March 14, 2011

Hari-hari story..everyday glory..

last friday was my mr.hubby 39 birthday...

Serius beb guwa x taw nak bg present apa..last2 saya create home made card (likes a cakes!!)..dan terbit pula idea nak hadiahkan satu buku buat my dear..

Mulanya saya mencari buku tajwid untuk anak di mph. Biasalah lain yang dicari lain yang jumpa.Berkenan pula dengan sebuah buku keluaran HM Tuah bertajuk "Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung". Hmm...dalam hati.."apa kata saya hadiahkan buku ni buat dear, at least terbuka minda tu...sekurangnya saya pun boleh baca sama"..Bagus tak idea den.?

Detik 12 mlm saya pun cepat-cepat letakkan present tersebut diatas keyboard.Tika itu dear sedang ralit menyiapkan kerja pejabatnya..Dah letak saya cepat-cepat cabut lari dalam bilik, terus solat..huhu..actually sebelum tsunami melanda Jepun, hati saya terlebih dahulu dipalu ombak tsunami.merajuk la konon dua tiga hari.Biasalakan adat berumahtangga,,,tapi tak menjadi masalah besar pun..**lagipun ayat sound2 dah saya selitkan dalam home made card...**

So, pada siang hari jumaat tengah kecoh-kecoh pasal tsunami, boleh pula terbit idea nak menonton Hikayat Merong Mahawangsa..En. dear2 nak beli jiwa balik la konon. Saya ok aje..sebab yang mengalir fulus dear2..terima kasih pada adik CT yang cepat-cepat membelikan kakak ni tiket.Adik Ct bekerja di wisma MAA..(Lama betul saya tak menjejak panggung. kali terakhir adalah tayangan Puteri Gunung Ledang) Sepatutnya malam tersebut adalah malam asmara...oopsss ayattt...malam dating kami berdua...Malangnya si anak kecil yang dua orang tu, tak bekerjasama pula..Mata tak mahu lelap. Jam menunjukkan pukul 11pm sedangkan tayangan tersebut adalah 11.20pm. Nak tak nak..angkut jer la...Mujur tak meragam sepanjang tayangan. celik pulak biji mata memasing..

***Boleh pulook aku jatuh tergolek depan entrance GSC tu...mujur tak ramai sebab dah lewat malam***

Manusia tak ramai malam tu..pilih jer seat mana suka..sekarang ni ramai yang dah beralih ke TGV dan MBO..Saya selesa dengan GSC..(ehem..ehem...murah sikit!)...highly recommended la kalau ada sesiapa nak pergi menonton. Puas hati..

Besoknya pula saya menghadiri Mesyuarat PIBG SMA nilai..Para ibu bapa sila yer hadir kalau ada mesyuarat.Penting untuk mengetahui perjalanan sekolah.Penting berkomunikasi dengan guru.Sila bagi usul yang dirasa perlu.Saya seperti biasa, bak kata seorang teman "Parti berhaluan kiri". Ada saja yang nak disuarakan.Tapi berbaloi beb, cabutan bertuah hamper yang besar-besar jatuh ketangan.Gila kuasa..

Habis jer majlis tersebut, saya bergegas pula ke majlis kenduri rumah seorang teman di Enstek..Majlisnya dah selesai pun tetapi sebagai menghormati jemputan saya hadirkan diri juga.

Dannn...keesokkanya pada hari Ahad sepatutnya kami sekeluarga ke Tampin menghadiri majlis perkahwinan seorang sepupu. Nampaknya bukanlah rezeki kami pada hari tersebut memandangkan anak saya yang bernama Hakim masih tak elok demamnya.(Dah mula demam pada jumaat..on n off) Saya pun rasa pening2 lalat pada hari tersebut. So senang cerita bersantai saja sepanjang hari.Itu saja la kisahnya...

Meh kita layan ayat home made card saya....

Kata pujangga

perempuan bagaikan angin

lembutnya melenakan

ributnya menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu

menyaji kasih, menghidang sayang

adakalanya mereka seperti anak

ingin dibelai, minta dimanjakan

adakalanya mereka seperti nenek

berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,

merekalah insan yang terhampir

teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.

bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

Tiba-tiba... isteri merajuk

pandai-pandailah memujuk

buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya

teliti dengan hati yang terseni

rasional atau emosi?

Andainya emosi, belailah emosi itu

jangan cuba dihadapkan secara rasional

kerana si dia tak akan terdaya

mengunyah hujah, berilah walau seribu sebab

lengkap dengan perangkaan statistik

atau dokumen saintifik

berserta dengan beberapa affidavit

dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini

fikiran telah ditawan perasaan

sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa

jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal?

Cuba gunakan sentuhan

semarakkan belaian.

Masih gagal juga?

Tunggu saja rajuknya reda

emosi isteri

bagai riak-riak air dalam cawan

jangan digoncang... buat selamba

lambat laun, gelombang akan tenang

air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas...

Kalau ternyata, rajuknya berfakta

masamnya berdata, geramnya berilmiah

marahnya ada prima facie

ini rajuk taraf tinggi namanya

perlu ditangani berhati-hati

kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima

mengaku lalu berjanji serta berikrar

"Sayang abang tak ulang lagi"

katakan "Sayang... abang alpa"

bisikkan "Darling... I lupa..."

Hulurkan tangan, pinta kemaafan

pendekatan kasanova, tapi hati suci.

Rajuk isteri seperti mangga muda

perisanya masam

tetapi...

kalau kena cicahnya

enaknya akan terasa.

ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

Arghh...

Tiba-tiba isteri merungut

malah kadangkala agak mengugut

minta aksesori serta perabut

minta Villa yang tersergam indah

atau mahligai di lereng bukit

sedangkan kita bukan Shah Jehan

yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya

tetapi isteri pula, persis Nur Jehan

yang meminta petanda keagungan cintanya

Katanya "Seabadi permata...

Segermelapan intan..."

Sedangkan ditangan kita

cuma cincin tembaga.

Aduh...

peritnya mengukur cinta

dalam ukuran mayam atau menimbang setia

menerusi Bursa Saham papan utama

kasih isteri, turun naik

mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri

diakan dulu pilihan kita ?

Semasa mekarnya

dia dihargai, dipuja-puji

dia kini sudah menjadi ibu

pada anak-anak kita

sudah takdir...

Permata yang dipilih

perlu digilap semula.

Namun...

putus asa jangan sekali

terimalah dia, dengan redha.

Justeru isteri

pada hakikatnya

adalah bayang-bayang suami

wanita adalah tulang rusuk yang bengkok

luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras

lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya

lalu pada saat yang kudus

setelah bersolat bersama

bisikkanlah "Duhai isteriku...

marilah kita bina perkahwinan ini

dengan cinta yang sejati

marilah kita kutip rezeki

dengan keringat tersuci

kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya

padamu isteri, istanamu, di hati ini

padamu sayang

kalung cintamu, di jiwa ini.

Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata

usia meningkat kecantikan tergugat dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus

betis, tidak lagi bunting padi

pipi, bukan lagi pauh dilayang

apakah dengan itu akan berkurang cinta kita?

Jika berkurang, nyatalah cinta kita

selama ini cinta di mata bertapak di body

tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah

ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.

Itulah cinta sejati.

Uhhh...

Kekadang isteri mengamuk

dengan ombak prasangka dan taufan cemburu.

Apa bukti setiamu suami?

Apakah tandanya hanya aku di hatimu?

kekadang disergahnya kita

ketika keringat masih membasah

baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri

mungkin kita berdosa dengan Tuhan

atau bersalah dengan insan

mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan

yang telah kita lakukan.

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan

secara 'indirect' dari Tuhan

hadapkanlah diri ke cermin hati

kaji diri satu persatu

kalau liar, berhentilah

kalau berdosa, bertaubatlah.

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu

nasihatkanlah baik-baik

bukan senang nak senang

ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua

suami yang bersabar dengan isteri yang jahat

akan mendapat pahala Nabi Ayub

atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab

ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri:

"Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak

membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.

