December 20, 2011
Panjang Umur mu ...sayang
diari hati ilhamhainy at 4:33 PM 0 comments
December 19, 2011
Falls Alarm
diari hati ilhamhainy at 12:41 PM 0 comments
December 13, 2011
Pengembaraan cuti sekolah
La ni cuti sekolah mak-mak kebanyakan semua sibuk nak cari mana nak hantaq anak motivasi. Banyak la ni merata orang duk buat motivasi.Pilih jer nak mana satu.Nak yang murah yang hak mahai..duit tak duit jer..Lagi satu keinginan mak-mak nak nengok perubahan anak-anak.Pak-pak pun ada jugak..adaa..tapi...kurang..kurennggg...
Anak yang hak tua dah p dah..baru balik semalam..berkobar-kobar nampakkkk...yang hak jantan dua orang tu semalam baru mula untuk hufaz cilik..Hak yang tengah pun dah elok..baru berkhatan habaq hang .Terisi juga masa depa masa cuti tak la tibai pagi petang futsal memanjang..tak pun kartun-kartun-kartun...perosak otak habaq hang..
Rata-rata yang dok hantaq anak p kem ni kan..mak-mak aja..pak-pak pun ada.kurengg..Mana tah p pak-pak ni..Lepak kedai pekena teh koott..Mak-mak ni hantaqla anak sampai ilang bontot bas tuh..Yang banyak mai daftar tu hufaz cilik pun mak-mak jugak..yang pak-pak ni pi mana tah...!!
Tak yah ceghita hak jauh-jauh la..meh sini habaq mai..dekat-dekat sudah.Mak-mak yang selalu dok ghisau..keriau..apa nak buat untuk anak masa cuti.la ni masalah sosial..gejala yang tak beik ni banyakk..Nak kasi hangpa tahu..atau ada kot yang dah tahu tapi buat-buat dono..Ada satu negeri...ada satu sekolah...cikgu depa p hantaq murid dalam 40 orang untuk dimotivasi..hangpa tau dak..38 darinya...hancurrrr...Rosak dah...Tak yah tanya la mana sat g jadi isu plak..Pak-pak tak risau kaa...
Pak-pak ni heboh kalau ..tu dia malam ni ada ceramah la..pukui bla..bla..bla..si anu bin anu datang la..uiii rugi tak mai nih..Aiseh..kat sini pun adala si polan bin polan pulakkk..pun rugi tak mai..Pas tu sat g p dengar ceramah maki sana maki sini caci sana caci sini..pas tu huluq la singgit dua...Pak oooi...depa tu datang pakai keta besaq pak oii..hang pakai keta apa oii....toksah pedulik depa la..Balik rumah semangat berkobar tah hapa tah..sekejap jer la..pas tu hang dok tang tu gakk..ke ateaih pun dak..ke bawah sat g la tuh!pas tu kawan ajak la p mancing..Hujan dok tughun lebait pun g jugak la..habuk pun tarak..huishh berlemoih nengok perangai-pak-pak ni..Anak-anak kat rumah tah jadi apa tak pikir plak..
Tapi...memang ada pak-pak yang baguih..yang hantaq anak jauh-jauh g kem tahfiz.Hak pak yang macam ni boleh tabik spring..tapi kurengggg...
**mak yang satu ni selalu doakan anak-anak mak semua berjaya dunia dan akhirat.
diari hati ilhamhainy at 11:35 AM 0 comments
November 25, 2011
Putus Cinta @ kasih makin bertaut..
diari hati ilhamhainy at 4:09 PM 0 comments
November 18, 2011
November 14, 2011
Menu berderet-deret
Bukannya menu makanan...aktiviti untuk anak-anak minggu terakhir persekolahan :
Patut ada hari Kecemerlangan Ko-kurikulum pada khamis last week..bergegas hantar fatin balik sebab ada bahagian untuk dia. Lagipun dia dah mc sebelum ni.. Dah tinggaikan dia kat asrama..tak dengar plak dia ada buat call..rupanya kensel acara tersebut..pulak tu on that khamis dia ada appointment dengan pakar..mintak jasa baik cikgu hantarkan dia balik rumah.Terima kasih cikgu Rashidah. Pepagi sabtu dah hantar dia balik ke hostel sebab ada program lain pula kat asrama. macam-macam hal la cik kak ni..
Besok :
Ada pertemuan 3 penjuru ibu bapa dengan nak murid tahun lima.dah tengok pun result depa tapi untuk kemajuan anak-anak yang akan melangkah ke tahun 6..hadirkan diri juga la..Alif kata untuk darjah 5 besok dapat bantuan RM 100 tu..rembattt.. tapi ana ni duk pening jugakla sebab masa tak sama dengan waktu balik dik lang..Aiishhh...
Anugerah kecemerlangan untuk pelajar-pelajar sekolah SARA Gedung Lalang.
Dek kerana Dik Lang dan Abang pun terima hadiah..mak gagahkan jugakla..lagipun kali ini anak bujang mak dua orang tu menyahut cabaran ustazah depa untuk sertai nasyid.yang sorang tuk duk prektis ketuk tin biskut...kompang takdo..ganti la tin biskut.!!menurut ustazah depa..terkejut gak sebab dua beradik tu kali ni menyahut cabaran. selalu duk bantai lari kalau suruh bernasyid.Tapi tu la..sengau2 keluar..
16/11/2011 (Rabu)
8.00am
Anugerah kecemerlangan untuk pelajar Sek. Keb.Ampangan. Mak ni duk kata tak payah la ibu pergi.. Depa dua beradik tuk duk jerit dalam kereta..
"Ibuuuuuu...Kitorang ambil hadiahla....."..aiseh..ye ke...ingat dapat ngelat.. takpala mak gagahkan jugak pergi..Anak-anak dah score belajar, mak pulak tak nak bagi penghargaan...tak elok pulakkan...apapun mak bangga dengan u ollsss....
Anugerah pula untuk tadika kemas..Ilham sibuk duk prektis tarian zapin...tak pergi kasihan pula...anak-anak nak dapat anugerah...Cikgu kata jangan tak datang Ilham nanti ada ambil hadiah..Hmmmmm....
** Seminggu lepaih cuti anak-anak bujang kena hantar kem motivasi solat..Depa sibuk nak..mak apa lgi kemain laju jer isi borang..
diari hati ilhamhainy at 4:22 PM 0 comments
November 10, 2011
Korban@Adha
Alhamdulillah segalanya selesai dengan lancar.Ibadah korban kat taman pun selesai pada raya Adha pertama.Tahun ni meriah rezeki melimpah ruah, banyak juga dapat daging korban.Rasanya tahun depan kot baru makan semula sup daging.
Kelakarnya hari raya pertama Adha saya terjelepok atas katil. Demam hampir 4 hari. Manakan tidak hari mantai merayau dari selepas subuh sampailah ke pukul 11.30 malam.Asyik keluar masuk rumah.Pencarian daun ketupat pun berakhir jam 3 petang. Payah no nak dapat. Sempat lagi menyiapkan juadah raya tempahan orang.Kemudian baru terhegeh-hegeh nak buat untuk juadah keluarga sendiri.
Selepas maghrib bertolak ke nilai untuk menghantar tempahan orang. Dalam hati berkata, ketupat sendiri tak anyam lagi nih...rendang pun tak kat atas tungku lagi.Boleh pulak lepas teraba-raba cari rumah orang tu..singgah kat restoren pekena nescafe tarik dengan roti bakar.. Dalam hati berkata lagi..
Sampai rumah jam sudah pukul 11.30. Mona pula hantar pesanan nak datang rumah.. Tunggu punya tunggu dia pun melilau cari rumah saya..Maklum hari malam.Sudahnya ketupat siap rebus jam 4 pagi sambung pula merendang ayam..everything settled jam 7 pagi.. Masak bukan sikit...Budget makan lima buah rumah..keh..keh..padan muka sendirikan..sapa suruh merayau cari barang yang bukan-bukan..Inilah akibatnya..
Kami berkumpul di rumah ayah dan selepas sembahyang, masing-masing sudah kenyang perut suka hati..Hajat hati selepas korban di taman teringin balik ke Kuala Pilah jumpa uwan...Udahnya terjelepok atas katil..tak bangun-bangun. jiran belakang pun siap cakap dengan anak "acik nampak ibu kau masak tongah2 malam tu..."Aishhh...malu-malu.
Apa khabar agaknya uwan... Sihatlah hendaknya...
diari hati ilhamhainy at 5:42 PM 0 comments
October 25, 2011
Sukan Tahunan SK.Ampangan 2011
* "Tak pe...kalau x dpt olahragawan tahun ni..tahun depan kan ada...kasi la peluang abg. djh 6. tu..kesian dia"
* "weekend ni depa nak claim blanjer makan KFC..sebab depa suma juara katanya...claim kat ibu je lak tuh..takpa..takpa..t kita celebrate ngn kakak kat hostel k..?ingat sikit kakak hang tu..
diari hati ilhamhainy at 4:13 PM 0 comments
October 17, 2011
Transformasi
diari hati ilhamhainy at 11:17 AM 0 comments
October 12, 2011
Buku Pak Arab..
diari hati ilhamhainy at 11:40 AM 0 comments
October 5, 2011
Ayahanda Yusof
Serangkap kata kutitip buat ayah tersayang...
Ya Allah… Hindarkan ayahku daripada segala kepayahan yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan dan pengalaman yang menyedihkan di sepanjang tahun² yang akan datang ini. Kurniakan kepadanya keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindungnya dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan.
diari hati ilhamhainy at 11:46 AM 0 comments
Askar Fantasi @ Hari Potensi Peringkat Negeri
diari hati ilhamhainy at 4:37 AM 0 comments
September 29, 2011
Kanser Ovari
Rasa nyeri dihati saya. Manakan tidak kali terakhir saya megambil ujian pap smear adalah 4 tahun yang lepas.Ouhhh...ngeri...Saya dah tanam azam hari ini saya akan cuba dapatkan maklumat yang berkaitan tentang ujian ini. Saya perlu melaluinya. Anak saya ada lima orang yang sedang meningkat naik..Doakan kak long sihat dan dapat bertahan menghadapi ujian getir ini.
Kali ini mari kita kongsi sedikit tentang penyakit ini :
Kanser ovari selalunya berlaku terhadap kebanyakan wanita yang berusia di antara 50-70 tahun dan kira-kira 1 daripada 70 wanita akan mendapat kanser ini. Walau bagaimanapun kanser ovari boleh berlaku pada wanita-wanita yang lebih muda malah ada kes kanser ovari yang berlaku pada golongan gadis belasan tahun. Ia juga merupakan kanser ketiga yang biasa berlaku pada sistem reproduktif wanita tetapi lebih banyak wanita meninggal dunia akibat kanser ovari daripada sebarang kanser pada sistem reproduktif.
Kanser ini bermula di ovari. Sel-sel ovari sihat mula untuk berganda secara tidak normal, menghasilkan tumor dalam satu atau kedua-dua buah ovari. Apabila gejala-gejala seperti loya-loya, rasa tidak hadam atau kelesuan telah mula dikesan, selalunya ia dikelirukan dengan penyakit-penyakit lain. Pada masa gejala teruk ini disedari dan doktor mula mengenali penyakit ini, kanser sudah merebak pada organ-organ lain dan melakukan kerosakan.
Gejala dan tanda-tanda kanser ovari terletak di sekitar usus dan rahim (uterus). Gejala-gejala kanser termasuklah:
-Perut yang mengalami peningkatan saiz atau seperti mengembung
-Rasa sakit yang tidak dapat dijelaskan pada bahagian perut dan pelvik
-Perut terasa penuh atau kesukaran makan
-Peningkatan rasa hendak kencing
-Sakit belakang
-Rasa sakit atau mengalami loya-loya atau rasa tidak hadam
-Rasa letih yang melampau atau kelesuan
Wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser ovari perlu mengambil langkah-langkah pencegahan yang sepatutnya. Memang sukar untuk mengesan peringkat awal kanser ovari. Satu-satunya cara untuk mengesan kanser adalah melalui pemeriksaan mikroskopik.
diari hati ilhamhainy at 11:19 AM 0 comments
September 28, 2011
beli jiwa mak ayah
Saja nak nempel gambo...
Semalam depa ni pergi menyanyi kat RTM Sungai Gadut di bawah program permata pintar. Tetamu Khas adalah isteri Perdana Menteri...Datin Rosmah Mansur.Opkos la khennn...Tapi saya tak dapat nak sertai sekali sebab ada tugas yang terdesak pula di pejabat.Kempunan ler sikitt..
diari hati ilhamhainy at 5:47 PM 0 comments