Perjalanan masih panjang.Menagih seribu pengorbanan.Ku bersyukur atas kesempatan yang Kau berikan ya Allah..Tiada kemenangan berkat pertolonganMu ya Allah.
Firman Allah Taala bermaksud:
"Alif Lam Mim. Apakah patut manusia menyangka bahawa mereka (hanya) dibiarkan (sahaja) berkata: Kami telah beriman sedangkan mareka belum diuji."
(Surah al-Ankabut: Ayat 1-2).
Musibah dan dugaan ini pasti akan datang samada terhadap harta benda ataupun diri sendiri. Ini bertepatan dengan firman Allah Taala bermaksud:
"Demi sesungguhnya, kamu pasti akan diuji pada harta benda dan diri kamu."
(Surah ali-Imran: Ayat 186).
Firman Allah Taala lagi bermaksud:
"Demi sesungguhnya, Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan, dan kekurangan dari harta denda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikkan dari Tuhan mereka serta rahmatNya."
Maka sesungguhnya untuk mengekalkan tahap kewarasan saya dalam menghadapi saat-saat genting ini..saya memerlukan elemen-elemen yang mengarut untuk dicernakan...
Semoga Allah Selamatkan..
**Siang dan malam doa tak putus..Aku memohon pertolongan Mu ya Allah Janganlah ditinggalkan aku bersendirian walau hanya sekelip mata...
Surat cinta tertua di Dunia yang pernah ditemui berasal dari sekitar tahun 2200 SM di lembah Niffer 150 km dari kota Baghdad, Iraq. Penemuan ini berdasarkan penggalian arkeologi sekitar tahun 1889 oleh Noah Kramer ,Profesor dari Philadelphia University
Pada awalnya ahli arkeologi menemui sekitar 70 ribu artifak berbahasa Sumeria yang pada ketika itu masih belum boleh diterjemahkan erti dari bahasa tersebut.
58 tahun setelah penemuan tersebut, sumerologi (ahli bahasa Sumeria ) terkenal didunia yang bernama Muazzez Longsor dan Hatice K?z?laybu cuba menterjemahkan maksud yang terkandung dalam artifak tersebut.Artifak tersebut berbentuk seperi plat diperbuat dari batu.Bila melihatnya,kita tidak akan tahu maksud dan erti tujuan tersebut. Sejarahnya bermula apabila surat dalam berbentuk artifak itu dibuat oleh seorang pendeta tinggi (High Priest ) bangsa Sumeria bernama Inanna yang ditujukan kepada Raja yang juga suami pada malam pernikahan mereka.Sudah menjadi tradisi bangsa Sumeria bahawa pada ketika malam pernikahan si isteri akan membuat puisi cinta untuk si suami.
Dibawah ini terjemahannya dari Sumerologi orang Turki ke Bahasa Inggris adalah seperti berikut:
Bridegroom, dear to my heart, Goodly is your beauty, honeysweet, Lion, dear to my heart, Goodly is your beauty, honeysweet. You have captivated me, Let me stand tremblingly before you. Bridegroom, I would be taken by you to the bedchamber, You have captivated me, Let me stand tremblingly before you. Lion, I would be taken by you to the bedchamber. Bridegroom, let me caress you, My precious caress is more savory than honey, In the bedchamber, honey-filled, Let me enjoy your goodly beauty, Lion, let me caress you, My precious caress is more savory than honey. Bridegroom, you have taken your pleasure of me, Tell my mother, she will give you delicacies, My father, he will give you gifts. Your spirit, I know where to cheer your spirit, Bridegroom, sleep in our house until dawn, Your heart, I know where to gladden your heart, Lion, sleep in our house until dawn. You, because you love me,
Give me pray of your caresses, My lord god, my lord protector, My Shu-Sin, who gladdens Enlil’s heart, Give my pray of your caresses. Your place goodly as honey, pray lay your hand on it, Bring your hand over like a gishban-garment, Cup your hand over it like a gishban-sikin- garment.
Pada ketika korang baca entri ni, aku berada di sebuah tempat yang ku rasa kelam...
On a more personal note,
Terima kasih kepada Mak (yang mengandungkan kita selama 9 bulan lebih) dan ayah kerana menjaga, membesarkan dan melayan karenah bukan-bukan kita selama 35 tahun ni.
Selamat Hari Lahir Kepada Diri Sendiri!
— * juga tak lupa pada adik ku sabri..selamat hari lahir kepada dirimu jua
setiap hari dilihat lebih jelas erti makna kehidupan.
Ayah bekerja siang malam tanpa jemu,
tanpa disedari senja telah bertemu,
tapi ayah tak mahu berhenti di situ,
ayah terus berbakti untuk keluargamu.
