- "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"
WORDLESS WEDNESDAY - KUEY TEOW GORENG
3 days ago
kernamu...satu momento
diari hati ilhamhainy at 3:20 PM 0 comments
Alhamdulillah..syukur atas nikmat Mu ya Allah..
Perjalanan masih panjang.Menagih seribu pengorbanan.Ku bersyukur atas kesempatan yang Kau berikan ya Allah..Tiada kemenangan berkat pertolonganMu ya Allah.
Firman Allah Taala bermaksud:
diari hati ilhamhainy at 3:54 PM 0 comments
Maka sesungguhnya untuk mengekalkan tahap kewarasan saya dalam menghadapi saat-saat genting ini..saya memerlukan elemen-elemen yang mengarut untuk dicernakan...
Semoga Allah Selamatkan..
**Siang dan malam doa tak putus..Aku memohon pertolongan Mu ya Allah Janganlah ditinggalkan aku bersendirian walau hanya sekelip mata...
diari hati ilhamhainy at 8:33 AM 0 comments
Surat cinta tertua di Dunia yang pernah ditemui berasal dari sekitar tahun 2200 SM di lembah Niffer 150 km dari kota Baghdad, Iraq. Penemuan ini berdasarkan penggalian arkeologi sekitar tahun 1889 oleh Noah Kramer ,Profesor dari Philadelphia Universitydiari hati ilhamhainy at 11:22 AM 0 comments
Pada ketika korang baca entri ni, aku berada di sebuah tempat yang ku rasa kelam...
On a more personal note,
Terima kasih kepada Mak (yang mengandungkan kita selama 9 bulan lebih) dan ayah kerana menjaga, membesarkan dan melayan karenah bukan-bukan kita selama 35 tahun ni.
Selamat Hari Lahir Kepada Diri Sendiri!
— * juga tak lupa pada adik ku sabri..selamat hari lahir kepada dirimu jua
diari hati ilhamhainy at 10:36 AM 4 comments
B.E.N.G.A.N.G.....
ASBESTOS PUNYA MANUSIA...SELALU INGAT DIA JER YANG BETUL...ASBESTOS TAHAP PETALA KELAPAN!!!
BERHADAPAN DENGAN SATU PERKARA YANG MENYAKITKAN AMAT MELEMASKAN...BODOOOOOOOHH(6 harkat)
ASBESTOS!!!!#$****!!
diari hati ilhamhainy at 3:06 PM 0 comments
ayah beri nama saya..HANY
sekian itu ayah di sisi saya setiap hari,
ayah didik saya untuk utuh jati diri,
disemat dengan ketat, nilai murni pada diri ini.
Ayah telah tunjuk saya erti berjaya,
bukan setakat menguasai jalanan di kotaraya,
tapi dalam perjalanan menuju ke
teruslah mengabdikan diri pada yang Maha Esa,
Ayah mencurah ilmu lebih dari yang diperlukan,
lebih tajam dari pisau diasah ku punya fikiran,
maka saya hadapi setiap hari tanpa keraguan,
setiap hari dilihat lebih jelas erti makna kehidupan.
Ayah bekerja siang malam tanpa jemu,
tanpa disedari senja telah bertemu,
tapi ayah tak mahu berhenti di situ,
ayah terus berbakti untuk keluargamu.
Walau susah tugas yang diamanah,
diserta caci-maki, umpat dan fitnah,
tapi ayah teguh, tiada keluh, tiada resah,
hanya angkat tangan, pohon doa, pohon rahmah.
aku harap ku macam ayah satu hari nanti,
tiada yang lain di hati selain anak dan suami,
cinta yang tak
terus kita semua
Ayah,
puisi ini terhenti kerna kertas ku telah basah,
mungkinkah kerna ku terkenangkan ayah?
terkenang lagi kisah mak dan ayah,
diari hati ilhamhainy at 3:17 PM 0 comments
Lewat petang kelmarin saya berkesempatan melawat sahabat saya "ririn",sebelum dia pulang ke Sabah bersama bondanya.. serasa terlerai jua satu beban yang amat saya rasai sebelum ini kerana tak pernah berkesempatan melawat bondanya yang sering saja sakit..
"Mama beria-ria sangat ajak balik kak"
Pulangla rin bawa mama tu..dia rindu dengan setiap ruang kosong yang ada di sabah tu rin.Kalau dia pergi dipanggil Ilahi, tertunai juga hajatnya.Bukan itu yang diminta tetapi memandangkan keadaan kesihatan dia yang merosot sejak akhir-akhir ini, kemungkinan 'itu' bakal berlaku..Ia...Ajal maut di tangan tuhan...
Sekiranya masih ada nyawanya lagi... Syukurlah mungkin Allah masih memberi kesempatan untuk kalian membaiki apa yang sudah terosakkan....
Alhamdulillah ririn menerima dengan baik saranan saya untuk membawa dia ke psikiatri..Almaklumlah...perkataan itu...
Insya-Allah pulangnya dari Sabah nanti kami akan usahakan apa yang patut..
*thanks...aunt...
diari hati ilhamhainy at 6:15 AM 0 comments