Semalam...dan kelmarin banyak betul urusan di jalanan dan dalaman.
kelmarin...
Aku pergi melawat boss ' kesayanganku' (hak...hak..hak..) bersama my en. soami di hospital Salam Senawang. Dia dijangkiti virus-virus cinta....hooopssss....denggi...tapi sebenarnya dia dah mengarahkan aku untuk membelikan akhbar sinar dan berita harian.Angin satu badan.Kira satu pakej lawatan percuma sambil hantar paper sambil menziarah...
kelmarin...
Aku menghantar my en.soami ke hospital untuk pemeriksaan ulangan x-ray...Alhamdulillah sudah semakin baik...tulang sudah mula bertaut...Ini berkat kesabaran dan usaha aku mencari rawatan yang terbaik untuknya di samping supplement.(tak larat doh..penat sorang2....berkemas..nak pindah lagi...dah tertangguh dah ni...)Doktor menasihatkan agar beliau tidak melakukan kerja-kerja berat dan sentiasa memakai anduh.Ku katakan padanya.."welding je la tulang u tu...setel..."..wink..wink..
kelmarin...
Aku mendapat tahu seorang kenalan yang ku panggil 'kak izan' telah dimasukkan ke Hospital Besar Seremban berpunca dari demam yang berpanjangan dan bacaan kencing manisnya yang agak tinggi,..melebihi 20.Hajat hati ingin menziarah tapi terhalang sebab terpaksa menghantar my en.soami ke rumahku di Panchur Jaya.Tukang paip ingin membetulkan tangki air disana. jadi sementara menunggu dia datang aku pun bertukang memasang langsir..weh...penat weh...Takkan nak suruh my en.soami yang buat...tercabut pulak bahu tu nanti..kan ke haru...!!!Malamnya pula hantar my en.soami berurut di rumah kampung baru pantai...Sempat pula si Alif menitipkan pesanan..'ibu..abang nak nasi goreng pattaya...'...waduhhh...
Rasanya hampir pukul 11.30pm baru aku dapat meluruskan kaki..
Semalam.....
Pagi-pagi hari lagi dah kecoh isi rumah.Semalam my en.soami sudah mula bekerja.Aku terpaksa hantar anak-anak ke sekolah dulu, pulang ke rumah, bersiap hantar pula anak ke pengasuh, hantar pula suami ke pengasuh...hooopss... ket tempat kerja...baru boleh ke pejabat...jauhnya perjalanan seawal pagi.
Semalam...
Gotong royong di pejabatku..Setelah galak kali aku mengasak mereka dan merekabentuk pelan kedudukan staff di pejabat..dan telah dipersetujui oleh my boss..kami seluruh warga kerja JBI bertungkus lumus berkemas..Menyusun atur semula perabut-perabut yang ada...Sehari suntuk...Hasilnya sangat membanggakan..amat memberansangkan...amat menaikkan nafsuku untuk terus bekerja lagi rajin dan rajin...muahahaha...Sebelum itu ada juga bangkangan dari rakan sekerja yang menyatakan kerja di pejabat terlalu banyak.Sampai bila kalau asyik memikirkan kekangan kerja yang tak sudah-sudah.Korbankan satu hari untuk berkemas. Lepas tu pulun la balik.Asyik fikir meeting..dateline..sampai bila...betul tak..At last berjaya juga aku memaksa rela mereka.wink..wink...Letih memang tidak terkata.. Tapi hasilnya sangat memuaskan hati..sebenarnya dalam pemerhatian aku...semangat bekerja menurun disebabkan kerana suasana ruang pejabat yang sangat tidak menarik..Memandang benda yang sama setiap hari..fail yang berterabur..Kerja yang menimbun..(ini tak boleh adjust...)..Oleh itu sesuatu perlu dilakukan untuk menceriakan semula suasana...harap lepas ni mereka akan bekerja lebih tekun dan riang hati..aku...?wink...wink..
Semalam..
Hantar lagi my en.soami ke tempat berurut tu...Letih betul rasanya...Sampai rumah pun hampir 11.3 pm..
Esok...hmmm...Fatin dah berpesan..jangan lupa hadir ke temasya sukan sekolahnya yang diadakan di Stadium Paroi....
DAH MASUK MUSIM DURIAN KE?
16 hours ago
0 comments:
Post a Comment