Riak

Antara sifat riak pada zahirnya adalah orang yang mengherdik anak yatim, tidak mempedulikan orang miskin dan enggan menguatkan tali silaturrahim.
kernamu...satu momento

diari hati ilhamhainy at 11:20 AM 0 comments
diari hati ilhamhainy at 4:20 PM 3 comments
Talifooonn, Talifooonn berbuunyiii
Talifooon!! Kami dataaang
Talifooonn, Talifooonn berbuunyiii
Ada umat dalam bahaye
Ada umat dalam bahaye
Ada umat dalam bahaye di sane
Hmm…
Apeee yang penting? Kerjaasamaaa..!
Apeee yang penting? Kerjaasamaaa..!
Kami tak besar, dan kami tak kuat
Bila berkerjasama, semua jadi mudaahh..
p/s: ini entry saya paling sopan buat masa ini.(**jangan sampai saya mem*bangkaikan* kamu pula!!)and please jgn judge saya bila entri dan bahasa kurang ajar ini keluar.ia bukan sifat sebenar saya.hanyalah luahan perasaan yang tak bermoral
diari hati ilhamhainy at 11:25 AM 0 comments

11 Mac 2010
dahulu
38 tahun dulu dia bayi kecil
38 tahun dulu dia kesayangan keluarga
38 tahun dulu dia dilahirkan..tak taw waktu bila..peaaceee
38 tahun dulu dia naif dan kerdil
38 tahun dulu dia bayi kecil yg mungil
sekarang
selepas 38 tahun dia lelaki dewasa
selepas 38 tahun dia lelaki matang
selepas 38 tahun dia bapa kepada 5 anak2 anugerah ilahi
selepas 38 tahun dialah suami dan bapa kepada keluarga kecil.....besar...ku....
pastinya dia bersyukur masih dapat berpijak dibumi ALLAH
pastinya dia bersyukur dapat melihat aku..si isteri yang menyusukan anaknya
pastinya dia bersyukur masih mempunyai isteri yg setia
pastinya dia bersyukur masih mempunyai anak2 yg mendengar kata..(kadang2 degil jugak...!!)
pastinya dia bersyukur masih diberi limpah dan hidayat dariNYA
jadi..apakah yg harus dia pinta lagi
ape yg harus dia tambah lagi(Tambah fulus..tambah harta...tambah amalan...anak...hehehe)
ape yg harus dia keluhkan lagi
terima kasih suami.. kerana sentiasa berada disamping diri ini...harap dapat memberi tunjuk ajar walaupun diri ini sudah terlalu matang untuk diajar..sama-sama kita mengajar...
tapi selagi kite hidup ilmu boleh diisi dan dipelajari bila2 masa...
semoga hidup ini sentiasa dirahmati...AMINNNNNN
diari hati ilhamhainy at 2:36 PM 0 comments

Salah satu cubaan untuk mempromosi diri sendiri.
Saya.....saya?...ya..ya...hari ini mau guna 'saya'.. ok....Saya adalah seorang yang optimis. Terlalu optimis kadang-kadang, sampai tak berpijak pada realiti. Gelas saya selalu di isi penuh.
Sungguhpun begitu, sikap terlalu optimis ini kadang-kadang boleh memakan diri semula. Yakin semua perkara boleh buat, tidak ada yang mustahil! Terlepas deadline kerana semua kerja dibolot sedangkan masa sangat terhad —(Memang patot pun kau bolot..section kau tu ramai org ke...) itu semua perkara-perkara yang sering terjadi akibat terlebih optimis saya.Disebabkan keoptimisan saya, saya paling tidak suka mendengar permasalahan .Permasalahan sewaktu bekerja. sewaktu menjadi jurujual dan yang sewaktu dengannya.Tapi saya sangat optimis untuk mendengar permasalahan teman-teman..oh ya saya seorang pendengar yang baik.percayalah..Saya sangat benci dengan ayat-ayat negatif dan berunsurkan pesimisme. Kadang-kadang, sampai boleh bertekak — saya hendak mempertahankan keoptimisme saya, dan yang si pesimis menghamburkan ayat-ayat yang melemahkan.
Ada masalah — fikirkan penyelesaian! Bukannya bersungut-sungut sepanjang hidup. Tak suka apa yang dilakukan, berhenti! Cari dan buat apa yang kamu suka! Kenapa masih mahu terus seksa diri sendiri (dan telinga orang lain) dengan sungutan kamu? Berhenti menyusahkan orang lain, belajar berdikari! (Peringatan buat diri sendiri...dan kamu itu..saya pasti kamu tak membaca tinta berdarah saya...sangat pasti!!).
Hah, saya paling benci mendengar ayat-ayat:
“Tak takut ke?”
“Ish, bahayalah!”
Tahukah kamu Buya Hamka pernah berkata, jika wujud rasa takut di dalam diri seseorang manusia itu, maka dia telah kehilangan sebahagian besar dari hidupnya?
Jadi mari kita tanya diri sendiri, berbaloikah untuk takut pada:
dan sanggup pula kehilangan sebahagian besar hidup kita?
Bukanlah saya maksudkan kita harus berani dengan membuta tuli seperti sotong. Ambillah langkah berjaga-jaga, mana yang sesuai dengan diri sendiri. Belajar seni mempertahankan diri misalnya. Bukankah wajib untuk kita menjaga (maruah dan harga) diri sendiri?(teringat pula dengan ujian tali pinggang terakhir tak sempat diambil...damnn)
Untuk mengelakkan berlaku pergaduhan dan peristiwa bertekak ini, saya selalu berusaha sedaya upaya menjauhi mereka-mereka yang pesimis ini. Malangnya mereka selalu mengejar saya kerana mereka beranggapan saya boleh menjadikan diri mereka optimis. Sedangkan yang boleh mengubah seseorang itu hanyalah dirinya sendiri.
Saya:(Kamu..hei..kan saya dah bagitahu awal-awal dulu...)
Awakk...sayakan eksyen, narsisis, sinikal, gila kuasa dan sarkastik. Kadangkala (mungkin selalu sebenarnya?) keji. Sangat kaya kawan. Bayangkan, walaupun mempunyai sifat-sifat keji di atas saya masih sangat kaya dengan kawan walhal saya juga tidak pernah menghantar nama ke ruangan Mekar di Taman ataupun Kembang Setaman. Bila saya katakan saya ini jahat atau keji, silalah percaya. Jangan nanti jika kamu tiba-tiba menghubungi saya dan saya bersikap keji kepada kamu, kamu nak marah-marah pula. Itu salah kamu.
Kan saya dah cakap tadi, sikap terlalu optimis boleh memakan diri semula?
Kata orang, suka mengakui kekejian diri sendiri itu salah satu bentuk eskapisme. Baiklah. Saya memang di dalam eskapisme dari… dari… apa-apalah!Sekarang saya rasa hormon saya tidak stabil, sebab itu saya rasa mahu menulis banyak-banyak...
Saya rasa saya perlu berkelakuan sedikit baik. Ini kerana kekerapan saya mencarut dan memaki begitu tinggi sejak akhir-akhir ini, disebabkan kerja-kerja saya yang tidak berjalan lancar, sedangkan masa pula seolah-olah mengajak saya lumba lari pecut 100m).Hidup saya sekarang semakin berwarna-warni. Saya selalu percaya, hidup kita ini kita sendiri yang mewarnakannya.OPTIMIS. Mahu warna ceriakah, warna berkabungkah, warna putih kosong-sekosongnya kah, terpulang. Tapi saya agak terganggu juga bila saya mahu warna begitu begini tapi tiba-tiba ada tangan keluar dari entah celah batu mana gatal-gatal pergi simbah warna hitam (dia di sini adalah tangan manusia, bukan tangan takdir). Haishh. Benci sungguh. Tapi tak elok kalau ada benci dalam hati. Nanti cepat tampil tua.
Sumpah saya tak faham macam mana ada manusia boleh simpan benci lama-lama dalam hati. Bertahun-tahun. Bila cakap dia dah serupa nenek kebayan atau atuk umur 81 tahun yang bunuh isteri dia tu, marah pula. Eh. Termengumpat.
Sekian entri perasan bagus saya.
diari hati ilhamhainy at 3:35 PM 0 comments
diari hati ilhamhainy at 4:01 PM 0 comments
Mari adik, kakak-kakak makcik pakcik yang rasa nak kurangkan apa yang terlebih kat badan tu..Produk terbaru keluaran Alpha Lipid, susu SD II sliming diet.
Akhirnya ku temui supplement yang tak perlu bersusah payah nak follow. Syaratnya senang saja kurangkan karbohidrat atau jauhkan sama sekali.Minum air suam banyak. La ni da dua minggu ku tak makan nasi...peacee...tak susah sebenarnya yang penting tekad dan azam. Kengkawan cakap aku da jadi kucing makan lauk saja..Minum susu ni 3/4 kali sehari.Kalau rasa tak boleh telan goncang-goncang la dengan serbuk milo ke, vico ke starwbery ke..Rasa SD II ni macam soya sikit campur nestum..