Dia yang membantu menjaga makan minum kita.

Dia yang mencuci kain baju kita

Dia yang membantu membersihkan rumah kita...

Lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya?"

( v )

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.

Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.

Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini

walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.

Marilah kita pertahankan bersama si dia.

Si diaku, si diamu

cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,

biar setia kita makin waja.

Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan

yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.


March 7, 2011

Hate me...!!!

u hate me? oh yeah...? me hate me too...i'm the person u really hated ...right...me.. my self hate u too..

Fine...guwa ingat sampai ujung nyawa guwa...

P/s...susah kalau ada orang yang perasan bagus sebesen penuh, tak lei terima teguran orang lak tu...terlebeh pndai last2 nampak cam pandir!!!

March 3, 2011

Mimpi semalam


Malam tadi saya bermimpi yg sangat menyedihkan.Sangat-sangat sedih hingga terbawa ke pagi hari.

Mimpi mainan tidurkah...? gangguan iblis laknatullah...kah...?..sengaja mengusik jiwa..?? atau memang mimpi sebagai rezeki dari Allah....wallahuaklam..

Di alam mimpi itu saya bertemu dengan arwah mak..Saya tak pasti dengan apa yang dikatakannya..Cuma yang saya ingat kata-kata saya..

"Diorang tak caya kan mak...mak hidup kan..mak kan...?"

"Mak tak marah ke ayah kawen lain dah...?" Mak cuma senyum jer...

Di alam mimpi itu yang saya ingat saya menyatakan kesedihan saya bila ayah berkahwin lain. Yang saya ingat..saya mengatakan saya sangat rindu...rindu...rindu...kat dia..


Dalam mimpi itu juga saya minta mak jangan pergi jauh-jauh lagi...Kami berpelukan seeratnya..Seperti terasa hangat pelukan itu ke hari ini..Dalam mimpi itu juga saya sempat memohon ampun atas segala dosa-dosa yang saya lakukan...Dalam mimpi itu juga mak hanya mengangguk-angguk kepalanya atas setiap butir yang saya nyatakan sambil saya menangis di dalam mimip itu..

Didalam mimpi itu juga...kelihatan kami sekeluarga gembira...ada ayah juga...saya dan anak-anak..Saya sempat mengatakan kami ingin pulang ke Quarters KLIA sebab Alif sibuk benar nak main di sana...

Kemudian...saya tersedar...saya tidak ingat apakah sambungan mimpi itu lagi..Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Saya bangun tahajjud.. Mohon petunjuk Allah.Apakah tafsiran mimpi tersebut.Air mata mengalir tak berhenti..Saya bacakan yassin untuk mak...

Saya ceritakan mimpi pada teman..Air mata merembes lagi..Teman saya cakap...

"rezeki tu Allah nak bagi jumpa..Mak kau redha tu ayah kau kawen lagi tu...."

Insya-Allah...Saya memang merindui dia.Tak terucap dengan kata-kata.Hanya saya dan dia wanita yang sering berbicara hal-hal wanita..suka dan duka...

Al fatihah buat mak...


p/s :
Teringat saya pada mimpi ayah masa dia hilang ingatan tahun lepas...
Ayah berada di satu padang rumput yang maha luas...tiba-tiba ada suara yanng berkata -
"pulanglah lah dulu...masa kau tak sampai lagi...."ouhhh...insafnya...

March 1, 2011

Majlis Makan Malam Amal

Malam ahad yang lepas saya telah berkesempatan menghadiri Majlis Makan Malam Amal yang dianjurkan oleh Sek. Keb.S2b. Majlis telah diadakan di Hotel Allson Klana Resort, Seremban.

Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan,Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan.Majlis ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi membolehkan sekolah tersebut membina sebuah bangunan berbumbung untuk kegunaan pelajar mengadakan pelbagai aktiviti.

Majlis ini diserikan lagi dengan artis jemputan iaitu Roy dan Ebby Yus selain persembahan tarian oleh murid sekoalah tersebut


Sementara menunggu acara santapan bermula , sila minum air kosong ye..Sebenarnya kehadiran saya telah ditaja oleh seorang yang bermurah hati..Ouww...alangkah indahnya kalau hidup selalu ditaja eikk..

Saya agak tertarik jugakla dengan ucapan Y.A.B menteri kerana sepanjang ucapan beliau semuanya berkisar tentang pelajaran, kemajuan dan perkembangan pendidikan anak-anak Negeri Sembilan.Tiada lansung menyentuh isu politik.Tidaklah macam seorang Adun tu...yang diundang untuk merasmikan mesyuarat PIBG sekolah...lari tujuan asal..berkempen pulak..Akhirnya bila mesyuarat bermula, saya toleh ke belakang...Makkk kauu...kosonggg...

Antara hidangan makan malam tersebut...Tak berapa nak menokoh mungkin sebab terlalu awal agaknya hidangan disaji...penat mulut den kunyah ayam tempura tuh!!...

Desert pada malam tersebut

Penutup...air kopi..


Acara malam tersebut diserikan lagi dengan cabutan bertuah..




Dapat ler jugak pada saat-saat akhir.Air Freshener...kena la beli adaptor nak kasi wangi bilik...


p/s : besar jugak la belanja depa ni, Buat kat hotel, hadiah pelajar cemerlang, duit tunai,...berapa agaknya dana terkumpul ye...?Selain jualan meja, Yb pun ada la jugak sumbangannya.....RM....k....

February 25, 2011

PENGUMUMAN !!!Postponed...Syukurlah

Terima kasih kepada semua yang bertanya samada sahabat-sahabat dan ahli keluarga.

Penerbangan En.Dear-dear yang dijadualkan pada 1 April ini telah ditangguhkan sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak. Sehingga keadaan reda.

Maka Pn.honey sweety- sweety tersenyum lebar...syukurlah Alhamdulillah

Sekian.

February 24, 2011

Sehebat Sumayyah

Hari ini saya terfikir adakah saya mampu menjadi seorang Sumayyah..Saya terfikir adakah sahabat-sahabat wanita saya yang dilanda ujian akan menjadi sehebat Sumayyah..

Ujian yang datang kepada sahabat-sahabt solehah saya pelbagai, Ujian dan cubaan itu bermacam-macam dan bertingkat-tingkat pula. Ada ujian yang menimpa badan, anak, aqidah, harta dan lain-lain.

Siapa Sumayyah dan kenapa saya menyanjuginya?

Sumayyah adalah seorang srikandi yang hebat, seorang hamba Allah yang sangat berani. Sanggup di jemur dibawah panas terik mentari padang pasir demi menegakkan pendirian dan menyatakan teguhnya iman mereka.Tidak berganjak iman di hati walau suami dan anak tercinta meninggalkan duniawi akibat seksaan yang maha pedih.Demi menegakkan agama yang murni, Sumayyah di tusuk tombak aoleh kafir mushrikin.Akhirnya srikandi dan shahidah Islam yang pertama ini shahid kerana imannya di hati.

Sedangkan....
Saya..dan sahabat-sahabat solehah baru diuji sedikit oleh Allah, mungkin hanya sezarah kuman ujian itu, lelahnya teramat.

Saya sempat berbicara dengan sahabat solehah yang ditimpa ujian.Musibah yang menimpa diri sebenarnya adalah ubat kerana kita akan menyedari bahawa kita sebenarnya adalah milik Allah SWT.

Mungkin saya tidak akan setabah sahabat saya itu jika ditimpa ujian sepertinya. Hanya yang mampu saya katakan ialah bahawa ujian yang paling berat bagi kaum adam ialah apabila mereka diuji dengan kaum hawa.Ujian berupa cinta.Ujian inilah yang menyebabkan mereka mudah tergelincir dan terjerumus ke lembah shahwat keinginan.Bersabarlah sahabat, sesungguhnya kesabaran itu adalah gedung-gedung kebaikan. Tidak diberikan oleh Allah kecuali kepada orang-orang yang mulia disisiNya.

Ada juga sahabat solehah saya yang diuji dengan penyakit.Sahabat...hidup ini memang tidak akan sunyi dari senang dan susah, dari suka dan duka...datang silih berganti..

Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah. Kata-kata yang telah dijadikan perangsang bagi memotivasikan diri sendiri dan insan lain yang sedang sakit dalam menghadapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Begitulah antara ujian kecil berupa penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan insan yang telah dipilih oleh Allah sebagai bukti kasih sayang-Nya, kafarah dosa dari-Nya, dan peningkatan darjat hambaNya.


Apabila kita bergantung sepenuhnya kepada Allah, menyerahkan segala-segalanya kepada Dia, berdoa bersungguh-sungguhnya kepada-Nya, Sesungguhnya Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, akan mengabulkan dan memperkenankan doa kita. Berusaha, berdoa,berserah, bertawakal itulah tanda pergantungan seorang hamba kepada Tuhannya.

"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah, 2:153]


Segala masalah penyakit, rujuklah kepada Allah. Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan juga tidak berlaku dengan izin Allah. Kita perlu berikhtiar, berusaha dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah tangguhkan tetapi semuanya perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas.


Kuasa penyembuhan semuanya dari Allah. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan apa yang ditetapkan kerana setiap apa yang diturunkan kepada kita adalah ujian, sama ada kita dapat redha menerima atau tidak, semuanya untuk meningkatkan darjat kita di samping membersihkan dosa-dosa yang dilakukan.


Dalam hadith Qudsi Allah berfirman maksudnya :

"Bila telah Aku timpakan bencana kepada salah seorang dari hamba - KU, pada badannya, hartanya atau anaknya, kemudian ia menerima dengan sabar dan sempurna, Aku merasa enggan untuk menegakkan timbangan atau membuka buku catatan amalnya pada hari kiamat "



Tidakkah semua ini adalah rezeki dari Allah, dimana Dia sering memberi perhatian kepada kita, tidakkah ini akan membuatkan kita sentiasa ingat pada-Nya? Anggaplah suatu penyakit itu sesuatu yang positif kerana jika kita redha dengan suatu ujian, Allah akan melipat gandakan pahala kita.Semoga kamu cepat sembuh.


Sahabat...semoga kita semua setabah Sumayyah..Alhamdulilah..syukurlah.

February 23, 2011

(<>_<>)*Story Of Appreciation *(<>_<>

One young academically excellent person went to apply for a managerial position in a big company.

He passed the first interview, the director did the last interview, made the last decision.

The director discovered from the CV that the youth's academic achievements were excellent all the way, from the secondary school until the postgraduate research, never had a year when he did not score.
The director asked, "Did you obtain any scholarships in school?" the youth answered "none".
The director asked, " Was it your father who paid for your school fees?" The youth answered, "My father passed away when I was one year old, it was my mother who paid for my school fees.
The director asked, " Where did your mother work?" The youth answered, "My mother worked as clothes cleaner. The director requested the youth to show his hands. The youth showed a pair of hands that were smooth and perfect.
The director asked, " Have you ever helped your mother wash the clothes before?" The youth answered, "Never, my mother always wanted me to study and read more books. Furthermore, my mother can wash clothes faster than me.
The director said, "I have a request. When you go back today, go and clean your mother's hands, and then see me tomorrow morning.*



The youth felt that his chance of landing the job was high. When he went back, he happily requested his mother to let him clean her hands. His mother felt strange, happy but with mixed feelings, she showed her hands to the kid.

The youth cleaned his mother's hands slowly. His tear fell as he did that. It was the first time he noticed that his mother's hands were so wrinkled, and there were so many bruises in her hands. Some bruises were so painful that his mother shivered when they were cleaned with water.
This was the first time the youth realized that it was this pair of hands that washed the clothes everyday to enable him to pay the school fee. The bruises in the mother's hands were the price that the mother had to pay for his graduation, academic excellence and his future.
After finishing the cleaning of his mother hands, the youth quietly washed all the remaining clothes for his mother.
That night, mother and son talked for a very long time. Next morning, the youth went to the director's office.

