : google, yahoo
TV Channel : tv3
Cell Phone : LG,nokia
Beer : haram tau
Soft Drink : mmm...oren f N n
Fast Food : KFC ( la ni boikot)
Cereal : nestum
Chocolate : cadburry
Ice cream : apa2 je
diari hati ilhamhainy at 5:05 PM 1 comments
February 10, 2009
tags dari snowball
Kali ni sebab tak bz sangat(mcm selalu bz!)..aku jawabla tag adik hani ni. da bape kali dia tag aku tak berkesempatan menjawab...okkey the story begin...





travelling...lalala

KEBERKATAN

...ha...ha...lega...nyudahkan tag adik hani.....
diari hati ilhamhainy at 2:28 PM 1 comments
January 29, 2009
MuHaSaBaH....cahaya keinsafan
ADAKAH IBU DAN AYAH LAIN UNTUKKU???
Malam itu aku menangis lagi.Sendirian di kamar. Untung laptop disisi. Ia seperti tahu betapa tuannya ini sedang menanggung beban jiwa yang parah.
Hati aku pedih.Sakit! Menangislah wahai hati..
Gelora di jiwa aku khabarkan pada Yang Maha Kuasa. Yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya hanya pada Dia.
Mana mungkin bisa diungkapkan pekung keluarga kepada umum. Mana mungkin!Biarlah ia terus indah pada pandangan luar, seksa dalaman teruskan dihijab.
Aku? Hanya seorang anak. Anak pinjaman Yang Esa pada sepasang hambaNya bergelar ibu dan ayah.
"Dan Dialah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi) dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam)." Al-Anaam (6:98)
Maka,tanggungjawabku hanya satu.
"Jadi anak solehah!"
Jangan kau durhaka pada ibumu. Jangan kau
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." Al-Isra (
Demi ayat-ayat Allah itu, jiwaku lemas. Lemas dalam timbunan dosa yang bertimpa-timpa. Ampuni aku Ibu! Ampuni aku Ayah! Sungguh aku khilaf dalam perilakuku. Air mukaku tidak mampu memalsukan amarah di jiwa.
Marah?! Layakkah kau marah pada mereka? Tanya pemilik hati ketika si waras mula berdebat dengan sang emosi. Di mana kau letakkan aku;kewarasanmu ketika kau tahu tindak tandukmu bisa menyakiti hati Ibu & Ayah? Kau sengaja bukan? Kau sengaja berlaku begitu kerana kau mahu sang emosi menjadi puas. Kau mahu nafsu amarahmu turut sama puas.
Kau palingkan muka, kelatkan wajah.Sengaja. Supaya Ibu tahu kau sedang lancarkan perang dingin. Dan ternyata kau memang puas. Kau biarkan Ibu dengan perang emosimu tanpa kau peduli samada dia tahu atau tak hujung pangkal tindakanmu. Ah,dengan bersenjatakan hati perempuan! Kau memang cukup hebat dalam strategi perang sebegitu.
Tidak kasihankah dikau pada wajah tua itu?
Tidak simpatikah kau wahai jiwa, tatkala makanan pertama pagi tadi ditelan tawar oleh jiwa Ayah. Makanan yang sepatutnya dihadam supaya menjadi tenaga untuk fizikalnya bekerja. Untuk siapa dia bekerja? Untuk siapa wahai hati?
Jangan kau pandang kekurangannya. Kekurangan manusia sentiasa besar di pandangan mata manusia. Tapi pandanglah kebaikan mereka dengan pandangan mata hati.
Mata hati kau tahu, kebaikan dalam diri mereka berganda-ganda lebih besar dari kekurangan dirinya. Pandang sekeliling wahai mata hati, adakah lagi seorang Ayah yang lain seperti dia?
Adakah lagi seorang Ibu lain yang mampu bertahan dengan setiap perang dingin yang kau lancarkan?
Adakah lagi seorang Ayah lain yang hanya memendam perit pedih membesarkan anak perempuan tunggalnya yang hanya tahu memandang kekurangannya?
Adakah lagi seorang Ibu lain yang begitu sabar melayan kau; wahai anak.. yang hanya tahu meminta tanpa mahu mengerti erti memberi?
Adakah lagi seorang Ayah lain yang masih sudi menjamah santapan semeja dengan anaknya walupun hati Abah itu tahu betapa anaknya tidak suka memandang wajah tua ini?
Adakah lagi Ayah lain selain dia untukmu?
Adakah lagi Ibu lain selain dia untukmu?Menangislah wahai hati,menangislah.. supaya kau terus ingat kekesalan ini.
diari hati ilhamhainy at 3:45 PM 0 comments
January 28, 2009
Tunai Janji-Mandi-Manda
27hb Januari..
Journal
2.50am-bangun,bersih diri,solat
3.30am-Stat masak-kan da janji nak pergi pd ari ni..kena la masak pagi-pagi..
-menu picnic ari ni:
6.00am-Bangunkan semua orang...solat ..solat.(masak pun da setel)
6.30am- Susun baju dalam beg.
Lepas waktu ni aku da tengok jam da..da tak ingat da...Begitu begini kami bertolak ke Port Dickson tolak campur(lebei kurang) 10.30 am.
Port nak lepak memang da ada.Masya-Allah ramainye umat manusia.Ni le padahnya pegi musim semua orang cuti.Panas terik membahang pun apa kira.Termasuk yang menulis ni.Err..tak lupa juga aku telah menjemput abang sulong ku untuk sama-sama meramaikan suasana kat tepi dan tengah laut.
Siap pasang khemah, makan la dulu baru mandi.Seronoknya anak-anakku bukan kepalang termasuk la si comel lote laila is laila..First time dia menjilat kemasinan air laut.Rasanya setahun da aku menghentikan aktiviti berkelah dan camping ni.Patut pun diorang suma teruja.
Panasnye...membakar kulit betul..tapi bila da berada dalam air tak rasa semua tu.patutla ramai yang berendam!Papehal pun aku da tunaikan janji pada anak-anak.Dah tu...buat lak janji baru..Adusss....nanti kita pegi mandi laut kat sabah.Lagi Best.Sabah je ibu tak sampai lagi...kalau da sampai,lengkapla hidup ibu sbg rakyat Malaysia!HMMM...Apa lagi diorang ni terkinja-kinjala...Insya-Allah..jual susu banyak-banyak tahun ni..2009 tahun bebas hutang!..Yeeehaaaa!!
Cuma yang paling dikesalkan ialah tiadanya kemudahan tandas..Grrrr.....tandas ada tapi sedang di perbaiki.Cubala bayangkan......Akhirnya..selepas puas berendam,melawan ombak(konon!)masa untuk pulang pun tiba.Aku siram-siram je diorang sorang sikit air yang ada.Aku dan Husband?...pergi masjid le...Asar pun tak lagi..elok bonar la tu!Nak wat camner tak de air..
Itulah dia Malaysia Bersih dan Indah! (Padahal sampah...Lu pikir la sendiri)
diari hati ilhamhainy at 12:33 PM 0 comments
Ladies trip
25hb Januari 2008
Aku,Fea dan laila melangkah kaki dari rumah jam 4.50 am,kononnya nak mengejar komuter jam 5.15am.(Ropanya first train kul 5.38am).Hajat hati nak ke Lumut, Perak.
Tika itu Alif, dik lang dan ilham baru beradu,jadi memang tak sedarlah kami keluar.Malam sebelumnya mereka bertungkus lumus menyiapkan layang-layang.Sedih juga rasa hati bila meninggalkan ilham ku yang sorang tu.
