Sedar tak sedar (mimpi ka?) kita sudah berada dalam bulan March. Bermacam perkara yang dilakukan dan berlaku hingga tak sedar betapa cepat masa berlalu.
Mana taknya..sibuk dengan sukan sekolah anak-anak..tambahan pula alif terpilih mewakili sekolah ke temasya sukan yang bakal di adakan di Stadium Paroi. Jadual latihan yang padat..Sibuk pula kami sekeluarga berkelah di ulu bendul siap barbeque lagi..dan yang penting....migrate......pindah rumah..
Bermakna sekarang sudah hampir 2 minggu aku berhijrah...migrate...pindah rumah daa..Rumah yang da lama dibeli tapi tak diduduki...Tanggal 18hb.Februari 2010 bersamaan 4 Rabiul Awal 1431 berpindahlah kami ke rumah baru di Panchor Jaya Fasa 7.Hari Khamis jam 9.oo mlm. Ok tak pindah hari malam? Ayah kata pindah malam ni macam orang lari tak bayar sewa...nak buat macammana lori yang murah hanya ada waktu itu sajo.(Lori site hubby).Lama betul rancangan berpindah tertangguh.Mak pergi...semangat hilang...tado mood..en.soami pula patah bahu. Semangat aku hilang balik.Kami cat rumah pun slowly kena tunggu bahu dia agak kuat dulu..semua hal aku kena buat sendiri..pasang-memasang...ketuk-mengetuk...Bukan tak nak minta tolong..kami buat semuanya pada hari bekerja.So tak mo mengganggu..Ayah dan Azhar datang menolong kami malam tu..tq..tq...
Penat betul pindah rumah rupanya. Ada lagi barang yang tak ku angkat di rumah ayah tu..pinggan mangkuk dan baju especially..banyak la pulak..Rumah sekarang ni tak banyak barang..I like...Rumah Taman Bukti pun aku tak habis kemas lagi..kata ayah nak betulkan wiring then baru pindah..Tak pasti pula bila sebab dia ada agendanya yang tersendiri..ngeee...
Tempohari ada juga kami men'survey' meja makan yang comel-comel.Diluar kemampuan la pulak. So my en.soami kata sabar jer la dulu..Poket da nipis..Pengumuman...pengumuman....kot2 sapa yang ada meja lebiei tu sedekahkanlah kat den ni ha....ha..ha..ha...melawak ajer....Ambil cuti 4 hari pun tak sudah-sudahnya berkemas. Mujur aku dapat cuti lebih sebab loading kerja agak slow skit..(2 hari sebelum cuti siang malam kat opis ni.....apa kes...)
Perasaan aku sekarang?...hmmm...macam-macam..suka? mestilah dah duduk rumah sendiri...Sedih...? Boleh jugalah sebab rumah Taman Bukti tu terlalu banyak kenangannya...lepas ni mungkin jadi rumah 'main'..Azhar yang duduk..If dia still tanam anggur...If Sabri nak berulang alik dari Seremban-Kuala Pilah...meriah la jugak...?Ayah mungkin still stay di QRTS Klia..tak pun....rumah bakal......Semuanya kabur lagi...tapi for information dalam masa terdekat ni juga...Tak lama lagi dah ada kehadiran ahli baru..Oh...tuhan...kalau lah masa tu boleh dianjakkan kembali...
Ramai juga yang bertanya..aku tak nak buat kenduri ke pindah rumah?..hehe...nanti lah dulu ye..(Sponsor la tolong!!) sebabnya poket ku teramat la nipisnya sekarang.. lagipun sehari sebelum pindah..Ayah dan sahabatnya ustaz Salleh dari masjid Sikamat sudah pun berzikir kat rumah ku itu...Kalau orang dulu-dulu kata apa...tepung tawar...(tepung memang tawar)..Cuma digantikan dengan garam, lada hitam dan cuka..Bukan apa...sebagai langkah berjaga-jaga..maklumlah dah lama tak diduduki...depan rumah pula dah jadi highway baru Seremban-Kajang (LEKAS)..Signboard besar tu betul-betul depan rumah...(Dipisahkan oleh lembah yang dulu adalah bukit yang menghijau..) Alhamdulillah baik-baik belaka semuanya.Itu la yang aku harapkan.
Kawasan rumah disitu agak tenang sikit..Tidak ramai budak..(Anak aku saja yang bikin gempak!!) Tidak ramai yang buat gossip bukak piring astro pagi petang kerana rata-rata mereka bekerja.I likeee...Kami pun sudah bertegur sapa dengan jiran sebelah menyebelah.baik-baik belaka.Insya-Allah..Malam-malam pun sunyi...Pertama kali kami dapat melihat kelawar bersidai kat pokok..(punyala gayat)Lagi lah sunyi kerana tv ku tak berfungsi...uwaa....susah nak dapat siaran walau da pasang areal..kawasan berbukit bukau..(macam lah kau duduk kat lembah belum!!)Kena gak pasang astro nampak gayanye...bermakna sudah 2 minggu kami ketinggalan siri kegemaran....
Harapan aku semoga semuanya akan kekal dan setiap inci perjalanan hidup kami sentiasa mendapat keredhaan Yang Maha Esa...
Hari depan yang belum pasti pun kekadang mengundang ketidakselesaan...
p/s: jemputlah datang ke teratak buruk hamba...kalau sudi.....
March 4, 2010
Hijrahku..migrate
diari hati ilhamhainy at 10:51 AM 0 comments
February 17, 2010
Mak Lama.....Mak Baru.....?
The Only...Mak yang sanggup berpanas berhujan, bersusah berpayah..ku ingat lagi sewaktu kecil turut sama turun tangan menggintil karipap, menerap donut untuk jualan.Semuanya untuk menampung perbelanjaan kami dan pelajaran ayah ketika itu. Sampai sewaktu ketika aku sangat benci dengan karipap. But...now addicted pulok!!
Mak yang sanggup menjaga.. membesarkan adik-adik ayah..Mak yang rela hati menjaga nenek yang sakit....(AWAS!!!jangan ada yang sensitif pulak di sini ya...pink-pink hati pulak!!) Mak yang sanggup menelan segala pahit manis melayan kerenah kami adik beradik..menelan segala nista...Hanya MAK yang sanggup segala-galanya..Setiap inci perjalanan hidup yang dilalui oleh Mak dari kecil sehingga saat akhirnya.. telah diceritakan satu persatu kepadaku..adakalanya seperti bed time story, adakalanya umpama nightmare, adakalanya seperti berada di alam Alice in Wonderland.. Semuanya terpahat kuat dalam memori..
Mak adalah lambang wanita yang sangat tabah..cekal hatinya..Sering ku anggap dia seperti dahan yang kuat.Tega menahan sakit tatkala dahannya di kerat-kerat hingga bergetah.Sering pula aku bersandar padanya ketika lelah tiba..Sering pula ku menangis dibawahnya...
Welll....tak mo pink-pink hati disini....Nanti berpanjangan pula bebelan disini.Banyak pula yang dicerita dan tercerita..Usah..usah tok sah!
Cuma nak buat pengumuman.. Announcement....Tiado Mak lamo Mak Baru..yang ada dan BAKAL ada...hanyalah 'Teman Baru'....okey......fullstop..(Emo disini ya...!!)
p/s : hahaha...adakah ini ilusi atau khayalan...Kenyataan tetap kan tetap tiba...
diari hati ilhamhainy at 2:19 PM 0 comments
February 14, 2010
HaTe iT
diari hati ilhamhainy at 8:41 PM 0 comments
February 4, 2010
Very happy today...
Warna oren/kuning amat sesuai digayakan pada hari Khamis.Ini kerana warna tersebut ialah warna ransangan.Pada hari khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa dapat dihasilkan dengan banyak oleh tubuh.
Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari dan kita dinasihatkan agar tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi ruang sistem penghadaman menjalankan fungsi sepenuhnya.
Aura warna kuning pada hari ini telah membuahkan hasil pada Fatin untak bergelar .Hari ini sebenarnya adalah Temasya sukan tahunan bagi Sekolah Menengah Agama Nilai yang telah dijayakan di Stadium Paroi.
Ibu sangat gembira dan teruja dengan kejayaan Fatin.Mewakili rumah kuning..(ya..sangat bersesuaian dengan hari khamis).. Terpilih dalam acara olahraga 100m, 200m, 4 x 100m dan 4 x 400m.Ditempatkan di kategori bawah 18 tahun. Diulangi sekali lagi ya...bawah 18 tahun..
Agak terkejut aku disitu sebenarnya..Aku dimaklumkan oleh Fatin kategori bawah 15 tahun pesertanya sudah penuh.Guru yang mewakili rumah sukannya tetap ingin memasukkan Fatin dalam acara tersebut.Terpaksalah dia ditempatkan ke kategori bawah 18 tahun..
Sangat membanggakan kerana memenangi kesemua acara yang disertainya..-
100 m (bawah 18 tahun) = Johan, pingat emas
200m (bawah 18 tahun) = Johan, pingat emas
4 x 100m (bawah 18tahun) = Naib Johan, pingat perak
4 x 400m (bawah 18tahun) = Naib Johan, pingat perak
Terharu aku melihat dia dijulang oleh sahabat dan kakak-kakak senior dan dipeluk oleh guru setelah berjaya menamatkan larian sebagai peserta terakhir pasukannya dalam acara relay.Hajat hati ingin menjenguk sebentar..tapi apabila sampai aku dimaklumkan kemenangan acara 100m dan 200m ,,hati terus teruja untuk terus melekatkan punggungku di kerusi keras stadium itu..(Pedulikan kerja yang bertimbun...anak itu telah membuatkan aku tersenyum lebar...teringat pulak zaman kegemilanganku dulu...wink...wink)
Bagi acara relay itu sebenarnya Fatin umpama bidan terjun. Menggantikan kakak senior yang cedera.Tidak disangka pula membawa kemenangan..Lebih menggumbirakan lagi apabila dia dinobatkan sebagai Olahragawati terbaik bagi tahun 2010.
So suprise...alhamdulillah anak itu sudah semakin maju dan berani.Tahap keyakinannya semakin tinggi.Sebagai ibu memang sangat terharu dan gembira. Semoga dia akan terus gemilang dan cemerlang dalam bidang sukan dan pelajaran..
p/s = ibu rasa rahang pipi ibu hari ini jatuhla....sayang sungguh tak bawa kamera..
diari hati ilhamhainy at 4:31 PM 0 comments
Semalam...kelmarin
Semalam...dan kelmarin banyak betul urusan di jalanan dan dalaman.
kelmarin...
Aku pergi melawat boss ' kesayanganku' (hak...hak..hak..) bersama my en. soami di hospital Salam Senawang. Dia dijangkiti virus-virus cinta....hooopssss....denggi...tapi sebenarnya dia dah mengarahkan aku untuk membelikan akhbar sinar dan berita harian.Angin satu badan.Kira satu pakej lawatan percuma sambil hantar paper sambil menziarah...
kelmarin...
Aku menghantar my en.soami ke hospital untuk pemeriksaan ulangan x-ray...Alhamdulillah sudah semakin baik...tulang sudah mula bertaut...Ini berkat kesabaran dan usaha aku mencari rawatan yang terbaik untuknya di samping supplement.(tak larat doh..penat sorang2....berkemas..nak pindah lagi...dah tertangguh dah ni...)Doktor menasihatkan agar beliau tidak melakukan kerja-kerja berat dan sentiasa memakai anduh.Ku katakan padanya.."welding je la tulang u tu...setel..."..wink..wink..
kelmarin...