Walau susah tugas yang diamanah,
diserta caci-maki, umpat dan fitnah,
tapi ayah teguh, tiada keluh, tiada resah,
hanya angkat tangan, pohon doa, pohon rahmah.
aku harap ku macam ayah satu hari nanti,
tiada yang lain di hati selain anak dan suami,
cinta yang tak kan hilang sampai kiamat nanti,
terus kita semua kan menghadap Illahi.
Ayah,
puisi ini terhenti kerna kertas ku telah basah,
mungkinkah kerna ku terkenangkan ayah?
terkenang lagi kisah mak dan ayah,
moga dipanjangkan umur ayah...... InsyaAllah.
Centa....
Lelaki..ku....yang dicintai kerana Allah..
Bapa kepada anak-anaku..
Tanpa keizinan dan pengorbananmu..
pasti aku tidak mempunyai apa-apa..
Kamu adalah keindahan dari segala keindahan
Antara bunga-bunga batu pualam...
Hidup bersamamu keindahannya mendalam
Lewat petang kelmarin saya berkesempatan melawat sahabat saya "ririn",sebelum dia pulang ke Sabah bersama bondanya.. serasa terlerai jua satu beban yang amat saya rasai sebelum ini kerana tak pernah berkesempatan melawat bondanya yang sering saja sakit..
"Mama beria-ria sangat ajak balik kak"
Pulangla rin bawa mama tu..dia rindu dengan setiap ruang kosong yang ada di sabah tu rin.Kalau dia pergi dipanggil Ilahi, tertunai juga hajatnya.Bukan itu yang diminta tetapi memandangkan keadaan kesihatan dia yang merosot sejak akhir-akhir ini, kemungkinan 'itu' bakal berlaku..Ia...Ajal maut di tangan tuhan...
Sekiranya masih ada nyawanya lagi... Syukurlah mungkin Allah masih memberi kesempatan untuk kalian membaiki apa yang sudah terosakkan....
Alhamdulillah ririn menerima dengan baik saranan saya untuk membawa dia ke psikiatri..Almaklumlah...perkataan itu...
Insya-Allah pulangnya dari Sabah nanti kami akan usahakan apa yang patut..
Pagi tu...pagi senayan. Omak ngan abah den tak do kek ghumah.Poyie motong gotah kek kobun gotah.Tingga la den..uwan dean...ngan adik den yang umor lapan tawun kek ghumah...
Tetibo...dapor ghumah jighan den molotuup....!!!Habih piuk belango ngan kuali ei tohumban kek pintu paga.Uwan den yang tongah ngojoan kekabu tu...dek tegamang ei dio...habih bijik kekabu tu di teghajang ei....Lobeh segonggam kekabu tu di kunyah ei...
Den ngan uwan den berkojar la nak nolong jighan den..Umaaangggg aaiii....api bapak moyang la bosa eii...jangankan nak nolong nak di dokek an pon paneh berdontang..tak di tolongkan jighan...di tolongkan...awak lak yang moda...yo tak yo...den ngan adik den bertinggung yo la kek pintu paga nunggu an api padam..Jighan den tu tah apo la koba an..kok idup ado lah...
Tak lamo tu...jighan den pon balik..ghupo-ghupo eii dio g nengok anak ei tangkap ikan kek bonda.. Den apolayie berkojar la kek dio nak kobar an dapor ei terbakar.Tak di apek an kek dio...Suko bonar lak anak ei dapek ikan bosar...polak nyawo den..
Yo tak yo...den pon balik la ghumah...kojap tu...den dongar jighan den meghaungg..baghu peghasan la tu...agak ei dio nak masak ikan yang dio dapek tadi..negok dapo ei da hanguih..kok dio datangn ghumah mengadu kang..mau den ghembat dio...pueh lak kito kobar an tadi..
Tu la citor sedehano ngoghi yang den nengok...tapi tu pun da lamoooo...maso den kocikk..tu pun uwan den yang citor an...'KOK MONGAK UWAN DEN...MONGAK LA DEN SKALI....
Writing is my PASSION. Writing is my BLOOD. But i am not here to propagate contentious issues. Rhetoric is never my forte. Besides being my predominant means in retrospectively narrating my daily encounters, this blog is also my primary avenue to share my deepest and erratic insights with my friends, enemies, and myself. It's a self-reflection tool used to unveil my genuine feelings about numerous life circumstances, especially the ones that i feel are invidious, but simply could not be poured out verbally by the secretive ME.
Saya...hainy..adalah pengedar bebas Alpha Lipid Lifeline yg berdaftar dgn New Image International.ingin membantu orang ramai mengekalkan kesihatan dan mempertingkatkan kewangan mereka. Manfaatkan waktu sihat anda.Sila hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan. Kami bersedia membantu anda.
Talian : 013 3297204
Email saya: hany_dotcom@yahoo.com.my