March 26, 2010

The generations

Petang ni terlebei rajin pulak nak scan-menyecan dan upload gambar. Saya terjumpa foto ini semasa berkemas yang tak habis-habis di rumah ayah.Masih tersimpan kemas dalam album milik saya.Layanzzz....


Allahyarham dan Allahyarhamah tukya dan wan
(Hj. Kamarudin dan Hjh.Kalsom)
sewaktu kanak2 kalau pulang ke johol, saya mesti tidur dengan tukya..sampaikan mak busu jeles dan merajuk berebut dengan saya..Entah busu ingat lagi tak kenangan ini.


Ayah dan Allahyarhamah mak
(Mohd.Yusof dan Hazizah )


Gambar ini diambil anggaran 22 tahun yang lepas.Lokasi di rumah pak long Ghazali ,Gemas
Rata-rata anak-anak kecil didalam gambar ini sudah berumahtangga.
Yang dalam rancangan bertunang pun ada...yang masih mencari calon pun ada..siapa tu ye...?
Yang mana satu penulis...?

Hasil dari perkahwinan tukya dan uwan menghasilkan generasi sebegini ramai.Inipun masih ramai yang tiada dalam gambar(termasuk saya)
(gambar ihsan laman BKK)


March 25, 2010

Bila ini macam-macam

Tak tahulah anda bagaimana, tapi saya tak boleh tahan bergaul dan berkomunikasi dengan golongan manusia yang berbeza gelombang pemikiran untuk jangkamasa yang lama.
Seminggu,
dua minggu,
sebulan, tahan lagi.
Tapi...
untuk tiga bulan,
setahun…
Oh Tidak!
Macam… macam… macam terencat otak jadinya.
tekanan tahap petala langit kelapan macam ni
saya memerlukan pendekar laut untuk menyelamatkan saya....

March 24, 2010

Warisan

Tetiba teringat pulak pada lagu ni yang selalu di nyanyikan pepagi hari masa menuntut di MARA dulu.Semangat molotup-lotup.

Teringat pula pada kata-kata ex-boss saya dulu yang telah rebah..MARA..u tahu apa maknanya? Melayu Akan Rebah Akhirnya...Ingat tu kalau u tak jaga betul2..(Tup2 saya dapat tahu dia yang rebah oleh kuasa duit dan perempuan....)Friendly speaking..dialah boss yang paling saya sayang walau berperangai Hitler...errkkk...


Warisan

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara.

March 23, 2010

Biggie






Will coming soon on this coming April....

March 19, 2010

Sungai Dalam Laut

Penglihatan kurniaan Allah adalah untuk melihat bukti kebesaran dan kehebatan Ilahi. Nikmat penglihatan sungguh besar buat kita semua. Tujuan ia dicipta guna membawa hati kepada Allah. Jika penglihatan diguna melihat perkara yang diharamkan Allah, maka pudarlah cahaya iman yang menjadi matlamat manusia diwujudkan. Betapa banyak perkara halal yang boleh dilihat, namun nafsu manusia yang cenderung kepada kejahatan lebih suka memilih perkara yang diharamkan. Perkara haram adalah racun kepada jiwa manusia seperti foto-foto dan perbuatan lucah yang banyak dicari manusia hari ini.

Artikel di bawah sudah diedit ke Bahasa Melayu. Artikel asal dalam Bahasa Indonesia.

Berhati-hatilah dengan fatamorgana dunia!


KISAH AIR MASIN AIR TAWAR

&

SUNGAI DALAM LAUT

وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَّحْجُورًا

Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”

(Al Furqan 25:53)

Jika saudara termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau. Dia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi,

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ

Maksudnya: Dia biarkan dua lautan bertemu.

(Al-Rahman 55:19)

بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ

Maksudnya: Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus.

(Al-Rahman 55:20)

Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya ditafsirkan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsiran itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Al-Rahman ayat 22 yang berbunyi,

يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ

Maksudnya: Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.

(Al-Rahman 55: 22)

Padahal tiada mutiara yang dihasilkan di muara sungai.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat. Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka. Justeru itu, dia lalu memeluk Islam.

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.

Rasulullah s.a.w. berkata, “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air”. Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, ia bukanlah sungai biasa, ia adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?

(Al-Rahman 55: 13)

أَمَّن جَعَلَ الْأَرْضَ قَرَارًا وَجَعَلَ خِلَالَهَا أَنْهَارًا وَجَعَلَ لَهَا رَوَاسِيَ وَجَعَلَ بَيْنَ الْبَحْرَيْنِ حَاجِزًا أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat menetap dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya serta telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.

(Al-Naml 27:61)

أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاء الْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ

Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).

(Al-Naml 27:62)

Nota: Terdapat perselisihan pendapat mengenai keislaman Jaques Costeau.

Apa yang penting yang mahu ditonjolkan di sini ialah kebesaran Allah dalam penciptaanNya dan bahawa al-Quran itu mukjizat yang agung. Dan yang lebih penting lagi ialah jiwa kita sendiri bersedia untuk memperakui kebesaran Ilahi seterusnya menggerakkan saraf dan seluruh anggota badan untuk sujud dan patuh kepadaNya. Sama ada Jaques benar-benar Islam atau tidak sebelum kematiannya, urusannya telah selesai di sisi Allah. Kita hanya perlu fikirkan bagaimana nasib kita sendiri di akhirat kelak serta bagaimanakah penutup episod hidup kita di dunia fana ini.

Harap maklum.


TAZKIRAH RINGKAS- RIAK..

Riak


Antara sifat riak pada zahirnya adalah orang yang mengherdik anak yatim, tidak mempedulikan orang miskin dan enggan menguatkan tali silaturrahim.

March 18, 2010

Petang yang manis

Alhamdulillah..
Syukur diatas rezekiNya
berlalunya pagi yang tegang
dengan matahari yang memancar-mancar
hadir pula sang petang yang nyaman.
Finally,,
Setelah saya berhempas pulas menyediakan paperwork, survey sana sini dan pembentangan budget yang meyakinkan...
Boss ku telah meluluskan company trip yang tertangguh hampir 8 tahun.
8 tahun yo jangan tak percaya.
Rasa sejuk nyaman udara Cameroon Highland
tak seperti pagi tadi seumpama tinggal di padang pasir Sahara.
Rancangan yang pada asalnya mengadakan hari keluarga di Ulu Langat ditangguhkan hampir setahun digantikan dengan company trip.
(Ceh...penat buat busget siap tentatif program)
Isu ini saya bangkitkan semula dalam meeting staff baru-baru ini.
"tn haji...at least something..."
"ok..u sediakan budget dan destinasi..tapi saya tak dapat ikut"
"lagi i suka" (dalam hati...)
"belum tentu lepas ni..."
Hooopssss.....dalam hal sebegini saya sangat OPTIMIS.
(Ha...kamu...kamu juga yang merasa...walau kamu negatif)
Macam biasa...ini adalah tempat saya membanggakan diri..tak sedar diri macam bagus.

Sebagai menjawab persolan kamu semua yang bertahun-tahun sudah..hari ini saya menghadiahkan kamu compeny trip..
Saya nampak kamu semua tersenyum manis...
dan...
tak logik lah kalau kamu ingin membodek saya kan...?Maka sungguhlah saya ini nampak muda remaja...

***setelah apa yang berlaku sepanjang hari ini..tak usahla coba untuk membeli jiwa saya kembali...***

Bila ini rasa pahit

Sekarang ni nak ubah 'aku jadi 'saya'.Biar rasa nostalgik sikit.
hari ni rasa serabut betul.panas rasa hati.mendidih-didih bagai core bumi yang hampir meledak.
cuaca sekarang tak berapa sejuk..rasa panas membahang tapi cuaca dalam ofis ni lagi panas..(okeii...i relax sekejap kerana tak mo ikut tension)

Saya rasa macam nak letup orang.
Hei kamu..perasan poyo macam baguss.lain kali bila nak mula kerja..sila mulakan dengan Bismillah...baru kerja berkat..segala masalah yang mendatang, kita masih boleh bersabar..ini bila nak start kerja hisap rokok menatang haram tu...kasi racun kat orang lain sama..lepas tu bila bermasaalah...mula lah menjerit.. memekik..bangsat..bangkai semua keluar..
cair menanah telinga orang mendengar
mula nak menyalahkan orang sana sini...
hei..kamu please la..i olweys double check my works okeh?
jangan sampai i bercakap dengan kapla lutut i...u susah okeeeyy...?

kamu...selalu diri kamu bagus..Acapkali saya katakan jika rasa sangat bermasaalah..cubalah bawa berbincang.Takkan masalah kamu pun saya nak forwardkan.Cess...ingat aku PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM kat sini...?
Kita pun tak tahu apa dalam fikiran Boss kita. Software yg berharga RM 18 000 tu janganlah kamu bangkaikan.kan tak habis belajar lagi..ngookkk....

KEPERCAYAAN, INTERGRITI, KONSISTENSI, KETAATAN..
yang saya amalkan selama ini jangan coba kau rosakkan..okkeii?

Otak saya sudah tepu mendengar kata cerca kamu.
Selama ini saya mendengar kata-kata kamu tak lebih dari bersifat male chauvinist..tapi hari ni saya rasa manusia seperti apakah kamu...?
Saya rasa seperti da tak mampu bertahan.
hohoooh....

Saya rasa nak pergi menyejukkan jiwa sekejap..
kamu...
Lakukan setiap perkara dengan yang terbaik..
bersedia menghadapi kemungkinan yang buruk
dan bersyukur kepada DIA apabila yg buruk itu datang
secara tiba-tiba dan diluar jangkaan.

Saya akhiri kisah teladan hari ini dengan mengajak anda semua sama-sama menyanyi:

Talifooonn, Talifooonn berbuunyiii
Talifooon!! Kami dataaang
Talifooonn, Talifooonn berbuunyiii
Ada umat dalam bahaye
Ada umat dalam bahaye
Ada umat dalam bahaye di sane
Hmm…
Apeee yang penting? Kerjaasamaaa..!
Apeee yang penting? Kerjaasamaaa..!
Kami tak besar, dan kami tak kuat
Bila berkerjasama, semua jadi mudaahh..

p/s: ini entry saya paling sopan buat masa ini.(**jangan sampai saya mem*bangkaikan* kamu pula!!)and please jgn judge saya bila entri dan bahasa kurang ajar ini keluar.ia bukan sifat sebenar saya.hanyalah luahan perasaan yang tak bermoral





March 15, 2010

Heppi befdey to u......


11 Mac 2010

dahulu
38 tahun dulu dia bayi kecil
38 tahun dulu dia kesayangan keluarga
38 tahun dulu dia dilahirkan..tak taw waktu bila..peaaceee
38 tahun dulu dia naif dan kerdil
38 tahun dulu dia bayi kecil yg mungil

sekarang

selepas 38 tahun dia lelaki dewasa
selepas 38 tahun dia lelaki matang
selepas 38 tahun dia bapa kepada 5 anak2 anugerah ilahi
selepas 38 tahun dialah suami dan bapa kepada keluarga kecil.....besar...ku....

pastinya dia bersyukur masih dapat berpijak dibumi ALLAH
pastinya dia bersyukur dapat melihat aku..si isteri yang menyusukan anaknya
pastinya dia bersyukur masih mempunyai isteri yg setia
pastinya dia bersyukur masih mempunyai anak2 yg mendengar kata..(kadang2 degil jugak...!!)
pastinya dia bersyukur masih diberi limpah dan hidayat dariNYA

jadi..apakah yg harus dia pinta lagi
ape yg harus dia tambah lagi(Tambah fulus..tambah harta...tambah amalan...anak...hehehe)
ape yg harus dia keluhkan lagi

terima kasih suami.. kerana sentiasa berada disamping diri ini...harap dapat memberi tunjuk ajar walaupun diri ini sudah terlalu matang untuk diajar..sama-sama kita mengajar...
tapi selagi kite hidup ilmu boleh diisi dan dipelajari bila2 masa...

semoga hidup ini sentiasa dirahmati...AMINNNNNN