Aku mendapat tahu seorang kenalan yang ku panggil 'kak izan' telah dimasukkan ke Hospital Besar Seremban berpunca dari demam yang berpanjangan dan bacaan kencing manisnya yang agak tinggi,..melebihi 20.Hajat hati ingin menziarah tapi terhalang sebab terpaksa menghantar my en.soami ke rumahku di Panchur Jaya.Tukang paip ingin membetulkan tangki air disana. jadi sementara menunggu dia datang aku pun bertukang memasang langsir..weh...penat weh...Takkan nak suruh my en.soami yang buat...tercabut pulak bahu tu nanti..kan ke haru...!!!Malamnya pula hantar my en.soami berurut di rumah kampung baru pantai...Sempat pula si Alif menitipkan pesanan..'ibu..abang nak nasi goreng pattaya...'...waduhhh...
Rasanya hampir pukul 11.30pm baru aku dapat meluruskan kaki..
Semalam.....
Pagi-pagi hari lagi dah kecoh isi rumah.Semalam my en.soami sudah mula bekerja.Aku terpaksa hantar anak-anak ke sekolah dulu, pulang ke rumah, bersiap hantar pula anak ke pengasuh, hantar pula suami ke pengasuh...hooopss... ket tempat kerja...baru boleh ke pejabat...jauhnya perjalanan seawal pagi.
Semalam...
Gotong royong di pejabatku..Setelah galak kali aku mengasak mereka dan merekabentuk pelan kedudukan staff di pejabat..dan telah dipersetujui oleh my boss..kami seluruh warga kerja JBI bertungkus lumus berkemas..Menyusun atur semula perabut-perabut yang ada...Sehari suntuk...Hasilnya sangat membanggakan..amat memberansangkan...amat menaikkan nafsuku untuk terus bekerja lagi rajin dan rajin...muahahaha...Sebelum itu ada juga bangkangan dari rakan sekerja yang menyatakan kerja di pejabat terlalu banyak.Sampai bila kalau asyik memikirkan kekangan kerja yang tak sudah-sudah.Korbankan satu hari untuk berkemas. Lepas tu pulun la balik.Asyik fikir meeting..dateline..sampai bila...betul tak..At last berjaya juga aku memaksa rela mereka.wink..wink...Letih memang tidak terkata.. Tapi hasilnya sangat memuaskan hati..sebenarnya dalam pemerhatian aku...semangat bekerja menurun disebabkan kerana suasana ruang pejabat yang sangat tidak menarik..Memandang benda yang sama setiap hari..fail yang berterabur..Kerja yang menimbun..(ini tak boleh adjust...)..Oleh itu sesuatu perlu dilakukan untuk menceriakan semula suasana...harap lepas ni mereka akan bekerja lebih tekun dan riang hati..aku...?wink...wink..
Semalam..
Hantar lagi my en.soami ke tempat berurut tu...Letih betul rasanya...Sampai rumah pun hampir 11.3 pm..
Esok...hmmm...Fatin dah berpesan..jangan lupa hadir ke temasya sukan sekolahnya yang diadakan di Stadium Paroi....
diari hati ilhamhainy at 9:04 AM 0 comments
January 29, 2010
January..2010
Januari,
sebagai permulaan bulan di tahun 2010 ini sudah pun ke hujung jalan. 31 hari di awal tahun ini nanti tentu saja juga bukan waktu yang singkat bagi kita. Bagaimana dengan kamu semua ya?Adakah mimpi yang berjejal itu sudah mula diwujudkan? Atau paling tidak telah menemukan jalurnya ? Semoga kenyataan kan selalu berjalan seiring dengan harapan dalam memaknai waktu yang telah dianugerahkan.
This year started with a wonderful bad news,I’ve also been busy for all....learning as much as possible, and now I’m working and sewing at the same time (both mine). I’m very excited about this new adventure and I hope to be able to continue it in near future as my business rather than hobby.
Here is my new year resolution:(hak..hak..hak...)
- To continue what I started and be able to enjoy it as much as now
- To post more articles than last year
- To find a way to actually make money with my new hobby
- To loose weight No.... that’s not exciting
- ….
diari hati ilhamhainy at 10:51 AM 0 comments
The OLD love Story
hati dah tak tenteram jiwa macam pening..
ghasa macam rindu somebody..
hmmm.....
but i dont care coz i know
it's only just a dream..
last day.. i met him..
but my heart seems melompat-lompat suka hati..
but why? i also tak pasti..
but to see him smile..
it just make me feel crazy..
hey boy.. did u notice it?
u curi something from me
may be u sendri tak sedari..
but i know..
half of me is with u..
coz baby i know..
yang ku menyintai kamu..
memngg susah untuk memiliki..
cinta bukan an easy thing..
but if it's true..
and i'll be with you..
to love and sayang you..
more than i ever do...
coz aku sangat menyintai dirimu~~
::Otak da mula panas la ni...maka kan merapu like this..
best pulak dapat idea buat pattern ni.. mcm best plak.. cmpur2 bahasa~jadi rojak::
diari hati ilhamhainy at 9:48 AM 0 comments
January 27, 2010
Dia....dan bosan...
dan hari-hari seterusnya tetap...bosan
mata itu sudah berkali terlelap..
tapi tiada rasa terlena..
acap kali dia menguap..
tiada pula dengkurnya..
kerap kali dia terbaring..
tiada pula merasa bantalnya..
dia mahu tidur..
entah kemana pergi jiwa itu..
dia mahu lena..
entah kemana terbang aura itu..
mahu melangkahkan kaki itu..
turun beracah bermain..
tiada terlincah ianya.. tetap keras dan kaku..
mahu membawa tubuh ini..
melepasi daun pintu..
menyirup angin bayu..
tiada tergerak jasad ini..
melainkan tersandar dikerusi~
aduh~!! dia bosan..
dia bosan lagi..
dia bosan lagi hari ini...
bosan~~~~~~
*sabarlah wahai dear....sesungguhnya Allah telah memperuntukkan waktu istirehat untuk dear ....
diari hati ilhamhainy at 5:35 PM 0 comments
Usaha...Malas...Kejayaan dan Jatuh....
tu la org ckp usaha tu tangga kejayaan.. ehehe..
terima kasih kerana memberi dorongan ::wink2~!::
haih~ tapi dunia komplikasi ini tetap berputar..
bermain dengan seribu satu dugaan..
banyak bende lagi yang harus diteruskan..
tetapi.. banyak benda jugak yang harus dilupakan..
dunia yang luas tanpa sempadan..
tetapi ia punya batas kesabaran dan garis kecekalan..
jangan berlegang kaki..
bersiul girang...
mengharapkan emas terbit didepan mata...
mengharapkan intan terkeluar dari tanah..
begitu malas ini manusia.. mau duit masuk..tapi jiwa malas macam lembu sakit bontot..
haih~ samakan manusia dengan binatang marah pulak..
tapi itula yang berlaku dalam dunia ku hari ni..
yang miskin pun malas..
yang kaya pun lagi lagi lagi la malass..
haih~ anak2 adam ini... [termasuk aku]
Jika terpincang kata.. aku mintak maaf..
cuma berkongsi apa yang terbang2 di minda ku..
Jika tersalah tulis.. mintak ampun..
cuma berkata benda yang saheh..
Jika terasa... hah apsal ko terasa..?
Orang minum milo takkan ghasa kopi kan?
Orang makan belacan takkan ghasa durian kan?
[berfikir sejenak.. merenung diri yang kecil ini..]
diari hati ilhamhainy at 5:32 PM 0 comments


