March 21, 2011

Bila ini Lahar ~ Hati emas diketuk paku

Chapter 1

Dulu masa saya masih di sekolah rendah, ada seorang cikgu bahasa inggeris yang sangat garang.Cikgu ini berbangsa cina yang tatabahasanya dalam bahasa Melayu sangatlah teruk.Tunggang langgang jadi rojak carca marba.Namun begitu saya tetap sayangkan cikgu saya ini..pernah ada satu ketika dia ingin menterjemahkan semula ayat dalam bahasa inggeris kepada Bahasa Malaysia.Ini terpaksa kerana ada murid yang tak faham dan ada yang buat-buat bodo seperti saya.

"Abang saya busuk punya kaki"

Ayat sebenar ~ 'Kaki abang saya berbau busuk'

huhu..cikgu..cikgu

Chapter 2

Begitu mudah membusukkan nama orangkan...?

Buat baik berpada-pada.Bila orang sakit hati dengan kita macam2 orang cuba buatkan..?Orang macam ni hati dia dah hitam dah.Ada kemungkinan dia hidup dalam tekanan, jadi dia pun nak orang sama merasai tekanan dia.Orang macam ni sampai bila pun takkan maju.Lagi teruk perangai dia, lagi tinggi hukum karma yang bakal dia terima.Mata jahat yang bersatu dengan hati yang busuk.

Chapter 3

  • Menghilangkan rasa ujub pada diri sendiri.

Hati manusia berubah-ubah, ada kala hari ini baik, esok pula belum tentu, hari ini angin yang bertiup itu sepoi-sepoi bahasa, namun tidak mustahil boleh bertukar menjadi puting beliung yang mengganas.

Oleh itu, semua penilaian mengenai seseorang itu sifatnya relatif, boleh berubah-ubah seperti kenyataan Rasulullah SAW yang mengakui bahawa manusia dicipta dengan hati yang berbolak-balik sehingga Baginda mengajarkan umatnya supaya berdoa dengan sabdanya yang bermaksud:

“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan Imam Ahmad)

Manusia adalah makhluk yang relatif berubah, sehingga tidaklah boleh dinilai secara mutlak. Jika kita mahu mengambil manfaat daripada orang lain maka ambillah teladan daripadanya ketika dia berada di atas kemuncak kebaikannya.

Jangan sesekali melihat ketika dia jatuh, lemah, berdosa, penuh aib dan cela kerana jika kita suka melihat saat dia di bawah maka rasa ujub akan menguasai diri. Boleh jadi kita akan berkata: “Alangkah baiknya agamaku, amal dan ilmuku, keluarga dan kehidupanku jika dibanding dengan dirinya! Betapa buruk perangai orang itu, zalim sungguh tangannya, tamak dan kedekut sifatnya, kasar dan kurang ajar perangainya, tidak ada kebaikan langsung berbanding diriku!

Adapun tanda seseorang mendapat rahmat-Nya adalah ketika manusia tertarik dengan keperibadiannya.

p/s : dan saya sedari...saya kehilangan..tidak lagi beraja dimata..bertahkta di hati

0 comments: