April 1, 2011

ApRil FooL...Jgn Ikut MeNoNonG....


 Masa kat sekolah dulu bila time 1st April selalu kena april foollll dengan kengkawan.Pas tu kita pun carila idea nak kenakan orang lain pulak..Seronok kenakan orang.Tapi itu dulu...zaman jahil..i mean tak tahu..

Bila umur da meningkat, banyak bahan ilmiah dibaca, banyak kuliah agama dihadiri barulah tahu apa april fool tu sebenarnya...Ouuwwhhh sedehnya...jahilnya saya dulu...Mari kita selami sedikit kisah dibawah ini

 Sambutan  April Fool yang diraikan kita  setiap tahun sebenarnya adalah 1 propaganda hina bangsa kafir ini sebagai mmperingati kejayaan mereka membunuh puluhan ribuan nyawa saudara islam kita yang telah ditipu semata2 untuk mendaptakan perlindungan mereka setelah keruntuhan kerajaan islam di Sepanyol yang kerana ditakluk oleh tentera Kristian.

April Fool's Day mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang - orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan,telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka telah membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.

Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang  menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja diSepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Mudah-mudahan dengan perkongsian mengenai fakta sebenar
April Fool Day ini akan menyedarkan kita semua.diharapkan anda akan berkongsi kepada rakan, sahabat taulan untuk renungan bersama.

0 comments: