January 27, 2012

Bila hati terbelah...

Sekali-sekalo bila hormon tak stabil..meluah raso pado sang pemimpi...

sekala sekali di bila-bila yang disudi
minta dijengahkan tanpa benci
sekala sekali di masa-masa yang dibagi. 

... mak aku dipanggil pulang semula. untuk bertahun lama.
cepatlah ramadhan, pulang pada genggaman aku. 
aku rindu dia.....

January 17, 2012

2012 - Laluan sukar dan berbukit

Haha..tajuk entry ada-ada saja.Alahamdulillah 2012 sudah menjengah.Alhamdulillah masih lagi menghirup udara nikmat kuniaan Allah.Alhamdulillah dan syukur yang tak terhingga kerana dapat menghadapi ujian yang sangat getir pada penghujung 2011 tempohari. Hanya Allah saja yang tahu perasaan tika itu.Semuanya adalah kifarah dari Allah supaya saya, suami dan seisi keluarga jangan lalai dan sentiasa mematuhi syariaatNya..

Tahun 2012 adalah exam year kami.Tak boleh duduk relax dan goyang kaki.Kakak PMR and abang UPSR...Hari-hari apabila terjaga dari tidur selain menuturkan Alhamdulillah, perkataan pertama yang keluar terbit dari hati naik ke minda ditutur ke bibir.."UPSR 5A, PMR 9 A's Straight.." Besar sungguh doa dan harapan si ibu..Ini doa ye kawan-kawan.Bila mengejutkan si abang dari tidur.."Abang bangun..UPSR 5A...sebut...UPSR 5A".. Ini sebenarnya adalah sebahagian dari 'POWER OF ATTRACTION'..(senang-senang nanti saya akan huraikan serba sedikit yang saya tahu mengenai kaedah ini).

Amat besar harapan saya agar anak-anak dapat menjulang kejayaan yang besar pada tahun ini.Kakak menjadi contoh dan abang adalah penyuntik semangat untuk kejayaan adik-adik mereka.Maka saya berjanji dan tekad sepenuh hati agar segala keperluan pelajaran mereka akan cuba dipenuhi walau perlu bersusahpayah....sanggup saya berkorban untuk mereka.Memang tinggi munajat saya agar pada tahun ini rezeki kami akan lebih bertambah, bertambah, dan bertambah lagi....Doa sang ibu kan mustajab kawan-kawan..

Untuk program pertama pada tahun ini dimulai dengan Abang yang mana sessi motivasi keibubapaan telah dijalankan pada hari Sabtu lepas.Seterusnya mereka akan menjalani 'Program Saujana Menuju Puncak' berlokasi di Cameron Highlands yang mana sepanjang perjalanan mereka nanti penuh dengan aktiviti pengisian ilmu..(Psssttt...Cikgu....mak ni harap sangat dapat jadi Parents Fasi...keh..keh..keh...eih..sungguhla cikgu!!!)

Untuk kakak belum ada makluman dari pihak sekolah.Harapan saya semoga mereka juga dibekalkan dengan program-program yang membina jatidiri.

ps- This week abang menyertai perlawanan bola tampar bertempat di Sek. Kebangsaan Paroi
      After Chinese New Year kakak menyertai larian merentas desa peringkat Daerah di Sekolah Menengah    Zaaba..This also mak dah warning2 them jangan dok leka..haisshhhhhh

December 20, 2011

Panjang Umur mu ...sayang



Ya Allah. Anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku, panjangkan usianya, sehatkan badannya, akhlaknya, agamanya, sejahterakan jiwa dan raganya, alirkan rezekinya melalui tanganku, anugerahkan kepadanya kecerdasan akal dan kebeningan hati.
Bantulah aku, mendidiknya, berbuat baik kepadanya dari sisiMu. Jadikan anakku, mendekatiku, menyayangiku, mencintaiku. Jadikan anakku, orang yang baik dan takwa, yang punya pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad.
Berikan semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin
Selamat ulang tahun anakku

December 19, 2011

Falls Alarm

Alahai anak omak yang satu ni suka bikin mak ni cuak.Tapi tak pe kerana ia umpama suntikan buat mak yang kadang-kadang mudah lupa..

Gentar juga jiwa ini apabila disuruh menandatangani (skemanya!!) borang kebenaran pembedahan..(fuhhh!!)..Sekiranya anak Puan perlu dibedah, tapi kita bergantung dengan doktor pakar dulu bagaimana..Sementara itu anak Puan perlu ditempatkan di wad..Bagaimana..setuju..? Doktor ni macam nak ajak aku kawen la pulak..!

Buatla apa yang patut doktor janji anak saya sihat..Tapi tipula kalau saya katakan jiwa mak ni kental..mak ni nangis juga taw...!! Sambil-sambil tunggu urusan register wad selesai kami ni tunggu kat tepi kakilima ..Sambil-sambil tu mak cakap dengan anak mak...Abang jangan takut dengan ujian Allah ni..Mesti abang insan yang istimewa disisi Allah sebab sering diduga..Allah takkan duga seseorang itu dengan ujian yang tak mampu hambaNya terima.Kenapa Allah tak duga Diklang...?Sebab DIA tahu Diklang tu sangatla penakut orangnya..Nanti ibu ni jadi susah..Kenapa Allah tak duga Kakak..?sebab...dia anak sulung perlu jaga adik-adik..Kenapa tak duga adik-adik pula...?Sebab..kesian kat adik yang masih kecil dan kesian kat ibu..

Kenapa Abang sahaja yang diduga..sebab jiwa abang ni hebat..bakal menjadi orang yang hebat..Jiwa abang ni kental..Besar  nanti jaga ibu..ayah dan adik beradik..ok...Allah tu Maha Saayyyaaanggg kat abang..Sambil cakap sambil mak ni merembes...sambil anak mak tu cembeng-cembeng..Haha..pandai pulak mak ni malu...kesat deras2 aiyaq mata..haha..

Alhamdulillah setelah dapat drip muntah abang berkurangan..Sakit bahagian kiri perut still ada..Namun mak ni cukup stress nunggu doktor pakar.lagi stress dengan aircond yang alaaahaaiiii...sejuk kemain..

Alhamdulillah, bedah itu tak perlu, so abang perlu jaga makan..

"Ya Allah, Tuhan Pemelihara Manusia, aku bersyukur dengan limpah rahmat dan kurniaMU, yang memberi kesembuhan dengan izin Mu jua"

Percaya atau tidak, makan tidur di wad adalah satu escapism dari rutin harian ...hahaha..

P/S  Huffaz cilik dapat joint dua hari jer..mujur dapat juga sijil sebagai kenangan...

December 13, 2011

Did and Didn'T

Pengembaraan cuti sekolah


La ni cuti sekolah mak-mak kebanyakan semua sibuk nak cari mana nak hantaq anak motivasi. Banyak la ni merata orang duk buat motivasi.Pilih jer nak mana satu.Nak yang murah yang hak mahai..duit tak duit jer..Lagi satu keinginan mak-mak nak nengok perubahan anak-anak.Pak-pak pun ada jugak..adaa..tapi...kurang..kurennggg...

Anak yang hak tua dah p dah..baru balik semalam..berkobar-kobar nampakkkk...yang hak jantan dua orang tu semalam baru mula untuk hufaz cilik..Hak yang tengah pun dah elok..baru berkhatan habaq hang .Terisi juga masa depa masa cuti tak la tibai pagi petang futsal memanjang..tak pun kartun-kartun-kartun...perosak otak habaq hang..

Rata-rata yang dok hantaq anak p kem ni kan..mak-mak aja..pak-pak pun ada.kurengg..Mana tah p pak-pak ni..Lepak kedai pekena teh koott..Mak-mak ni hantaqla anak sampai ilang bontot bas tuh..Yang banyak mai daftar tu hufaz cilik pun mak-mak jugak..yang pak-pak ni pi mana tah...!!

Tak yah ceghita hak jauh-jauh la..meh sini habaq mai..dekat-dekat sudah.Mak-mak yang selalu dok ghisau..keriau..apa nak buat untuk anak masa cuti.la ni masalah sosial..gejala yang tak beik ni banyakk..Nak kasi hangpa tahu..atau ada kot yang dah tahu tapi buat-buat dono..Ada satu negeri...ada satu sekolah...cikgu depa p hantaq murid dalam 40 orang untuk dimotivasi..hangpa tau dak..38 darinya...hancurrrr...Rosak dah...Tak yah tanya la mana sat g jadi isu plak..Pak-pak tak risau kaa...

Pak-pak ni heboh kalau ..tu dia malam ni ada ceramah la..pukui bla..bla..bla..si anu bin anu datang la..uiii rugi tak mai nih..Aiseh..kat sini pun adala si polan bin polan pulakkk..pun rugi tak mai..Pas tu sat g p dengar ceramah maki sana maki sini caci sana caci sini..pas tu huluq la singgit dua...Pak oooi...depa tu datang pakai keta besaq pak oii..hang pakai keta apa oii....toksah pedulik depa la..Balik rumah semangat berkobar tah hapa tah..sekejap jer la..pas tu hang dok tang tu gakk..ke ateaih pun dak..ke bawah sat g la tuh!pas tu kawan ajak la p mancing..Hujan dok tughun lebait pun g jugak la..habuk pun tarak..huishh berlemoih nengok perangai-pak-pak ni..Anak-anak kat rumah tah jadi apa tak pikir plak..

Tapi...memang ada pak-pak yang baguih..yang hantaq anak jauh-jauh g kem tahfiz.Hak pak yang macam ni boleh tabik spring..tapi kurengggg...

**mak yang satu ni selalu doakan anak-anak mak semua berjaya dunia dan akhirat.

November 25, 2011

Putus Cinta @ kasih makin bertaut..

Diam tak diam sudah 15 tahun saya menjalani kehidupan berumatangga.Melayan asam garam bersama rencahnya.Rasa macam masih baru bercinta la pulak.Baru saja melewati anniversary ke 15 uuuuu...Alhamdulillahh..syukurlah.

Minggu ni penuh dengan jemputan kenduri kahwin..Pergghhhh...Tah mana satu dulu nak p pun tak tahu la..Confirm penuh usus.

Teringat dengan kisah putus cinta sahabat yang nak mendirikan rumahtangga sabtu ni.Tika itu saya tengah drive di malam hari.Jadi tak keruan dibuatnya bila menerima panggilan telefon yang mendayu-dayu menangis..Frust giler sesangat la..Namun sakit putus cinta dia tak lama setelah keesokkanya saya cuci dan basuh bersih-bersih hati dan fikirannya.Tak lama lepas itu dia pun mendapat cinta baru dan bakal menjadi raja dalam hidupnya...Ouhh..hari inilah dia menikah...

Ada juga sahabat yang putus cinta sampai tak balik kampung.Waktu itu raya haji.Saya bawa dia beraya bersama keluarga untuk lupakan cinta dia itu. Namun jodohnya panjang...sekarang sudah ada ank dua daa....

Waktu belajar dulu..memang siapa yang putus cinta akan menjadikan saya tempat rujukan.Haha..tak mengapalah.Sebenarnya saya sendiri tak pernah putus cinta yang sebenar.. Alhamdulillah.

Susah tahu nak jadi happy in hard times?

November 18, 2011

Baaeeekkk punya Blackmail

Sedang berhajat untuk buat macam ni..Amacam...?Ada bran....?

November 14, 2011

Menu berderet-deret

Bukannya menu makanan...aktiviti untuk anak-anak minggu terakhir persekolahan :


Last week : 

Patut ada hari Kecemerlangan Ko-kurikulum pada khamis last week..bergegas hantar fatin balik sebab ada bahagian untuk dia. Lagipun dia dah mc sebelum ni.. Dah tinggaikan dia kat asrama..tak dengar plak dia ada buat call..rupanya kensel acara tersebut..pulak tu on that khamis dia ada appointment dengan pakar..mintak jasa baik cikgu hantarkan dia balik rumah.Terima kasih cikgu Rashidah. Pepagi sabtu dah hantar dia balik ke hostel sebab ada program lain pula kat asrama. macam-macam hal la cik kak ni..

Besok :

15/11/2011 (selasa) - 

10.00am-1.00pm

Ada pertemuan 3 penjuru ibu bapa dengan nak murid tahun lima.dah tengok pun result depa tapi untuk kemajuan anak-anak yang akan melangkah ke tahun 6..hadirkan diri juga la..Alif kata untuk darjah 5 besok dapat bantuan RM 100 tu..rembattt.. tapi ana ni duk pening jugakla sebab masa tak sama dengan waktu balik dik lang..Aiishhh...

8.00pm

Anugerah kecemerlangan untuk pelajar-pelajar sekolah SARA Gedung Lalang.

Dek kerana Dik Lang dan Abang pun terima hadiah..mak gagahkan jugakla..lagipun kali ini anak bujang mak dua orang tu menyahut cabaran ustazah depa untuk sertai nasyid.yang sorang tuk duk prektis ketuk tin biskut...kompang takdo..ganti la tin biskut.!!menurut ustazah depa..terkejut gak sebab dua beradik tu kali ni menyahut cabaran. selalu duk bantai lari kalau suruh bernasyid.Tapi tu la..sengau2 keluar..

16/11/2011 (Rabu)


8.00am

Anugerah kecemerlangan untuk pelajar Sek. Keb.Ampangan. Mak ni duk kata tak payah la ibu pergi.. Depa dua beradik tuk duk jerit dalam kereta..

"Ibuuuuuu...Kitorang ambil hadiahla....."..aiseh..ye ke...ingat dapat ngelat.. takpala mak gagahkan jugak pergi..Anak-anak dah score belajar, mak pulak tak nak bagi penghargaan...tak elok pulakkan...apapun mak bangga dengan u ollsss....

19/11/2011 (Sabtu)

Anugerah pula untuk tadika kemas..Ilham sibuk duk prektis tarian zapin...tak pergi kasihan pula...anak-anak nak dapat anugerah...Cikgu kata jangan tak datang Ilham nanti ada ambil hadiah..Hmmmmm....



** Seminggu lepaih cuti anak-anak bujang kena hantar kem motivasi solat..Depa sibuk nak..mak apa lgi kemain laju jer isi borang..