Jadilah trip kami kali ini trip org perempuan sahaja.Kami ni menempel atuk dan nenek je..he..he..Menghantar salah seorang dari sepupu yang ramai bertunang.Anyway,sekali sekala best juga.Last trip kami sekeluarga ke Lumut and Pangkor tahun 2004 dolu.Tak banyak perubahan di sana.Pekan Lumut masih seperti dulu,sama masa aku belajar dulu. Sayangnya tak bawa kamera, kerana segala nya tak dirancang. Kemas baju pun pukul 2 am.(Aku ni sekarang da jadi kelawar..tidur kul 10pm pasti akan terjaga kul 2am sampai la siang-jadi...buatlah ape yang patut...)
Memang seronok trip kami dengan keletah laila yang macam-macam.Fea pun begitu teruja melihat sawah padi dan burung bangau yang berterbangan.Cantik.Subhanallah.Fea dengan laila sangat teruja melihat laut nan membiru..(teringat pula janji dengan hero 3 orang tu trip ke PD pulak!)Bab shopping ni..tak berapa sangat al-maklumlah tengah gerhana matahari(faham2 je la).Ada juga ole2 yang di beli untuk orang yang tinggal.Member ofis lagi.Sotong kering,Sate sotong,ikan bilis,sate ikan, buah jambu...eh banyak juga!
Perjalanan balik kami tak melalui highway..ikut jalan lama..Waahhh!!! lagi banyak yang nak di pandang dan di beli.Antaranya siput mentarang..Pernah makan?..Sedap beb!(biasolah aku..kalau maria tunku sabri tu pencen besok aku ganti tempat dia!)
Papehal pun memang best trip kali ni...lain kali baru bawa satu family..cuma sayang tak dapat nak merakam kenangan(telifon pun canggih!)
diari hati ilhamhainy at 9:47 AM 1 comments
January 15, 2009
Korban makin meningkat
A weapons system fired by Israeli forces explodes over the northern Gaza Strip January 9, 2009. Israel pushed ahead with its two-week-old offensive in the Gaza Strip, ignoring a U.N. Security Council resolution calling for an immediate ceasefire. REUTERS/Yannis Behrakis (GAZA
A weapons system fired by Israeli forces lands in the northern Gaza Strip January 9, 2009. Israel pushed ahead with its two-week-old offensive in the Gaza Strip, ignoring a U.N. Security Council resolution calling for an immediate ceasefire. REUTERS/Yannis Behrakis (GAZA)
Smoke caused by explosions from Israeli militants operations is seen on the outskirts of Gaza City, Friday, Jan. 9, 2009. Israeli jets and helicopters bombarded Gaza early Friday and Hamas fired a barrage of rockets into southern Israel, as Israel’s government said it will press forward with its offensive despite a U.N. resolution calling for an immediate cease-fire. (AP Photo/Adel Hana)
Smoke rises during Israel’s offensive in Gaza January 9, 2009. Israel pushed ahead with its two-week-old offensive in the Gaza Strip on Friday, ignoring a U.N. Security Council resolution calling for an immediate ceasefire. REUTERS/Suhaib Salem (GAZA)
Smoke rises after explosions in the northern Gaza Strip January 9, 2009. Israel pushed ahead with its two-week-old offensive in the Gaza Strip on Friday, defying a U.N. Security Council resolution calling for an immediate ceasefire. REUTERS/Jerry Lampen (GAZA)
A wounded Palestinian boy is carried to Kamal Odwan hospital during Israel’s offensive in the northern Gaza Strip January 9, 2009. Israel pushed ahead with its two-week-old offensive in the Gaza Strip on Friday, defying a U.N. Security Council resolution calling for an immediate ceasefire. REUTERS/Mohammed Salem (GAZA)
A Palestinian carries the body of his daughter who was killed during Israel’s offensive, during her funeral in the northern Gaza Strip January 9, 2009. Israel pushed ahead with its two-week-old offensive in the Gaza Strip on Friday, defying a U.N. Security Council resolution calling for an immediate ceasefire. REUTERS/Mohammed Salem (GAZA)
Palestinians pray beside bodies of Palestinians killed during Israel’s offensive in the northern Gaza Strip January 9, 2009. Israel pushed ahead with its two-week-old offensive in the Gaza Strip on Friday, defying a U.N. Security Council resolution calling for an immediate ceasefire. REUTERS/Mohammed Salem (GAZA)
Palestinian medics treat a girl, injured during the Israeli army operation in Gaza, at the Kamal Adwan hospital in Beit Lahiya, northern Gaza Strip, Friday, Jan. 9, 2009. Israel launched airstrikes across the Gaza Strip on Dec. 27 followed by a ground invasion on Jan. 3 to undermine the ability of the fighters group Hamas that govern Gaza from firing rockets into the Jewish State. Some 750 people have been killed in the fighting, about half of them civilians, according Palestinians medical officials. Over 3000 have been injured, numbers that have left Gaza’s medics overwhelmed. (AP Photo/Khalil Hamra)
Gaza Terus dibom Di Tengah Seruan Gencatan Senjata
Tentera Gila Zionis Israel terus melancarkan serangan Gila mereka pada hari ini ke atas Gaza.Siri serangan udara baru terhadap genting Gaza pada hari ini berterusan, meskipun PBB sedang berusaha permainan wayang kulit mereka ke arah gencatan senjata untuk mengakhiri konflik Israel-Hamas yang telah berterusan hampir dua minggu.
Permainan wayang kulit PBB sebenarnya telah dirancang dan diatur oleh Israel sendiri yang menguasai White House untuk melengahkan segala bentuk tindakan olak-olak PBB sementara tentera-tentera gila mereka melaksanakan segala bentuk kezaliman,pembunuhan ke atas rakyat palestin khususnya Hamas dan penyokong-penyokongnya.
Target Israel sebenarnya untuk menghancur dan menghapuskan Hamas dari bumi palestin . Tapi perancangan mereka tidak lagi berhasil dan tidak akan berhasil,malah mendapat tentangan yang sengit daripada Hamas di luar jangkaan mereka.Sebab itu PBB masih lagi tidak bertindak apa-apa dan tidak ada lagi sebarang keputusan yang sepatutnya walaupun sudah dua minggu bumi Gaza diceroboh dan penduduk palestin dibunuh. Angka korban juga telah meningkat kepada 770 orang.Mungkin juga 1000 orang dalam dua tiga hari lagi.
diari hati ilhamhainy at 12:35 PM 0 comments
Amanat Akhir
“jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya. - Khalil Ismail al-Haya [ Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin] “

diari hati ilhamhainy at 12:27 PM 0 comments
GAZA....THE WAR
Smoke billows from Israeli artillery shells exploding over the northern Gaza Strip on January 12, 2009 as seen from the Israel-Gaza border. Israeli warplanes struck some 12 targets in Gaza overnight on Monday, the army said, marking the lowest level of night-time bombing in Israel’s 17-day-old war on Hamas. AFP PHOTO/Menahem KAHANA (Photo credit should read MENAHEM KAHANA/AFP/Getty Images)
GAZA BORDER, ISRAEL - JANUARY 12: An Israeli army mortar team fires mortar shells into the Gaza Strip in support of troops fighting against Hamas fighters January 12, 2009 from a field on Israel’s border with the Palestinian fighter. Israel is intensifying its wide-scale ground assault against the Gaza Strip in an effort to put an end to Hamas rocket attacks against the Jewish State. (Photo by David Silverman/Getty Images)
Smoke rises during Israel’s offensive in the northern Gaza Strip January 12, 2009. Israeli troops fought fierce gun battles with Hamas fighters on Monday, keeping military pressure on the Islamist group while avoiding all-out urban warfare that would complicate ongoing diplomatic efforts to end the Gaza war. REUTERS/Ronen Zvulun (GAZA)
A Palestinian (L) man holds a white flag as he flees with other families the Zeitun district of Gaza City after Israeli strikes on January 12, 2009. Israeli troops clashed with Hamas fighters on Monday across the Gaza Strip after the Jewish state poured reserve troops into the territory and ceasefire talks plodded on in Egypt. Israeli warplanes struck some 12 targets in Gaza overnight, the army said, marking the lowest level of night-time bombing of Israel’s deadliest offensive in the Palestinian enclave launched in response to rocket fire. AFP PHOTO/MAHMUD HAMS (Photo credit should read MAHMUD HAMS/AFP/Getty Images)
A Palestinian woman reacts after an Israeli air strike in Rafah in the southern Gaza Strip January 12, 2009. Israeli troops fought fierce gun battles with Hamas fighters on Monday, keeping military pressure on the Islamist group while avoiding all-out urban warfare that would complicate ongoing diplomatic efforts to end the Gaza war. REUTERS/Ibraheem Abu Mustafa (GAZA)
A wounded Palestinian is brought into Shifa hospital during Israel’s offensive in Gaza January 12, 2009. Israeli troops fought fierce gun battles with Hamas fighters on Monday, keeping military pressure on the Islamist group while avoiding all-out urban warfare that would complicate ongoing diplomatic efforts to end the Gaza war. REUTERS/Ismail Zaydah (GAZA)
Loay Soboh, a 10-year-old Palestinian boy, waves at Shifa hospital in Gaza before his transfer to Saudi Arabia for treatment January 12, 2009. According to doctors, Soboh lost his eyes in an Israeli air strike. Israeli troops fought fierce gun battles with Hamas fighters on Monday, keeping military pressure on the Islamist group while avoiding all-out urban warfare that would complicate ongoing diplomatic efforts to end the Gaza war. REUTERS/Ismail Zaydah (GAZA)
Palestinian men pull a man injured in the Zeitun district of Gaza City following Israeli strikes on January 12, 2009. Israeli troops clashed with Hamas fighters on today across the Gaza Strip after the Jewish state poured reserve troops into the territory and ceasefire talks plodded on in Egypt. Israeli warplanes struck some 12 targets in Gaza overnight, the army said, marking the lowest level of night-time bombing of Israel’s deadliest offensive in the Palestinian enclave launched in response to rocket fire. AFP PHOTO /MAHMUD HAMS (Photo credit should read MAHMUD HAMS/AFP/Getty Images)
Israel kerah askar simpanan ke Gaza,Angka Kematian Mencecah 900 Orang
GAZA: Pemimpin Israel mengerah askar simpanan ke Semenanjung Gaza dalam usaha melumpuhkan pejuang Hamas yang masih dapat bertahan walaupun selepas 17 hari serangan dilancarkan.
Dengan angka korban rakyat Palestin menghampiri 900 orang dan tekanan supaya diadakan gencatan senjata oleh masyarakat antarabangsa semakin meningkat, tentera Israel mungkin melancarkan serangan besar-besaran terhadap terowong di sempadan Mesir dan operasi di kawasan bandar.
Media Israel melaporkan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert; Menteri Pertahanan, Ehud Barak, dan Menteri Luar, Tzipi Livni, bertemu semalam dan memutuskan untuk meningkatkan tekanan terhadap Hamas.
Livni memberitahu Radio Tentera serangan Gaza sudah “mengembalikan keupayaan pencegahan Israel” dan “mewujudkan peraturan baru…yang menyatakan bahawa apabila rakyat kita diserang, kita akan membalas dengan kekerasan.”
Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan bila Israel akan menamatkan serangan.
Sementara itu, askar simpanan Israel memasuki Gaza semalam ketika pertempuran di Gaza semakin sengit, tanpa mengendahkan gesaan Majlis Keselamatan PBB supaya diadakan gencatan senjata.
Langkah mengerah askar simpanan itu meningkatkan kemungkinan pertambahan angka korban di pihak Israel dan juga kalangan 1.5 juta rakyat Palestin yang mendiami Gaza.
Angka kematian rakyat Palestin sejak serangan ganas Israel pada 27 Disember tahun lalu kini mencecah 890 orang manakala 3,000 lagi cedera.
Di pihak Israel pula, 13 orang, termasuk 10 askar, dilaporkan terbunuh.
diari hati ilhamhainy at 12:24 PM 0 comments








