June 8, 2011

Maraton sehari di Darul Naim








Ahad 5hb Jun 2011 perjalanan bermula seawal 8.30 malam.pelik jugok pasai apo yang bergerak awai sangat? Mulot tak pulak ringan nak bertanyo..

Sampai Batu Kikir Jembatan Booossiiiiii..gulai udang sebelangoo...tak pulak masuk simpang ke Muazzam...tak lak tanyao jugok.Mulut yang ramah ni diam pulak..sampaila lalu ke pasoh 1, pasoh 2, kg Cemomoi suma bagai, diri ini pun terlolap..Sedar2 ada kat pekan Karak.Mohla singgah makan dulu yooo...Rupo-rupo ei kawan den ni punyo kawan...yang drebar bi tadilah..tak tau amek jalan nak ke Pantai Timurr...huahuahuahua haazzzaaaabbbb mak nakkk..Apo tak kobar dari tadi,,,,?Lopeh makan toghus den suruh dio naik highway dalam lima minit je dari pekan Karak...hazzzaabbb.....

Tujuan pergi pun meneman kawan a.k.a ustazah anak-anak ke Darul Naim atas urusan pendaftaran anaknya ke Unisza.Sampai sana jam 6 am (berpusing kato kau garo2 drebar ni x tahu jalan) selamat sampai Alhamdulillah.Singgah sebentar di rumah cikgu Musa tumpang mandi dan solat a.k.a sarapan pagi.Terima kasih Tuan rumah.terus ke Unisza buat urusan segala bagai...dah selesai Agenda seterusnya adalah...sopping mopping..Setakat beli kopok jer...yang diborong bagai nak rak ialah satar. Buntang bijik mata menghabiskan. Satar yang ada kat Seremban ni terus terang cakap ...Tak Sodap!!

Dah selesai soping terus ke Kuantan, satu hal lak kat situ mencari arah ke Gambang. Sabor jer mak...Selesai suma bagai balik ler ke Seremban, samapi balik dalam pukul 1 pagi...Kerja gila namanya..Lotih mak nok!!

***Kami bawa keta gilir-gilir...Ayah oo ayah jangan marah noo...!!!hehehe..saja teman kawan ni sian dia ibu tunggal!!
Ayah pulak kata kalau dia tahu aku pergi n drive...dia x bagi pergi..sebab dah tahu camtu aku dah sampai baru infom dio...huhu....ampuunnnnn

June 2, 2011

Kifarah II..Ujian ALLAH datang lagi...

"Sabarlah puan ye..berubat ni jangan putus asa.Allah bagi penyakit ni sebab DIA sayangkan kita.Sekadar menguji ketaatan hambaNya.Jangan putus wuduk dan cubalah baca Al-Quran..tak banyak sikit pun jadilah..Insya-Allah...sembuh"

Terharu..terharu dengan kata-kata ustaz. Pada takdir yang menimpa, kita susah untuk redha. Ujian yang datang, sabar tiada. Jiwa menderita. 
“Ya Allah tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu, dan mentaati-Mu.”

***ustaz mujur pantang mu itu tak termasuk ayam dan telur..kalau tidak...ributtt...*** 
***wajib daku kuatkan lagi semangat***

May 24, 2011

Tazkirah kematian buat sahabat...Azie

Apabila Tiba Ajalnya, Takkan Ditangguh Lagi
“Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai segala yang kamu kerjakan.” (Al-Munaafiquun: 11)
Semalam saya mendapat khabar dari ruang laman sosial.Seorang sahabat telah pergi menemui Ilahi di subuh yang hening kerana serangan jantung.Alfatihah buat arwah Ainudin bin Ismail.
 

Menetap di Yan, Kedah. Meninggalkan seorang balu Noraziah Jantan dan 4 orang anak.Sayu dan hiba rasa dihati kerana mereka suami isteri pernah belajar bersama saya semasa di MARA kedah. Banyak kenangan pahit manis dilakar bersama.Tiada kudrat dan kemampuan untuk saya menziarahi keluarga yang di tinggalkan.hanya doa yang mampu saya kirim.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diangkat olehNya bersama-sama orang yang beriman.

Kematian  ini  haruslah diambil pengajaran . Renungkanlah ayat terakhir surah Al-Munaafiquun. Allah telah tegaskan, bahawa tatkala tiba saat kematian, takkan terlewat sedikitpun. saya sendirientah bila akan pergi. Sebentar lagi? Besok? Minggu depan? Bulan depan? Atau mungkin beberapa saat lag.Wallahuaklam.
Tazkirah kematian

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan
berkata-kata dan seluruh isi alam sama
ada di langit atau bumi akan
mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh
berkata : "Wahai orang yang
memandikan, aku minta kepadamu kerana
Allah untuk melepaskan pakaianku
dengan perlahan-lahan sebab pada saat
ini aku beristirahat daripada seretan
malaikat maut". Selepas itu, mayat
pula bersuara sambil merayu : "Wahai
orang yang memandikan, janganlah
engkau menuangkan airmu dalam keadaan
panas. Begitu juga jangan menuangnya
dengan air yang dingin kerana tubuhku
terbakar apabila terlepasnya roh dari
tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi
merayu :"Demi Allah, wahai orang yang
memandikan jangan engkau menggosok aku
dengan kuat sebab tubuhku luka-luka
dengan keluarnya roh". Setelah dimandi
dan dikafankan, telapak kaki mayat
diikat dan ia pun memanggil-manggil
dan berpesan lagi supaya jangan diikat
terlalu kuat serta mengafani kepalanya
kerana ingin melihat wajahnya sendiri,
anak-anak, isteri atau suami buat kali
terakhir kerana tidak dapat melihat
lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia
berpesan : "Demi Allah, wahai
jemaahku, aku telah meniggalkan
isteriku menjadi Balu. Maka janganlah
kamu menyakitinya.Anak-anakku telah
menjadi yatim dan janganlah kalian
Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada
hari itu aku telah keluar dari rumahku
dan aku tidak akan dapat kembali
kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada
pengusung, sekali lagi diserunya
kepada jemaah supaya jangan
mempercepatkan mayatnya ke kubur
selagi belum mendengar suara anak-anak
dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak
tiga langkah dari rumah, roh pula
berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai
saudaraku dan wahai anak-anakku,
jangan kamu diperdaya dunia
sebagaimana ia memperdayakan aku dan
janganlah kamu lalai ketika ini
sebagaimana ia melalaikan
aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa
yang aku telah aku kumpulkan untuk
warisku dan sedikitpun mereka tidak
mahu menanggung kesalahanku". "Adapun
didunia, Allah menghisab aku, padahal
kamu berasa senang dengan keduniaan.
Dan mereka juga tidak mahu mendoakan
aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah
mengenai mimpi beliau yang melihat
kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu
keluar dari duduk di tepi kubur masing-
masing. Bagaimanapun tidak seorang pun
ada tanda-tanda memperolehi nur di
muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi
Qalabah dapat melihat jirannya juga
dalam keadaan yang sama. Lalu dia
bertanya kepada mayat jirannya
mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat
itu menjawab: "Sesungguhnya bagi
mereka yang memperolehi nur adalah
kerana petunjuk drpd anak-anak dan
teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai
anak-anak yang tidak soleh dan tidak
pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu,
Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam
itu juga dia memanggil anak jirannya
dan menceritakan apa yang dilihatnya
dalam mimpi mengenai bapa mereka.
Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran
itu berjanji di hadapan Abi Qalabah
akan mendoa dan bersedekah untuk
bapanya. Seterusnya tidak lama selepas
itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi
melihat jirannya. Bagaimanapun kali
ini jirannya sudah ada nur dimukanya
dan kelihatan lebih terang daripada
matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang
itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil
dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua
telapak kakinya sehingga sampai
kelutut. Setelah itu datang pula
sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai
ke perut dan kemudiannya mereka
keluar. Datang lagi satu kumpulan
malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke
dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan
akhir sekali datang lagi satu kumpulan
malaikat masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong
dan itulah yang dikatakan saat nazak
orang itu."
*** Semoga Azie akan terus tabah membesarkan anak-anak.. 
***daku teringat arwah mak. Bonda tercinta.memang daku sentiasa teringat...nak nangis..nak nangiss...boleh x...nak nangis jugaakkk...rinduuuuu***

May 19, 2011

daTin yAnG OhsEm....

Semalam saya ada date dengan seorang datin di butiknya.First Impression saya mengatakan 'cam kerek jer' ketika mula-mula menghubunginya. sebab tu lah keluar pepatah omputih 'DON'T JUDGE THE BOOK BY IT COVER'.