Minggu pertama ku ambil sudah turun 2 kilo..Kesan ketara yang aku nampak aku kuat berpeluh dan kerap ke bilik air (piss daa...sebab kuat minum air suam). Proses penyingkiran lemak adalah melalui perpeluhan dan perkumuhan...Kesan lain tado...like cirit-birit ..tado...Minggu ni belum timbang lagi tapi....for u olsss i nak informm idah mula keluarkan stok baju lamee....Sesape rasa nak tukar saiz xxxL- XL...atau...L-M...atau...M-S mari la cuba..Aku..? size SS kot...(haha...melayang kau nanti..)
APAKAH ITU SDII?
SD II adalah formula diet yang dicipta oleh Dr. George Cahill dan Dr. George Blackburn of Harvard Medical School. Formula ini menggunakan terma PROTEIN SPARING MODIFIED FAST KETOGENIC DIET yang membolehkan amaun protin berpatutan sahaja disalurkan keseluruh badan anda termasuk Isolated Soy Protein, vitamin, mineral, trace elements dan asid lelemak dalam jumlah yang seimbang dan berpatutan ke seluruh badan. Semasa mengambil SDII, anda dinasihatkan untuk menjauhi makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti nasi, roti, pasta, kekacang, makanan yang manis dan kopi dan mengambil makanan seperti daging, makanan laut, sayuran dan buah-buahan.
-Selamat dan berkesan
-Penurunan berat badan adalah secara semulajadi dan sejajar dengan tindakbalas
kimia badan. Oleh itu, tiada kesan negatif semasa mengambil SD 2
-Prevention is better than cure- SD 2 bukan hanya mengubati simptom akibat
masalah kegemukan malah mengubati masalah asas terhadap kegemukan itu
sendiri
Badan anda mendapat tenaga melalui 2 cara iaitu;
i. Makanan yang ditelah anda makan, dan
ii. Lemak badan yang sedia ada pada badan
Apabila anda mengurangkan kadar pengambilan karbohidrat (dari gula dan kanji) badan anda secara semulajadi akan memecahkan lemak yang sedia ada pada badan untuk menjana tenaga. Apabila anda mengambil SD 2, kadar pengambilan karbohidrat anda dapat diminimumkan dan badan akan secara semulajadi memecahkan lemak badan anda bagi mendapatkan tenaga.
Dalam proses memecahkan lemak atau Ketosis, satu bahan yang dipanggil Ketones dihasilkan. Ketones dapat dikesan melalui ujian air kencing pada satu alat yang dipanggil Ketostix. Tindakbalas kimia ini dapat mengelakkan rasa lapar yang melampau (revenous hunger).
-Merupakan program penurunan berat badan jangka masa panjang yang
menjamin kualiti kesihatan yang baik
-SD 2 membekalkan sumber protein, mineral, vitamin, trace elements, dan asid
lelemak dalam kuantiti seimbang yang sepatutnya diterima badan
-Tidak menyebabkan kulit menggeleber selepas berat badan turun
-Memecahkan lemak badan sedia ada
-Anda bukan saja akan dapat menurunkan berat badan malah berasa lebih sihat
Teringin nak cuba...? jangan tunggu...jangan tangguhh...tak mahal RM144 jer setin..Hubungi saya...ok...Hainy...017-3166371 atau emel di hany_dotcom@yahoo.com.my
diari hati ilhamhainy at 12:28 PM 0 comments
Sedar tak sedar (mimpi ka?) kita sudah berada dalam bulan March. Bermacam perkara yang dilakukan dan berlaku hingga tak sedar betapa cepat masa berlalu.
Mana taknya..sibuk dengan sukan sekolah anak-anak..tambahan pula alif terpilih mewakili sekolah ke temasya sukan yang bakal di adakan di Stadium Paroi. Jadual latihan yang padat..Sibuk pula kami sekeluarga berkelah di ulu bendul siap barbeque lagi..dan yang penting....migrate......pindah rumah..
Bermakna sekarang sudah hampir 2 minggu aku berhijrah...migrate...pindah rumah daa..Rumah yang da lama dibeli tapi tak diduduki...Tanggal 18hb.Februari 2010 bersamaan 4 Rabiul Awal 1431 berpindahlah kami ke rumah baru di Panchor Jaya Fasa 7.Hari Khamis jam 9.oo mlm. Ok tak pindah hari malam? Ayah kata pindah malam ni macam orang lari tak bayar sewa...nak buat macammana lori yang murah hanya ada waktu itu sajo.(Lori site hubby).Lama betul rancangan berpindah tertangguh.Mak pergi...semangat hilang...tado mood..en.soami pula patah bahu. Semangat aku hilang balik.Kami cat rumah pun slowly kena tunggu bahu dia agak kuat dulu..semua hal aku kena buat sendiri..pasang-memasang...ketuk-mengetuk...Bukan tak nak minta tolong..kami buat semuanya pada hari bekerja.So tak mo mengganggu..Ayah dan Azhar datang menolong kami malam tu..tq..tq...
Penat betul pindah rumah rupanya. Ada lagi barang yang tak ku angkat di rumah ayah tu..pinggan mangkuk dan baju especially..banyak la pulak..Rumah sekarang ni tak banyak barang..I like...Rumah Taman Bukti pun aku tak habis kemas lagi..kata ayah nak betulkan wiring then baru pindah..Tak pasti pula bila sebab dia ada agendanya yang tersendiri..ngeee...
Tempohari ada juga kami men'survey' meja makan yang comel-comel.Diluar kemampuan la pulak. So my en.soami kata sabar jer la dulu..Poket da nipis..Pengumuman...pengumuman....kot2 sapa yang ada meja lebiei tu sedekahkanlah kat den ni ha....ha..ha..ha...melawak ajer....Ambil cuti 4 hari pun tak sudah-sudahnya berkemas. Mujur aku dapat cuti lebih sebab loading kerja agak slow skit..(2 hari sebelum cuti siang malam kat opis ni.....apa kes...)
Perasaan aku sekarang?...hmmm...macam-macam..suka? mestilah dah duduk rumah sendiri...Sedih...? Boleh jugalah sebab rumah Taman Bukti tu terlalu banyak kenangannya...lepas ni mungkin jadi rumah 'main'..Azhar yang duduk..If dia still tanam anggur...If Sabri nak berulang alik dari Seremban-Kuala Pilah...meriah la jugak...?Ayah mungkin still stay di QRTS Klia..tak pun....rumah bakal......Semuanya kabur lagi...tapi for information dalam masa terdekat ni juga...Tak lama lagi dah ada kehadiran ahli baru..Oh...tuhan...kalau lah masa tu boleh dianjakkan kembali...
Ramai juga yang bertanya..aku tak nak buat kenduri ke pindah rumah?..hehe...nanti lah dulu ye..(Sponsor la tolong!!) sebabnya poket ku teramat la nipisnya sekarang.. lagipun sehari sebelum pindah..Ayah dan sahabatnya ustaz Salleh dari masjid Sikamat sudah pun berzikir kat rumah ku itu...Kalau orang dulu-dulu kata apa...tepung tawar...(tepung memang tawar)..Cuma digantikan dengan garam, lada hitam dan cuka..Bukan apa...sebagai langkah berjaga-jaga..maklumlah dah lama tak diduduki...depan rumah pula dah jadi highway baru Seremban-Kajang (LEKAS)..Signboard besar tu betul-betul depan rumah...(Dipisahkan oleh lembah yang dulu adalah bukit yang menghijau..) Alhamdulillah baik-baik belaka semuanya.Itu la yang aku harapkan.
Kawasan rumah disitu agak tenang sikit..Tidak ramai budak..(Anak aku saja yang bikin gempak!!) Tidak ramai yang buat gossip bukak piring astro pagi petang kerana rata-rata mereka bekerja.I likeee...Kami pun sudah bertegur sapa dengan jiran sebelah menyebelah.baik-baik belaka.Insya-Allah..Malam-malam pun sunyi...Pertama kali kami dapat melihat kelawar bersidai kat pokok..(punyala gayat)Lagi lah sunyi kerana tv ku tak berfungsi...uwaa....susah nak dapat siaran walau da pasang areal..kawasan berbukit bukau..(macam lah kau duduk kat lembah belum!!)Kena gak pasang astro nampak gayanye...bermakna sudah 2 minggu kami ketinggalan siri kegemaran....
Harapan aku semoga semuanya akan kekal dan setiap inci perjalanan hidup kami sentiasa mendapat keredhaan Yang Maha Esa...
Hari depan yang belum pasti pun kekadang mengundang ketidakselesaan...
p/s: jemputlah datang ke teratak buruk hamba...kalau sudi.....
diari hati ilhamhainy at 10:51 AM 0 comments
diari hati ilhamhainy at 2:19 PM 0 comments