Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengasihi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).
Kata-kata diatas sering saya ulang kepada Fatin sejak akhir-akhir ini.Tak lain tak bukan supaya dia terus bersabar menghadapi ujian Allah dan hanya Dia juga yang tahu betapa tidak selesanya menghadapi kesakitan itu. Walaupun saya belum pernah merasa apa itu denggi..tapi kesakitan yang di alami itu saya resapi bersama. Tautan antara ibu dan anak itukan kuat.
Sehingga hari ini kami masih berulang-alik ke hospital untuk memantau keadaan. Platlet yang semakin turun bacaan membimbangkan saya. Berbagai usaha saya lakukan.Ialah kekadang timbul juga marah dengan si anak ini. Liat sangat untuk minum air sebanyak mungkin.Jus saya belikan, 100 plus, sup ketam, sup ikan merah..semua yang sedap-sedap belaka. Tapi ialah mungkin bila saya duduk di tempat dia saya juga akan berkeadaan sama sepertinya.
Ada masanya saya seolah lelah.Tapi alhamdulillah, saya syukur. Pabila berbicara dengan seorang teman semalam, saya telah diingatkan bahawa ujian sakit ini adalah tanda Allah sayangkan hambaNya kerana sakit itu adalah kifarah dosa-dosa yang telah dilakukan.
Sungguh, manusia ini pelupa bila diberikan ujian. Kerana itu kita perlu teman untuk mengingatkan kita untuk kembali mengemudi langkah atas jalanNya. InsyaAllah.
Terima kasih teman, kerana mengingatkan. Terima kasih Allah, atas ujian penguji kesabaran jua sebagai kifarah dosaku.
Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:
Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)
Tidak dinafikan bahawa setiap sesuatu itu berlaku, mempunyai sebab musabab,dan boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia, namun pada hakikatnya di sebalik fakta-fakta yang dapat diterima akal rasionalnya, qada’ dan qadar Ilahi itu mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak difahami oleh manusia.
Syukur, Alhamdulillah
February 17, 2011
Sakit itu adalah kifarah....
diari hati ilhamhainy at 12:06 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment