Warna oren/kuning amat sesuai digayakan pada hari Khamis.Ini kerana warna tersebut ialah warna ransangan.Pada hari khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa dapat dihasilkan dengan banyak oleh tubuh.
Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari dan kita dinasihatkan agar tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi ruang sistem penghadaman menjalankan fungsi sepenuhnya.
Aura warna kuning pada hari ini telah membuahkan hasil pada Fatin untak bergelar .Hari ini sebenarnya adalah Temasya sukan tahunan bagi Sekolah Menengah Agama Nilai yang telah dijayakan di Stadium Paroi.
Ibu sangat gembira dan teruja dengan kejayaan Fatin.Mewakili rumah kuning..(ya..sangat bersesuaian dengan hari khamis).. Terpilih dalam acara olahraga 100m, 200m, 4 x 100m dan 4 x 400m.Ditempatkan di kategori bawah 18 tahun. Diulangi sekali lagi ya...bawah 18 tahun..
Agak terkejut aku disitu sebenarnya..Aku dimaklumkan oleh Fatin kategori bawah 15 tahun pesertanya sudah penuh.Guru yang mewakili rumah sukannya tetap ingin memasukkan Fatin dalam acara tersebut.Terpaksalah dia ditempatkan ke kategori bawah 18 tahun..
Sangat membanggakan kerana memenangi kesemua acara yang disertainya..-
100 m (bawah 18 tahun) = Johan, pingat emas
200m (bawah 18 tahun) = Johan, pingat emas
4 x 100m (bawah 18tahun) = Naib Johan, pingat perak
4 x 400m (bawah 18tahun) = Naib Johan, pingat perak
Terharu aku melihat dia dijulang oleh sahabat dan kakak-kakak senior dan dipeluk oleh guru setelah berjaya menamatkan larian sebagai peserta terakhir pasukannya dalam acara relay.Hajat hati ingin menjenguk sebentar..tapi apabila sampai aku dimaklumkan kemenangan acara 100m dan 200m ,,hati terus teruja untuk terus melekatkan punggungku di kerusi keras stadium itu..(Pedulikan kerja yang bertimbun...anak itu telah membuatkan aku tersenyum lebar...teringat pulak zaman kegemilanganku dulu...wink...wink)
Bagi acara relay itu sebenarnya Fatin umpama bidan terjun. Menggantikan kakak senior yang cedera.Tidak disangka pula membawa kemenangan..Lebih menggumbirakan lagi apabila dia dinobatkan sebagai Olahragawati terbaik bagi tahun 2010.
So suprise...alhamdulillah anak itu sudah semakin maju dan berani.Tahap keyakinannya semakin tinggi.Sebagai ibu memang sangat terharu dan gembira. Semoga dia akan terus gemilang dan cemerlang dalam bidang sukan dan pelajaran..
p/s = ibu rasa rahang pipi ibu hari ini jatuhla....sayang sungguh tak bawa kamera..
DAH MASUK MUSIM DURIAN KE?
17 hours ago
0 comments:
Post a Comment