Bentuk didikan ibubapa dulu berbeza dengan didikan sekarang. Ibubapa kini cabarannya lebih hebat.Anak-anak remaja kini lebih terdedah dengan konflik jiwa. Maka pendekatan juga harus berbeza dari dulu.
Anak perempuan saya sudah remaja. Semalam saya sempat merenung wajah dia semasa dia tidur.Ketika itu jam 12.30 tengahari. Biarlah dia berehat seketika. Qailullah.
Saya ingat dulu saya selalu dimarah jika tertidur waktu2 begini.Ada masa saya tertekan.Sehingga saya sudah beranak pinak pun saya sering dimarah kalau tertidur.."Asyik membuto ajo" itulah ayat yang selalu berdendang ditelinga menari-nari di hati. Saya selalu memberontak tapi pemberontakan terpendam. Terbuku di hati.Hati cuma berkata, saya bangun pukul 5 atau 6 pagi, buat sarapan atau masak apa yang patut, dari sekolah hinggalah mendirikan rumahtangga itulah rutin saya setiap pagi,hatta kini pun. Kemudian saya ke sekolah atau ke tempat kerja. Ada masa saya sempat berkemas sebelum keluar. Dari pukul 5 atau 6 tersebut saya tidak melelapkan mata walau setengah jam pun.Bayangkan pula tekanan yang saya terima sewaktu di sekolah atau di tempat kerja. Bila pulang ke rumah badan sudah semestinya letih lesu.Itu yang tertidur. Itu juga membuatkan saya dimarah. Salahkah...?
Dulu juga sewaktu sekolah hingga sudah bekerja, hampir setiap hari tugas saya sudah menanti. Pinggan mangkuk yang berlonggok. Penyapu pula ternanti-nanti untuk menari bersama.Ada masanya saya tertekan cuma tidak berani bersuara kerana saya tahu akan kesannya. Situasi ini pernah saya ceritakan pada anak remaja saya.Betapa bertuahnya dia kerana saya memberi ruang untuk dia.
Saya sedar kerana usia remaja adalah usia di mana seseorang individu itu mencari identiti diri. Jika sejak kecil dia sering dihargai dengan apa yang wujud dalam dirinya, dia akan terus mempunyai hormat diri yang tinggi. Dia menghargai keunikan diri dan mengambil identiti diri yang menyokong perasaan hormat diri yang tinggi itu.
Sungguh pun saya memberi ruang pada anak-anak, saya tetap bertegas. Setiap mereka diarah untuk tolong berkemas, jaga adik, basuh pinggan dan kain baju. Saya selalu memberi amaran kepada anak-anak yang saya tahu bila saya balik rumah tak bersepah. Si anak dara itupun saya sudah mengarahkan dia untuk sama-sama membantu didapur. Begitu juga dengan anak yang lain. Saya mahu mereka menjadi anak yang tahu segala bagai walau mereka diberi 'ruang'.
Saya tidak mahu menjadi ibubapa dominan yang leka dan alpa.Hati anak-anak sekarang mudah terluka dan memberontak. Saya sentiasa amalkan sikap give and take. Sikap memaafkan dan keterbukaan. Sekiranya saya bersalah, saya harus meminta maaf, begitulah sebaliknya supaya mereka sentiasa merasa dihargai.
Dulu saya sering merungut di hati, menangis dalam diam mengenang tanggungjawab yang saya 'terpaksa' pikul. Kenapa dia tak kena buat kena mesti asyik saya.Rasa tak adil sungguh. Bila usia meningkat, saya sedar didikan mak ayah dulu yang membentuk kekerasan saya sekarang. Maksudnya tubuh saya mampu menerima bebanan kerja yang banyak. Saya mampu menangani tekanan menguruskan anak-anak. Memastikan rumah sentiasa terurus.Saya mampu menggunakan tenaga fizikal saya ke tahap paling maksimum. Saya mampu mengawal perasaan saya walau ada masa tergelincir.Syukurlah.
Saya berdoa semua anak-anak saya akan terbentuk menjadi orang yang kuat mental dan fizikal dalam satu acuan walau pendekatan saya berbeza namun coraknya tetap sama.
DAH MASUK MUSIM DURIAN KE?
11 hours ago
0 comments:
Post a Comment