Asal urusan saya adalah melalui staf beliau (mungkin!). Setelah berbalas message dan deal pun dah dibuat si jack sparrow tu menyuruh saya menghubungi datin B. ah ! sudahh...sapo pulok dio ni...?Akhirnya barulah saya tahu yang empunya butik itu adalah datin B dan jack sparrow ni sebagai orang tengah sahaja...


Takpalah,jumpa sajalah. Lagi pun hari rabu hari biru hari yang sangat elok untuk make a deal!!tak caya..? tak caya sudah...!!

Sampai di kedainya..ouhh awesome...cantiknya butik..Saya perkenalkan diri kepada staff beliau. Then saya terdengar satu suara di celah-celah kain..

Ouh...Hainy ye...come dear come mari masuk terus pejabat akak..Cantiknyaaaaaa........Lemah lembut lagi..(Salah dah impression aku tadi..!)

Rajinnya dia bercerita...macam-macam..Pendek kata tak banyak songeh..Sonang den.Agak terharu dan kagum mendengar kisah bagaimana dia convert ke Islam pada usia 19, dihalau keluarga, melarikan diri ke benua eropah untuk sambung belajar, scholarship tak cukup buat part time basuh pinggan mangkuk, selepas 7 tahun Islam baru mendirikan rumahtangga dan akhirnya keislamannya diterima oleh seluruh ahli keluarga...sangat tabah.

Tapikan...saya dok pandang jam ..tik.tok..tik.tokk..urusan tak selesai, lunch time hampir tamat...huhu..jauh ni nak kejar balik ke opis...

Antara kata-kata dia yang sangat terkesan di hati:
~ Tak salah kalau kita minta maaf walaupun kita tak bersalah..No harm..sebab orang akan lebih menghormati kita.(dio slow talk ngn setap ei suh apologise to somebody walau dio tawu setap ei x salah!!Cakap elok2 ye sayang...)

~ Rezeki yang kita dapat bukan semua untuk kita...untuk mak...untuk ayah...untuk adik beradik dan orang keliling...Jangan takut besedekah..Lagi luas rezeki kita...(ini memng saya pegang dr dulu)...

Macam-macam dia bercerita sambil mata saya senget melirik ke arah jam..lebih masa dah ni.Disamping tu saya menunggu beliau mengisi beberapa borang yang perlu ditandatangani..At last ...selesai juga...deal juga..Alhamdulillah..Tapi Datin B..kamu memang ohsemlah..sangat kagum dengan kamu..

**lunch ni kena g blik butik dia, ada beberapa dokumen yang perlu diambil.

**berhajat nak belek baju di butik kamu..hari ni bawa frens..semalam malu dan cemas..

May 16, 2011

Rasa Heaven idup atas tajaan...57th. ROYALTY CONVENTION

57th. ROYALTY CONVENTION 
...Today Malaysia Tomorrow The World..Sunway Resort, Hotel & Spa

Semalam 15.5.2011 saya berkesempatan menghadiri majlis pemberian ROYALTI Alpha lipid di Sunway Resort. Apa yang dapat saya katakan adalah...teruja..teruja...teruja...melihat kejayaan orang lain. Harap ia dapat menaikkan semangat dan menjadi sumber inspirasi untuk saya lebih maju dan berusaha.

Kita ni kan manusia yang adatnyalah semangat itu ada pasang surutnya.terima kasih kepada penaja...ceeewaaahh..penaja ngko...Puan Norazizah dan En.Zahri..Dua insan yang tak pernah putus semanngat.Kagum saya.Ouhh...dalam hati..kalaulah aku daapaaatt...cuba...cuba..untuk this coming November punyer royalti..x dpat beg..uncang jadi lerrr.....

Disamping majlis pemberian royalti ini..dilancarkan juga produk terbaru alpha lipid..Sangat seswai untuk mereka yg berjaga atau bekerja hingga lewat malam,sebab bila minum susu ini sebelum tidur, kita akan merasa segar keesokkanya seolah tidur mencukupi 8 jam..sebab apa?...susu yg terpilih ini membawa kita ke tidur yang sangat lena..bak kata omputih semalam 'deep sleep'.Yang penting..produk ini akan dilancarkan ke USA dimana negara itu akan duduk dibawah MALAYSIA...Bangga mak naakkk...Ko doakan yo lah mak ni..

Ramai juga delegasi negara luar yang datang seperti Taiwan, Peru, USA, N. Zealand, Turki, Saudi Arabia..Itu jer yg mak ingat!!Majli ini telah dihoskan oleh Mr. Halim Othman...alaaa...Dj radio tu..!!Mak pun dapat salam peluk cium dengan millionaire2 yang berjaya, taking-taking the picture and mak jumpa dengan Norish Karman..Canteekk...

 
Ambik aura duit royalti yang orang menang..sok-sok mak pulak punyerr!!!

Tengok orang lain berjaya terbit rasa cemburu.Tapi cemburu ni positif sebab ia menggerakkan lagi semangat untuk berjaya macam mereka juga.Nak juga rasa sarung selempang merah ke,biru ke,nk lagi best... kuning..
Lepas ni dapat duit gaji keluarkan semua pas tu kita tidur golek2 atas katil dengan duit tuh...semoga Aura tu cepat datang...Aminnn

Sesiapa rasa nk bertanya tentang produk alpha lipid ni hubungi lah mak ni...hainy 013-3297204
Seribu satu khasiat didalamnya..Mak kena denggi ari tuh..lepas minum..aku bedal jer sampai ober dos...besok tu platlet dari 17 mencanak naik 40...Selera terus ada..wangi jer sup ketam tuh!!!

Alpha lipid- 
supplement tuk body, sangat miracle tuk semua jenis penyakit kecuali...mati..

SDII - ha...ni baguss bgi sapa yg nak kuruss...nak diet..

Bio- Rejuv - opkos la klo nak cantek macam mak..produk kecantikan..

K29 - sangat sesuai tuk yang berkerja berat, gunakan banyak tenaga, ahli sukan dan sebagainya....pssttt..tu isteri daud soya kt ampangan tuh pun minum sama husban dia...tu dia...tenaga yang 'gitu-gitu' tu pun meletop...

Sleep time - ni produk baru. semalam lancar,klo sempat tidur dua jam pun memng ok lah..peh ni u oll g la cuba risik kt halim othman ke..mahadir lokman ke..(pepandaiii jer mak kann...)

Apapun heaven la rasa  dapat joint konvensyen n royalti ni..heaven. kena taja lagi..pas tu pak dan mak aji pun ada..yg berpurdah pun ada..jangan memainnn...seluruh malaysia hadir!!


P/s: mak cuma tak suka dia punya show ajer, harus komplen ni..penari tah pape...psstttt...tak malu mak nak cakap ni, pakaian depa ang nak taw...tinggal bra ngn sependar jer...cober ngn ropol2..perghhhhh...


May 6, 2011

Keramatnya DENGGI

Ouhh tidak..saya nasihatkan janganlah korang ada yang berangan nak rasa apa itu DENGGI..

Nyamuk hampeh gigit orang tak tengok-tengok..Seksa teramat ku rasakan. 10 hari bertapa di wab 5B HTJS .Lu nyamuk nak cucuk pun cucuk la boss gua ke..lu cucuk gua nape?Sampai hari ni tau gua pening-pening, bayang-bayang, selera pun meragam tak tentu hal.Kaula punya pasal nyamuk! Durjana betul!!

Lu ingat nyamuk gua duduk kat sepital relex-relex katak ke?Lu cucuk gua 1 liang ajer, tapi doktor cucuk gua berliang-liang, lebam-lebam tau tak?tak sekolah punya nyamuk!!

Habis satu badan gua sakit-sakit tau x? mata gua ni...aduiii...macam kena oprate.Gua muntah, gua cirit, atas bawah keluar seksa lorr..gua tumbang tau kat pintu tandas, nasib itu misi nampak gua tau... kalu tidak lain punya hal pulak timbul..memang gua seksa la soploh hari kat sepital..Baru nak lelap , doktor datang cucuk, baru nak lelap da hambek suhu...Suhu gua plak tak reti-reti nak turun..38-39, 38 -39.90..Gua punya platlet sampai jatuh 17 tau x?lu punya pasal la nyamuk!!Balik rumah pun lu ingat gua boleh tido ka puas2? sampai ini hari aaa...badan gua sengal lagi tau-gatal-gatal asyik nak bergaruk....

Doktor pulak kasi gua MC 1 hari ajer..nak x nak gua kena pergi kerja tau...opis gua dr hari tu dok telipun tnya macam-macam barang kat gua..Gua baru tumbang pun masih dapat kol dari opis..Kat opis pun  gua bengong lagi tau.Ayah gua marah gua pergi kerja, tapi gua x ble tahan la...gua ingat sangaagggttt sama bos gua yang h....aaaa.....mmmpeehhhh tu...!!

Lu ingat aa nyamuk lain kali lu mau cucuk...lu cucuk sama itu bos atau lu cucuk bini dia..!!ingat tuh!!!



P/s..Thanks mak dah bagi gua sup ketam, Ayah n makcik yang banyak bagi ai buah and sekot di saat i tak lalu mau makan..

April 12, 2011

Kuah tumpah ke Nasi atau Alas Meja..?

5 April lepas saya berkesempatan menyaksikan perlawanan bola jaring peringkat daerah Seremban 1 yang telah diadakan di Center Court Paroi Jaya..

Fatin mewakili pihak sekolah dibawah kategori 15 tahun. SMA Nilai juga menghantar wakil bagi kategori 18 tahun.Fatin...berposisi 'center'..seperti saya dulu dan sekarang...still maintain lagi tawww..harus lincah dan bertenaga..


Walaupun kemenangan tidak memihak untuk mereka, namun semangat juang yang mereka tonjolkan amat saya kagumi kerana mereka tidak gentar bersaing dengan pasukan lawan yang hebat-hebat belaka seperti SMKA SHAMS, Tunku Kurshiah College, etc.Terimbas kembali kenangan di zaman sekolah dulu.Saya memang pencinta bola jaring kipas susah mati.Hidup bola, makan bola, tidur bola segalanya bola..Sekarang tumpah pula pada anak.

Pesan saya pada Fatin jangan sampai terabai pelajaran. Apa yang saya nampak memang dia bersungguh mengekalkan prestasi pelajaran. Subjek A kekal A, B naik A, C naik B..sebab dia tahu apa implikasinya kalau pelajarannya merosot. Saya akan mengharamkan terus dari menyertai sebarang acara seperti yang terjadi pada Alif. Pelajarannya tidaklah merosot malah meningkat. Saya mengarahkan dia keluar dari pasukan bola baling dan jangan lansung menghadiri sebarang latihan kerana disebabkan latihan bola baling, keesokkanya badan lesu, penat lansung tak nak sekolah.



Apa-apa pun...saya bangga dengan pencapaian anak-anak saya.


p/s : Pelan cadangan surau sekolah SMA Nilai sudah saya siapkan dan serahkan pada guru..  Alhamdulillah..lega...pepandai jer interprem ye anak2....

April 1, 2011

ApRil FooL...Jgn Ikut MeNoNonG....


 Masa kat sekolah dulu bila time 1st April selalu kena april foollll dengan kengkawan.Pas tu kita pun carila idea nak kenakan orang lain pulak..Seronok kenakan orang.Tapi itu dulu...zaman jahil..i mean tak tahu..

Bila umur da meningkat, banyak bahan ilmiah dibaca, banyak kuliah agama dihadiri barulah tahu apa april fool tu sebenarnya...Ouuwwhhh sedehnya...jahilnya saya dulu...Mari kita selami sedikit kisah dibawah ini

 Sambutan  April Fool yang diraikan kita  setiap tahun sebenarnya adalah 1 propaganda hina bangsa kafir ini sebagai mmperingati kejayaan mereka membunuh puluhan ribuan nyawa saudara islam kita yang telah ditipu semata2 untuk mendaptakan perlindungan mereka setelah keruntuhan kerajaan islam di Sepanyol yang kerana ditakluk oleh tentera Kristian.

April Fool's Day mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang - orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan,telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka telah membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.

Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang  menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja diSepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Mudah-mudahan dengan perkongsian mengenai fakta sebenar
April Fool Day ini akan menyedarkan kita semua.diharapkan anda akan berkongsi kepada rakan, sahabat taulan untuk renungan bersama.

March 24, 2011

About pain again..1

But what happens when we’ve done all the necessary things and still we have been hurt or wronged by others – as will also inevitably happen? How can we do what is the hardest? How can we learn to forgive? How can we learn to mend our scars and continue being good to people, even when they are not good to us?

How...?