May 7, 2009

Mak...

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Click Me! Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Click Me! Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Click Me! Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Selamat Hari Ibu..

April 30, 2009

Memori lama

Salam siaran di petang Jumaat (30hb April 2009)

Petang ni ada rasa free sikit. dah 3 hari aku marathon nyiapkan projek.penat nak mampus.letih litak.
So, aku rasa nak kemaskan siket isi pc aku ni dah cam2 bende yang aku uploadkan.
Cam da berat semacam.
Dalam dok godek-godek jumpa lak gambar-gambar yang da lama aku tak jumpa ropanya terselit di celah-celah...
Laila n Ilham - On the Way ke Cameroon Highlands


Alif, Dik lang, Ilham n Fea kat ladang Boh (cantikkan view?)

My kids, Fatin Arissa Sofea, Alif Amirul Aiman, Iman Nurhakim, Ilham Faisal, Nurlailatul Fatihah n my beloved Rizzt..(eh, where's Hainy rr?..of course la i'm the one taking the photo!)


Nice view (Boh Farm)

Penat la plak nak upload gambar-gambar ni,
rasanya cam nak pergi lagi ke Cameron Higlands,
Tempat yang paling kami sekeluarga tak akan
bosan pergi berulang kali.
Kali ni kalu pergi laila dah pandai jalan

April 29, 2009

Loving you

April 24, 2009

cerita lepas tengahari

tepat kul 12.15 aku kuar rehat
kena ambil kids rutin harian
bawak diorang pergi lunch kat ampangan
tengok jam sudah pukul 1.30
aku message lagi kat member ofis
'zah(nick dia), petang ni nak lewat lagi.maleh.
ko nak buah pakcik semalam tak?
(cam merasuah la pulak!)
alasan aku tulus dan telus
tak berselindung.
tidak lama kemudian dia balas
'ok gak.nak tembikai n betik'
'yabedabedu'
balik rumah berkemas la apa yang patut.
tengok jam da melewati pukul 3pm
menjerit lagi umpama mak tarzan hilang laki
gesa kids cepat bersiap.
lepas hantar diorang aku memecut laju
nak mengejar 'buah pakcik' tu
(takut habis)
sanggup pusing jauh siket..siket jee kat taman marida
serius..sedap 'buah pakcik tu'
besar, lemak , manis, pejal..(cam 18sx je bunyik!)
tengok jam sudah pukul 3.15pm
'Ahhh...ada aku pedulik!'
setan sudah mencucuk.
Agak egois dan emosi sket ku memandu
sebenarnya cuak gak kat hati..
mana tau sampai opis bang aji ada...
'ada aku pedulik!'
janji nafsuku nak makan buah pakcik tu da terlampias!

cerita lepas pagi tadi

baru je nak duduk da dapat order
dari senior ke yg senios
yang berangin selalu
'ada drawing urgent nak kena buat ni'
'kalo rase kena buat ot..buatlah'
'hallamak'
'bersidai la balik aku kat ofis ni'
'Dua design da siap da'
'nak wat camne bng mie (nick senior ku)'
'da siap nanti kna gak la buat'
sementara tunggu design siap
aku layan la mozilla fire fox dulu
tup..tup
bila aku pergi admin
dia da keluar
'aiseh..sah-sahla aku kena bersidai kat ofis ni'
"Ahad aku nak pegi PD"
'Ada karnival Blogstarz'
Gerammnyerrrr....



cerita pagi ni

hari ini hari jumaat
hari yang penuh dengan keberkatan
tapi hari ni la hari malasku
sudah pukul 8.30
tercatuk lagi kat rumah
aku anta msg kat member ofis
'lmbt sket pg ni..maleh!nak kem b1st x?'
kenyataan yang tulus lg telus..
'x pe la'..member balas balik..
aku singgah beli mehun goreng..
bawak keta slow2
sopan santun gitew..
'pasal makin malas kerja ni?'
bermonolog sendiri..
'tu la bos x nak naik gaji..kerje lepas tangan!
tau duit masuk je..."
'pas tu pump out duit tu tah g mane'
'staf gersang'
hati baik pulak menjawab
'mana tak malas...tak berkat melangkah..'
'asyik gossip bos je 25 jam'
hati jahat balas balik..
'alahh...cuba la kalau dia ingat kat staf,
x la kena kutuk!'
hati baik jawab balik
'x pela..nak cari keberkatan kan?'
'untuk anak2 kan'
hati jahat pun diam x jawab
bagi ruang untuk aku berfikir agaknya..
sedar-sedar da sampai ofis..
8.45 am
'la...member yang aku msg td pun tak sampai lagi!!'

Sayu..

Petang semalam..
Lepas balik kerja aku menyinggah
kat family store
beli barang-barang untuk jualan dadihku
beli gak sekali jajan untuk kids yg comel sume
cam muka aku..
sewaktu perjalanan balik
aku lalu depan warung WSK
'Nape keta byak2 ni?'
'Sempit la jalan!'
Tiba-tiba....
tertancap pandanganku....
Usungan keranda sudah di atas bahu
hadirin sudah berdiri
Takbir azan akan bergema
Allahu-Akbar....
tiba-tiba...
hatiku jadi sayu
pandangan ku jadi satu
hati berkata 'Innalillah....
mataku berkaca..
puasku tahan
aku nak brenti isi minyak ni...
Aduh...camne ni?
Sentimental plak aku...
akhirnya...
ku biarkan mataku yang berkaca itu
berderai jatuh ke pipi
insaf seketika
tak tergambar di fikiranku
bagaimana satu hari nanti
Orang2 yang ku sayang
tak da lagi di bumi ini
tak lagi menghirup udara
tabahkah aku relakah aku..
bagaimana pula jika aku yang pergi?
anak-anakku?
suamiku?
fikiranku melayang hingga tak sedar
aku tak isi minyak lagi
dah sampai rumah!....
amin..


April 21, 2009

model-model cilik




peaaceeee.....

April 20, 2009

Hainy's pizza

Semalam..Ahad April 19 09'

Hari-hari makan nasi pun boring gak.So..aku mencuba try test baking pizza..
Bahan-bahan da lengkap tapi cheese belum ada so terpaksa la pergi ke giant..
tak de plak mozarella cheese yg aku cari..belasah je la guna
jenama lain..
Resepi doh pizza ni aku bela
jar dari my mom..so..inilah ropa pizzaku yang pertama kalinya mencuba.
Best gak rasanya..kat tekak akula..

Kalau dari segi bentuknya tak berape indah la ropa..t
api takpe la next time aku upgrade kan lagi..