Lewat petang kelmarin saya berkesempatan melawat sahabat saya "ririn",sebelum dia pulang ke Sabah bersama bondanya.. serasa terlerai jua satu beban yang amat saya rasai sebelum ini kerana tak pernah berkesempatan melawat bondanya yang sering saja sakit..
"Mama beria-ria sangat ajak balik kak"
Pulangla rin bawa mama tu..dia rindu dengan setiap ruang kosong yang ada di sabah tu rin.Kalau dia pergi dipanggil Ilahi, tertunai juga hajatnya.Bukan itu yang diminta tetapi memandangkan keadaan kesihatan dia yang merosot sejak akhir-akhir ini, kemungkinan 'itu' bakal berlaku..Ia...Ajal maut di tangan tuhan...
Sekiranya masih ada nyawanya lagi... Syukurlah mungkin Allah masih memberi kesempatan untuk kalian membaiki apa yang sudah terosakkan....
Alhamdulillah ririn menerima dengan baik saranan saya untuk membawa dia ke psikiatri..Almaklumlah...perkataan itu...
Insya-Allah pulangnya dari Sabah nanti kami akan usahakan apa yang patut..
*thanks...aunt...
June 18, 2010
Selamat jalan...Moga ketemu lagi bahh...
diari hati ilhamhainy at 6:15 AM 0 comments
June 16, 2010
Karangan Negeri Sembilan....Sumpah Pakcik Tak Paham
Pagi tu...pagi senayan. Omak ngan abah den tak do kek ghumah.Poyie motong gotah kek kobun gotah.Tingga la den..uwan dean...ngan adik den yang umor lapan tawun kek ghumah...
Tetibo...dapor ghumah jighan den molotuup....!!!Habih piuk belango ngan kuali ei tohumban kek pintu paga.Uwan den yang tongah ngojoan kekabu tu...dek tegamang ei dio...habih bijik kekabu tu di teghajang ei....Lobeh segonggam kekabu tu di kunyah ei...
Den ngan uwan den berkojar la nak nolong jighan den..Umaaangggg aaiii....api bapak moyang la bosa eii...jangankan nak nolong nak di dokek an pon paneh berdontang..tak di tolongkan jighan...di tolongkan...awak lak yang moda...yo tak yo...den ngan adik den bertinggung yo la kek pintu paga nunggu an api padam..Jighan den tu tah apo la koba an..kok idup ado lah...
Tak lamo tu...jighan den pon balik..ghupo-ghupo eii dio g nengok anak ei tangkap ikan kek bonda.. Den apolayie berkojar la kek dio nak kobar an dapor ei terbakar.Tak di apek an kek dio...Suko bonar lak anak ei dapek ikan bosar...polak nyawo den..
Yo tak yo...den pon balik la ghumah...kojap tu...den dongar jighan den meghaungg..baghu peghasan la tu...agak ei dio nak masak ikan yang dio dapek tadi..negok dapo ei da hanguih..kok dio datangn ghumah mengadu kang..mau den ghembat dio...pueh lak kito kobar an tadi..
Tu la citor sedehano ngoghi yang den nengok...tapi tu pun da lamoooo...maso den kocikk..tu pun uwan den yang citor an...'KOK MONGAK UWAN DEN...MONGAK LA DEN SKALI....
diari hati ilhamhainy at 12:34 PM 0 comments
June 15, 2010
cuti fereeee.....
Al-kisahnya teman ke pangkor...nun pulau sana tu.....ikut soami teman nyer site ofis lerrr...Sampai bengkakla montot duk ateh bas kome oiiii....15 tahun tak naik bas kome oiii...gayat ler jugak...bukannya anak-anak mak budak pak budak pun gayat...ateee....lama bebenor tak naik bas...
Teman pergi bawak badan je kome oii...makan tanggung b**** cangkung...Atee...kompeni belanjer kannn...tapi idok ler sampei beli ikan bilis dema tanggung jugaakk..xx malu bebenor...tak siorr teman oii...
Lepaih ni soami teman dok opis besor la balik.. Keghoja dia kat jalan tu da siap...opis besor panggil ler balik..tu yang dema bawak p holiday tu...ala-ala majlis perpisahan la kome...ada yang masuk opis besar..ada yang kena hantar site lain...ada yang duk lagi kat site opis jalan tu sampai ler bulan lapan katanyerrr...
Kome nengok jer la gambor-gambor tu ye...teman penat dah asyik dok teghejun tighuk dalam laut aghi tuh...uii...teman nak kabor kan la...cantik betui laut kat situ nak banding kan port dikson nuu....uiii...jauh beza....teman syiookkk kena geget-geget ngn anak obor-obor...
* banyak bebenor gambar teman snap-snap arghi tuh..la ni dok malas nk hupload.kalu nak lg seronot kita p coral island. lagi shanteq.jgn gatei2 nk betoikan sluar dlam ayor....nampak kome oiii...
diari hati ilhamhainy at 5:33 PM 0 comments
June 11, 2010
ngoks + sengal...rambuba rambu ramba
Sekarang kan sudah disediakan ladies coach. So, bila berseorangan saya rasa agak selesa juga bila berada dalam coach ini.Perasaan tu sementara saja sebenarnya..
Rasanya kena wujudkan pula lagi satu coach la...multi coach..Sebabnya sedang dok asyik melayan perasaan menerawang entah kemana...masuk pula mamat ni...eh..minah kot..eh..eh entahla nyaahhhh...tak kuasa....awww....Tak salah saya di perhentian serdang tika itu..Pakcik guard tu pun serba salah, nak suruh mamat a.k.a minah ni beredar dari situ.. Akhirnya..dibiarkan saja...
Aku sendiri tak faham, rasa-rasanya masa ni la nak consult bomoh siam.
eh..bodoh!!tak reti baca ke ni coach apa..? tarik anu tu baru tawu...Auwwwww....Anyway dalam hati jerr...sakit mata...sakit mata...sakit hati...sakit hati...
Kemudian. masuk pula seorang lagi...apatah ke namanya..pengkid?
Eh...bodoh...pergi la coach lain...kau terasa kau pempuan ke...?
Ketahuilah saya boleh tidak memperdulikan kehadiran seorang manusia hatta di depan mata pun.Saya boleh buat-buat tak nampak sesiapa yang saya mahu...
Tapi saya tak boleh.hati saya sakit sepanjang perjalanan."love me or hate me..but spare me your indifference"
Maka, kita kembali kepada cerita amarah saya yang terpendam tadi..saya terasa seperti ingin melepaskan kemarahan saya terhadap Rajnikanth plastik itu.
Nampaknya saya kena mempelajari apa yang dikata 'silent treatment.'
diari hati ilhamhainy at 9:31 AM 0 comments
June 1, 2010
Eoseo Oseyo...ayah
Semalam ayah telah selamat pulang ke tanah air lebih kurang jam 2.00pm. Urusan bagasi agak lama.Begitu begini ayah dan rombongannya sampai ke rumah klia lebih kurang jam 3.45pm..
Sedikit jamuan kecil, juadah makan tengahari sempat kami sediakan untuk mereka.Alhamdulillah semuanya da selesai dan sihat-sihat belaka.
Ghamsahamnida ayah ole-ole yang kami dapat itu.
diari hati ilhamhainy at 9:04 AM 0 comments
May 27, 2010
...kalau tak dipecahkan ruyung
Niche Access - Niche Access yang berkonsep baru,"Gabungan Pengguna dan Peniaga - Membina platform usahawan, menukar perbelanjaan menjadi pendapatan - Gabungan Sumber, Kekayaan Bersama"
Kali ini kita berbelanja, kita dapat duit noooo....
More details....don't shy-shy call me ha....013- 329 7204 (Hainy)
diari hati ilhamhainy at 11:11 AM 0 comments
May 25, 2010
sAAtnya...

Sampai satu saat dan ketika saya dihimpit rasa rindu yang amat sangat terhadap arwah mak.Sampai satu saatnya saya dirundung perasaan yang sangat sayu dan sedih yang mendalam..Seperti seakan mahu memanggil dia pulang..tapi...mana mungkin...
leleh sudah peluhku
entah dari mana menghulu
apakah pori-pori yang merekah
atau sengat mentari di tanah rengkah
ternyata dari rindu yang mulai gundah
sudahlah,
jangan biarkan mengaduh
tapi ke mana nanti peluh kan bermuara
apakah menyejat begitu saja di panas udara
atau bersama jejak tak berbekas
ternyata berakhir sepi di relung dada
lelah sudah langkahku
mengeja rasa sakit, menyiang rasa sunyi
sekarang pun telah lancar kubaca perih
tak terkata-kata lagi saat merintih
tapi kenapa rindu tak jua membeku
p/s : Al-fatihah
diari hati ilhamhainy at 8:50 AM 2 comments
May 20, 2010
Kisahnya...jangan ikut sebarangan
Sekarang ni sudah menjadi trend kaum wanita yang bertudung mengikat sanggul tinggi-tinggi.Saya tak nampak di mana cantiknya..Pernah saya katakan pada teman sepejabat bahawa wanita yang mengikat sanggul seperti itu umpama wanita dalam pantang.
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
Apabila diikat-ikat dan disimpulkan perkara-perkara di atas,semuanya akan kembali kepada satu yakni niat.Jika baik niat anda,insya Allah,anda dapat pahala jika tidak anda dapat dosa.Jika anda menjaga kecantikan diri anda untuk bakal suami anda,insya Allah,syurga balasannya tapi ingat,jangan berlebih-lebih.Dan kepada wanita yang bersuami,anda wajib menjaga kecantikan anda.
Suami tidak akan cakap , ayang pakai lah tu,kuruskan sikit badan ,senam la sikit,pakai pewangilah dan macam-macam lagi kerana lelaki biasanya merupakan pemerhati yang setia dan kerjanya hanya memerhati.Bila subjek yang diperhatikan itu tidak menarik,maka mulalah dia mencari subjek yang lain untuk diperhatikan.Ha,masa ini barulah sibuk cari itu cari ini.Sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian,tiada guna beb~
Jika anda telah terlanjur memakai tudung tapi berbonggol unta,memakai baju tapi nampak susuk tubuh badan,memakai pakaian sang lelaki,anda masih selamat.Insaflah.Allah menerima taubat hamba Nya walau apa-apapun jenis kesalahan selagi tidak mensyirikkan Nya.
Akhir kata,sama-samalah kita menjaga aurat,tidak kisahlah lelaki atau perempuan,semua ada batasnya.Wallahua’lam.
diari hati ilhamhainy at 4:07 PM 0 comments
May 19, 2010
Bon Voyage...Adios...Annyounghi Gaseyo
Semalam saya berkesempatan menghantar ayah ke airport.Mak dah Norli dan adik Azhar turut hadir bersama.
Pakej Andalusia di bawah naungan Ustaz Daud Che Ngah adalah pilihan ayah pada kali ini.
Check-in kira-kira jam 1 pm dan berlepas kira-kira jam 3 pm.
Harapan saya semoga mereka selamat kembali ke tanah air dengan wajah dan azam yang baru.Mereka dijangka pulang ke tanah air pada 31hb Mei 2010 jam 10 am.
Ma a' ssalamah wa ilalliqa'
diari hati ilhamhainy at 8:44 AM 0 comments