The Director noticed the tears in the youth's eyes, asked: " Can you tell me what have you done and learned yesterday in your house?"
The youth answered, " I cleaned my mother's hand, and also finished cleaning all the remaining clothes'
The Director asked, " please tell me your feelings."
The youth said, Number 1, I know now what is appreciation. Without my mother, there would not the successful me today. Number 2, by working together and helping my mother, only I now realize how difficult and tough it is to get something done. Number 3, I have come to appreciate the importance and value of family relationship.
The director said, " This is what I am looking for to be my manager. I want to recruit a person who can appreciate the help of others, a person who knows the sufferings of others to get things done, and a person who would not put money as his only goal in life. You are hired.

Later on, this young person worked very hard, and received the respect of his subordinates. Every employee worked diligently and as a team. The company's performance improved tremendously.

A child, who has been protected and habitually given whatever he wanted, would develop "entitlement mentality" and would always put himself first. He would be ignorant of his parent's efforts. When he starts work, he assumes that every person must listen to him, and when he becomes a manager, he would never know the sufferings of his employees and would always blame others. For this kind of people, who may be good academically, may be successful for a while, but eventually would not feel sense of achievement. He will grumble and be full of hatred and fight for more. If we are this kind of protective parents, are we really showing love or are we destroying the kid instead?*

You can let your kid live in a big house, eat a good meal, learn piano, watch a big screen TV. But when you are cutting grass, please let them experience it. After a meal, let them wash their plates and bowls together with their brothers and sisters. It is not because you do not have money to hire a maid, but it is because you want to love them in a right way. You want them to understand, no matter how rich their parents are, one day their hair will grow gray, same as the mother of that young person. The most important thing is your kid learns how to appreciate the effort and experience the difficulty and learns the ability to work with others to get things done.p/s alangkah indahnya jika......

Jiwa kacau

Sangat terasa kacaunya jiwa pabila membaca dan mendengar perkembangan yang berlaku di Libya.Tambahan apa yang baru berlaku di Tripoli tempat di mana seharusnya en.Soami harus berada..

Masanya pula semakin hampir. Hati makin memberat.....sarat....kacau


February 17, 2011

Sakit itu adalah kifarah....

Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengasihi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).

Kata-kata diatas sering saya ulang kepada Fatin sejak akhir-akhir ini.Tak lain tak bukan supaya dia terus bersabar menghadapi ujian Allah dan hanya Dia juga yang tahu betapa tidak selesanya menghadapi kesakitan itu. Walaupun saya belum pernah merasa apa itu denggi..tapi kesakitan yang di alami itu saya resapi bersama. Tautan antara ibu dan anak itukan kuat.

Sehingga hari ini kami masih berulang-alik ke hospital untuk memantau keadaan. Platlet yang semakin turun bacaan membimbangkan saya. Berbagai usaha saya lakukan.Ialah kekadang timbul juga marah dengan si anak ini. Liat sangat untuk minum air sebanyak mungkin.Jus saya belikan, 100 plus, sup ketam, sup ikan merah..semua yang sedap-sedap belaka. Tapi ialah mungkin bila saya duduk di tempat dia saya juga akan berkeadaan sama sepertinya.

Ada masanya saya seolah lelah.Tapi alhamdulillah, saya syukur. Pabila berbicara dengan seorang teman semalam, saya telah diingatkan bahawa ujian sakit ini adalah tanda Allah sayangkan hambaNya kerana sakit itu adalah kifarah dosa-dosa yang telah dilakukan.

Sungguh, manusia ini pelupa bila diberikan ujian. Kerana itu kita perlu teman untuk mengingatkan kita untuk kembali mengemudi langkah atas jalanNya. InsyaAllah.

Terima kasih teman, kerana mengingatkan. Terima kasih Allah, atas ujian penguji kesabaran jua sebagai kifarah dosaku.

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:

Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)


Tidak dinafikan bahawa setiap sesuatu itu berlaku, mempunyai sebab musabab,dan boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia, namun pada hakikatnya di sebalik fakta-fakta yang dapat diterima akal rasionalnya, qada’ dan qadar Ilahi itu mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak difahami oleh manusia.

Syukur, Alhamdulillah