April 12, 2011

Kuah tumpah ke Nasi atau Alas Meja..?

5 April lepas saya berkesempatan menyaksikan perlawanan bola jaring peringkat daerah Seremban 1 yang telah diadakan di Center Court Paroi Jaya..

Fatin mewakili pihak sekolah dibawah kategori 15 tahun. SMA Nilai juga menghantar wakil bagi kategori 18 tahun.Fatin...berposisi 'center'..seperti saya dulu dan sekarang...still maintain lagi tawww..harus lincah dan bertenaga..


Walaupun kemenangan tidak memihak untuk mereka, namun semangat juang yang mereka tonjolkan amat saya kagumi kerana mereka tidak gentar bersaing dengan pasukan lawan yang hebat-hebat belaka seperti SMKA SHAMS, Tunku Kurshiah College, etc.Terimbas kembali kenangan di zaman sekolah dulu.Saya memang pencinta bola jaring kipas susah mati.Hidup bola, makan bola, tidur bola segalanya bola..Sekarang tumpah pula pada anak.

Pesan saya pada Fatin jangan sampai terabai pelajaran. Apa yang saya nampak memang dia bersungguh mengekalkan prestasi pelajaran. Subjek A kekal A, B naik A, C naik B..sebab dia tahu apa implikasinya kalau pelajarannya merosot. Saya akan mengharamkan terus dari menyertai sebarang acara seperti yang terjadi pada Alif. Pelajarannya tidaklah merosot malah meningkat. Saya mengarahkan dia keluar dari pasukan bola baling dan jangan lansung menghadiri sebarang latihan kerana disebabkan latihan bola baling, keesokkanya badan lesu, penat lansung tak nak sekolah.



Apa-apa pun...saya bangga dengan pencapaian anak-anak saya.


p/s : Pelan cadangan surau sekolah SMA Nilai sudah saya siapkan dan serahkan pada guru..  Alhamdulillah..lega...pepandai jer interprem ye anak2....

0 comments: