December 30, 2009

Aku dan...... jahitan

Apa......?
Aku da mula menjahit? Ha...ha...ha....peace...ya...itulah sebenarnya yang berlaku.
Azam baru di Maal-Hijrah. Sebenarnya keinginan itu timbul selepas perginya bonda tercinta. Mesin itu tidak lagi berbunyi. Seakan terbiar.. Setelah aku dilanda kebosanan yang amat
(al-maklumlah teman bergossip tiada lagi)..
Ilham itu tiba-tiba timbul.. Why not aku try menyudahkan jahitan alas kaki mak yang terbengkalai... Mula-mula agak takut-takut juga.. tapi sekarang aku dah dapat rentaknya... Sukanya haaaatiii..... Keazaman itu bertambah kuat lagi apabila terasa mahalnya membeli pakaian sekolah (baju kurung Fatin) Selalunya kan free...Arwah mak yang jahit.. Beli kain ela bukannya mahal..
eleh...kekadang kain pun free..... So...dengan bantuan kakak ipar yg memang pro bab menjahit.. aku memulakan langkah pertama belajar selok belok menggunting kain... pening jugak...menggunting ni rupanya ada calculation juga.. ingat kira besi jer... Itulah dulu masa mak ada..manja...mengada2...berkali mak suruh belajar... Sebenarnya bakat tu ada cuma....M.A.L.A.S (Selalu aku cakap...masak tak pe..jahit...no.no...no..rela ngadap drawing dari jahit...) Buat pertama kalinya awal dinihari tadi sekitar jam dua aku bangun menjahit..mencantumkan pakain yang dah siap digunting... (apalah kau ni...memekak jer tengah2 malam) Alhamdulillah.....berjaya...sukanya hati... seronok...seronok... (Petang ni nak pergi cari kain cotton lagi...latihan kedua..)

December 22, 2009

Ulangtahun kelahiran...Lailatul Fatihah

20 Disember 2009...

Hari ulangtahun kelahiran yang ke..2.(bersamaan genap 40 hari kehilangan nenek tercinta)..Sambutan yang ala kadar. Ibu tidak berminat menyambutnya secara meriah...Hanya membawa anak-anak berkelah di Ulu Bendul..Bisakah membuang rasa bosan yang bertamu di hati anak-anak.

lihat itu...comel bergaya tiap kali photo diambil...

Masih teringat lagi seperti masih baru melahirkan Laila.Pagi raya Aidil-Adha.Alhamdulillah dipermudahkan Allah saat kelahirannya.Tak sampai setengah jam selepas air ketuban pecah..Laila dilahirkan disisi ayah tersayang..(alhamdulillah semua anakku begitu..dipermudahkan Allah)..Tapi di uji jua oleh-Nya..ibu tumpah darah saat mahu ditolak ke wad.Kembali semula ke bilik bersalin dan dikuarantin selama satu hari..

Sedar tak sedar sudah dua tahun ibu melahirkan Laila..Selamat hari ulangtahun kelahiran.Semoga menjadi anak yang solehah dan sentiasa menggembirakan hati ibu yang mudah rapuh ini...kerana ...anak-anak ibu adalah belahan jiwa...

December 17, 2009

Sayang awak....

cuba mengait yang itu..
terlalu jauh..
terlalu
tinggi..
kadang tergenggam..
kadang terlepas..


memori itu..
tika itu masih bertatih..

kau lepaskan tangan..

terduduk aku terkapai..


toleh kiri dan kanan..
kelamnya pandangan..


tuturmu masih bergema..
kucupmu masih hangat..
belaimu masih melena..
renungmu masih menusuk..

kau takan pernah hilang..

ku daki hidup dengan bekal azimat..
ku capai ku genggam erat..
ku peluk rapat..
kau srikanda di jiwa..

cinta ini tulus suci..
tidak ada galang ganti..
darah yang mengalir..
darah pejuang hakiki..

kau tet
ap di hati..
dari anak mu yang nakal...

Wahai jiwa...

(.....Tawakallah pada Illahi......)

(Pada NYA kita berserah dan membuat pengaduan! Juga membuat pergantungan dan memohon petunjuk! Pada manusia biasa, untuk apa diikuti TELUNJUK !! Hati terluka sekejap sahaja. Lepas tu boleh lah dipujuk!

Biarlah Pergantungan Pada Allah jua. Kekal dan
Abadi selama-lamanya.....)


(crying is...ok here....)

Ahlan..Ya Muharram

AWAL MUHARRAM (DOA akhir & awal thn)

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"




DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

December 16, 2009

Ikhlaskah...aku?

Iya...kenapa ya....

Sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi..di tengah-tengah estet getah selepas felda LBJ...ada sepasang warga emas menahan my turbo..dari jauh ku ingatkan eksiden..rupanya kereta pasangan ini kehabisan minyak.

Tiada siapa yang ingin menghulurkan bantuan..Sebagai warganegara yang prihatin...Aku dengan perasan yang seolah-olah tak berperasaan tanpa banyak bicara sudi membantu pasangan tua itu..Mana ada stesyen minyak yang terdekat kat tengah-tengah estet tu..dan susah nak cari orang yang sudi berpatah balik.Jauhnya jarak stesyen minyak tu ku andaikan begini...isi minyak RM10 pergi balik dr stesyen minyak ke tempat kejadian kosonglah tangki..Hari ini aku bersendirian pula tu..my en.soami bercuti..bergilir jaga anak..

Mmm...kerana yang menahan itu warga emas..aku tak rasa cuak untuk membantu...Bagaimana kalau yang menahan itu orang muda..dan kalaulah kejadian itu terjadi pada diri aku...ada tak orang yang sudi membantu?..rasanya aku sendiri takut untuk meminta bantuan..sebabnya tak perlulah nak dihuraikan panjang lebar..Sendiri faham sudah...!Arwah mak selalu marah kat aku sebab kalau aku ni menolong orang tak beringat.macam welfare.Ayah cakap nanti makan diri..nanti jadi musuh!Dan sememangnya kata-kata mereka itu benar belaka..mengikut nombor pada tarikh lahir..no.7 dan 1 yang ada...aku berisiko untuk di tipu..memang pon!!!dan nombor 2,9, 7 yang ada kalau aku buka bisnes..akan maju...dan kalau aku bekerja dengan orang..aura yang ada tu membantu bos aku untuk maju..memang pon!!!(ewah2...larik topik nih!)percaya sangat tidak..tapi kursus mengenal diri melalui tarikh lahir ni amat membantu...(promote pulak!!)

Sampai pula di stesyen minyak..puaslah pulak nak mencari tong...Akhirnya terpaksa beli air mineral 5L dua botol.Selesai masalah..Patah balik ke lokasi kejadian..Aku terpaksa hantar pasangan tu semula kerana tiada teksi yang boleh jadi mangsa...dan mereka pun tak ingat kat mana kereta berhenti...(dalam hati....waduhhh...gawat...)

Aku hangat dengan perangai orang Malaysia ni...dahla tak membantu orang yang kesusahan..tengah terkial-kial isi minyak dalam tangki dengan penuh bergaya...asyikla membunyikan hon..dah nampak dari jauh tu slowlah kereta tu...bodohh..kalaulah tangan aku ni elastik macam kartun plastikman tu..memang aku tampar driver-driver sengal tuh!!Aku ni pun mempertaruhkan nyawa sebab kereta pasangan itu terhenti ditengah jalan...

Makcik dan pakcik tu beruntung sebab yang ditahannya aku.....so ofis aku tak da punch card kalau lewat...dan aku terus meng'sms' member memberitahu keadaan..dan bos pun cap ayamm...(ampun bosss)...Sepanjang perjalanan ke ofis aku masih lagi terfikir seandainya aku di tempat mereka tadi..dengan kredit telefon yang dah tinggal ciput!!

***nampaknya terpaksa ganti 1 jam yang da terambil...berkat..berkat...hajat hati nak balik awal...

December 8, 2009

Genap sebulan


Hari ini 9/12/2009, maka genaplah sebulan mak pergi meninggalkan kami..

Tak pernah satu hari pun diri ini terlupakan mak.Seperti ternampak-nampak kat mata ni..mak duduk dalam bilik...duduk kat mesin jahit..jahit alas kaki...dan kiter duduk di tepi kaki mak..borak2 gossip2...rindu ini seakan tak bertepi.

Hampir setiap hari (kalau tak hujan), kiter datang jengok mak kat makam.Ayah dan adik2 pun selalu jengok mak.Mak dah ramai jiran -jiran baru.Kiter harap mak tenang kat sana..Pagi tadi kiter datang tengok mak lagi..Hati kiter sangat-sangat sedih.

Kiter memang sangat2 rindukan mak..Kiter tahu ayah pun sunyi..sebab tu kiter hari2 balik sana. mak jangan risau... Fatin, Alif dan dik lang ada teman kan atuk.Hari khamis ni Fatin ada interview kat sek.agama nilai..Mak mesti suka Fatin nak masuk sekolah agama.

Mak....
Kat ofis pun kiter rasa sunyi sebab mak dah tak telefon kiter lagi..Telefon kiter pun da lama tak panas.Dulu, kalau mak berborak dengan kiter..telefon kiter mesti panas. kawan2 kat ofis selalu gelakkan kiter..Dulu...ada saja berita terkini...cepat2 mak telefon..Mak faham sangat kalau kiter kata.."mak...line tak clear la..."(bos kiter yang shumel tu ada kat opis...)...masih ingat lagi sabtu terakhir sebelum mak pergi kiter berbalah dengan mak pasal akhil khay...sangat kelakar masa tuh.!!mak sememangnya penyokong tegar si ustaz itu..

Mak..

Entah kenapa dari malam tadi hingga hari ini sedih kiter tak putus-putus..Mungkin kiter da tak da kawan nak berborak macam dulu...Mak selalu dengar luahan perasaan kiter..Hmmm....mungkin jugak sebab ayah tak berapa sihat sejak akhir-akhri ni..Kiter sangat risau.

Mak...
Semoga roh mak tenang di alam sana.Mak pergi meninggalkan nama yang baik.Insya-Allah mak akan sentiasa dikenang.


November 23, 2009

Gambar ado-ado sajo...

Meh kita layan gambar-gambar yang sempat di'snap' sewaktu hari-hari terakhir Fatin dan adik-adiknya di Sekolah Kebangsaan Ampangan - hari Anugerah Kecemerlangan sehari sebelum result UPSR diumumkan dan Hari sukan tahunan.

bakal raja pecut negara

sempat senyum lagi tu dik lang

ini dio result yg dinanti2....

debaran menunggu result...

Sompek lak possing tersengeh-sengeh

inilah wajah 3 beradek yang kasik ibu bangga.
Masa di kaunter pendaftaran ibubapa..sikitlah punya bangga
bila cikgu tanya ..'anak Puan darjah apa ye..?'
dengan bangga sampai rasa jatuh rahang pipi ni nak menjawab..
'drjah 6, 3, dan 1'


dah ambil hadiah nak possing pun takut2...apa da..

kenangan sebelum hari terakhir melangkah keluar dari SKA.

Kontrol hensem...skema je riak
abang...bedah amik hadiah tak...?


Ini dia Iman Nur Hakim
Bangga..senyum sakan..
Dia ni la yang kasik gamat satu sekolah awal tahun dulu...lari dari kelas..
meraung2 tak...nak sekolah...Dua kali dia buat kes..sampai kena tangkap dengan pak guard dan cekgu2...
Ayoo...dia kasik glamour ibu satu sekolah...Mesti cikgu2 cakap la...budak yg meraung2 ni ambil hadiah gak yee...!!!

Panaroma dewan di hari kecemerlangan..semua tu bakal graduan negara...

Tahniah anakku semua..teruskan kecemerlangan kalian di tahun-tahun akan datang.
Kasik ibu lagi bangga sampai jatuh rahang pipi...
peaacee...

November 20, 2009

Finally...the result

19 November 2009

Tarikh keramat Sebagai seorang pelajar bagi Fatin. Keluarnya result UPSR ini membuktikan sejauh mana hasil kerja keras dia selama ini.

Semasa menghantarnya ke sekolah, aku berkata padanya terima sahaja apa pun keputusan yang keluar dengan reda..masa tak boleh diundur.Result tu bagus ke tak bagus ke ibu tak marah..

Jam 11.am bermulanya pengumuman keputusan. Sebahagian besar ibu bapa turut hadir.Berbagai ekspresi riak muka aku saksikan.Lutut aku pun turut 'gegel'.

Akhirnya....alhamdulillah...berpelukan kami nak beranak.pedulik apo!3A 2B...sudah memadai ku kira buat Fatin.Terima keputusan dengan hati yang terbuka.Agak terkezut jugak sebab result trial hanya 3B 2C...ah..yg C tu yg menakutkan...Nampak peningkatan..Tak sia-sia usaha keras kami berjaga malam..study..tahajjud..Rata-rata kelas Fatin mendapat 3A dan 4A. seorang saja wakil 5A bg kelas dia. Kelas Al-Abdari tak boleh dibanding kerana itu kedudukan kelas pertama. Mujur juga Fatin ditempatkan di kelas yang kedua..kerana dua kelas ini adalah kumpulan sasaran.Aku dimaklumkan agak merosot keputusan 5A tahun ni.. So...cikgu-cikgu kena buat post-mortem.

Selepas selesai keputusan, kami bersalaman dengan guru2. Menghormati guru besar pahalanya. Ibu bapa janganlah lupa dengan jasa mereka yang mendidik anak kita.Ucapkan terima kasih kerana jasa mereka itu.Guru Sains Fatin agak terkejut dengan A yang Fatin terima kerana....oohhh...selama ini memang C dalam tangan...hehehehe...

Pada Fatin aku ingatkan bahawa ini hanya permulaan.Baiki lagi kelemahan yang ada.Ini menunjukkan usaha dia selama ini masih belum mencukupi..Kena lebih lagi.Ibu tahu tahap fatin macammana..

Alhamdulillah...Alhamdulillah...seribu kesyukuran dipanjatkan pada Ilahi.Kami menziarahi pusara mak selepas itu. Fatin ingin berbicara dengan neneknya...

p/s - perkataan pertama selepas ambil result..'bolehlah atin amik h/phone nenek..."budak ini...(arwah pernah berjanji dgn fatin sekurang2nya 3A...hadiah h/phone!)

November 18, 2009

Setinggi-tinggi terima kasih

Disini saya (kali ni tak menggayakan 'aku')...ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih yang tak terhingga...

- kepada mereka yang datang melawat jenazah mak seawal dinihari.

- kepada mereka yang datang melawat di siang harinya dan mengiringi jenazah mak hingga ke kubur.

- yang membantu kami sekeluarga baik dari aspek moral, semangat dan tenaga..

-yang datang menghadiri majlis tahlil kami. Terubat juga rasa sedih dihati serba sedikit melihat kehadiran kalian.

-yang mengingati kami dari jauh...waima sms atau pun telefon...

Seandainya arwah mak pernah terkasar bahasa..terguris di hati...mungkin tanpa sedar...ampunkanlah dosanya itu...halalkanlah segala makan minumnya itu...semoga Allah memberi kerahmatan kepada orang yang sudi memberi maaf...Sekiranya ada hutang-piutang arwah yang belum dilangsaikan...yang kami tidak sedari...maklumkanlah kepada kami...

akhir sekali...terima kasih...terima kasih.. yang tak terhingga...hanya ucapan ini yang mampu diluahkan...Insya-Allah setiap yang baik itu kebaikan juga balasannya...

November 15, 2009

Hari-hari terakhir seorang....Mak

"Mak…..
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari…..
Baru 6 hari mak pergi,
Rasanya baru semalam kiter peluk jenazah mak ..sejuk syahdu masih terasa lagi nih…

Mak tau tak..
itu lah pertama kali mak bawak anak kita laila yang nakal dan lasak tu berjalan...balik kampung kat Johol

dan itu juga terakhir kali nya.

Mak makan penuh selera..sup ayam dengan kentang sambal.Mak mintak kiter sendukkan nasi tambah..mak kata selera sangat makan hari ni...Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..
nak tinggal kan anak2 mak…..cucu-cucu mak..nak tinggal kan dunia fana ni…..


mak macam dah sedia…..
Seminggu sebelum tu…..
mak tunggu spagetti kiter...mak belikan 4 helai baju gaun baru tuk cucu2 perempuan mak

mak buatkan azhar gulai ikan sembilang masak lemak

mak masakkan kiter mee bandung yg kiter x puas makan....

Paling menarik semua barang-barang baru mak beli...

paling menarik sekali ,apa yang mak idamkan mak dapat..

kiter belikan mak kerusi kayu baru masa raya ari tu...

hujan lebat pun kita pergi belikan jugak...

Kiter belikan mak gear box buat sup masa raya tu..

mak kata dah dua tahun tak dapat makan sup gear box...Mak merajuk dengan ayah sebab tak belikan gear box...hati kiter kuat nak belikan jugak lepas tu makan sama2 dgn mak...

hati mak puas masa tu...

Mak…..
Hari tu hari isnin 09/11/2009 mak telefon kiter kat ofis…....borak sekejap...dalam sekejap tu pun mak sempat marah kiter sebab selalu suka lupa..itulah marah mak yang terakhir kat kiter...

Mak memang selalu call kiter kat opis borak2...sembang...bila malam tu kiter baru nak lelap adik telefon..K.ngah mak dah tak de...

Kiter nak meraung, rasa nak jerit...tapi kita istighfar banyak2 sebab kiter ingat semua pesan mak...kiter da keluar rumah kiter patah balik sebab teringat mak pernah pesan kalau mak mati...tutup mak dgn kain batik lepas ni...

kiter sampai KLIA jenazah mak da tiba di sana. kiter gagahkan diri cium mak..kiter tak tinggalkan mak malam tu...sepanjang malam kita Yasinkan mak...sebab walau kiter ni nakal...kiter ni racun..kiter ni madu...kiter ingat semua pesan mak...

Mak…..
amponkan kami semua…
kami nak mak sehat…
kami sayang mak…
kami tak mau mak pergi…
kami terpaksa juga terima hakikat….

ampon kan kami yer mak….

Mak…..
Malam itu adik dgn ayah bawa mak ke klinik..
Kiter sangat bersyukur adik ada mengadap mak masa tu...kalau lah mak sensorang malam tu...

Mak….

Mak tau tak….
Kiter masih ingat lagi….
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…
Jam 10.00 pagi mak di mandi kan ….
Kiter satu2nya anak perempuan mak..kiter mesti mandikan mak...
Mak mesti rasa betapa lembut nya kiter menggosok seluruh tubuh mak…..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..kiter gosok jari kaki mak yang bengkok..Mak perasan tak…?

Dulu kiter selalu buat main jari kaki mak tu...mak gelak jer masa tu...mak ingat lagi tak...?

Kiter puas kawal perasaan ni masa mandikan mak...dada kiter rasa macam nak pecah...kiter ingat lagi dulu masa kecik mak mandikan kiter...sekarang kiter mandikan mak kali yang terakhir...
tapi kiter kawal air mata supaya tak menitik atas mak….

Mak…....
kiter nangis ni…..
kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih…
kiter rindu kat mak..!
Takpa la…..
nanti bila setiap kali kiter selesai sembahyang..
kiter baca yassin untuk mak…kalau tak sempat kita sedekahkan Al-fatihah
mak tunggu ya..!

Mak..

Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .
Semua anak2 mak mengelilingi mak…
menatap wajah mak buat kali terakhir….
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…
Mak rasa tak….
masa tu kiter sentuh dahi mak….
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..
Kiter cium pipi mak…rasa tak puas
kiter tak daya….

Airmata kiter tak boleh tahan….
Mak mesti ingat kan yang anak mak sama2 tolong kafankan mak.

Mak tauu…
Lepas mak pergi kiter demam...tapi kita kuatkan semangat kiter..kiter sekarang da ambil alih tugas mak..kiter mesti kuat
Mak…..
Hari2 kiter lalui tanpa kewujudan mak lagi…
Begitu terasa kehilangan mak…
boleh kata setiap malam selepas isyak anak mak ini berendam airmata…
Dan sampai satu tahap….
kiter jerit kuat2...tapi kita tekap muka kiter kat bantal...malu jugak nanti semua orang dengar..

Mak tauu…
kiter cuba bertahan….
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…
Kiter rasa nak telefon mak…
nak cakap dengan mak….
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Hari ni kiter masuk kerja..tapi mak dah tak telefon kiter lagi..dulu hari2 mesti mak telefon..

Mak tau tak..

Kiter pujuk hati kata mak ni pergi jalan tak balik2...di saat ini kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…
rasa nyilu sangat…
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma…
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..

Sekarang ni kiter kena jaga ayah...jaga adik2... kawan2 ye tak mo lawan...selagi ayah ada kita kena jaga ayah..kita hanya ada ayah jer sekarang...

akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter…
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai belajar tinggi..
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..



November 12, 2009

Al-fatihah buat Mak...

11.09.2009

Cantikkan nombor diatas?Hanya cantik pada nombor.

Al-Fatihah buat mak.... Hajjah Hazizah Binti Talib.

Hanya ini yang mampu dikhabarkan kerana masih keliru...terkejut...bagai mimpi...

Rindu ini sedang sarat...

November 9, 2009

Bengang...

Bengang like orang GILAK...!!!

Yup...memang tengah bengang tahap gaban...Please la...tuduhan itu bagai belati menghiris hati..nak diluah pasti ada yang tercalar, bila disimpan sesak ku sendiri...

ku tatang dengan sabar
ku canang dengan sungguh
ku gapai dengan pasrah
ku beri dengan ikhlas
kini ...

udara panas mendesup
malas otak jalankan tugas
semalas kaki menampung badan
membiar lelah bergumpal terlerai
kosong..

berpaling dari kelibat
bersiul menekap telinga
berdekah menindih suara
memijak hingga membenam
puas..

lalu ku takkan menyinggah
sapa ku hanya memandang
takkan ku cuit tika menyinggah
takkan ku pegun tika memandang
pasrah..

Ada aku kisah
sekarang ...

*p/s - ALLAH menetapkan setiap manusia ada batas pertimbangannya.. kerana kesempurnaan hanya milik-NYA..

October 27, 2009

Kenapa kita perlu balik kerja awal (?)

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?


Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

October 19, 2009

Surat Cinta Seorang ROCKER

Salam,

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar,
Rockersejati

p/s - *credit to isuhangat

October 9, 2009

Issues....

I am not enjoying the fact that I am back at work and have loads of unfinished business.
Business that could have been settled if I did not choose to procrastinate.

But I am just lazy and full of excuses and I don't think that's gonna change anytime soon.


xox.......

Damn...Stresss

aku sedang diuji dari pelbagai sudut sekarang..

akibat stress;

mulut aku makin lancang..
hati makin mudah meruap..
keluh makin mudah terhembus..
jiwa makin mudah terhiris..
mata makin mudah panas..
tapi syukur tak menitis..
aku masih tersenyum.. aku masih ketawa..
Allah pinjamkan kekuatan itu untuk aku..
Aku akui.. alhamdulillah..


aku bersyukur kerana my en.soami yang paham situasi aku ni.. syukur masih ramai yang bertanya khabar aku, walaupun tak semua.. kengkorang semua.. waktu kita tengah terkapai2 ni la kita tahu siapa yang sentiasa di samping kita.. setiap ujian dari ALLAH tu ada hikmahnya.

October 5, 2009

SELAMAT HARI JADI AYAH



Hari ini 05 Oktober 2009. Genap 63 tahun yang lalu, pada hari inilah lahirnya seorang lelaki yang menjadi asbab aku dilahirkan. Dan lelaki itu, padahari ini aku panggil sebagai ayah. Alhamdulillah, ayah masih mampu melalui hari ulangtahun kelahirannya yang ke 63 dan kami 4 adik beradik berserta ibu dan juga 5 orang cucunya sempat meraikan bersamanya. Malam hari raya telah kami raikan bersama.(sambutan yang agak awal)

Ayah memang tidak pernah meminta hadiah. Apa yang ayah mahukan dari kami hanyalah hidup dengan bahagia bersama keluarga kami tanpa melupakan dia dan ibu kami. Yang ayah mahukan hanyalah anak-anaknya sering pulang ke rumah untuk menjengah keadaan mereka berdua.


Rasanya, hari ini aku semakin faham perasaan ayah. Namun anak-anak aku masih kecil.Mungkin aku masih belum memahami bagaimana peritnya perasaan apabila seorang anak
mengenepikan atau meninggikan suara terhadap aku...

Tidak ada jaminan kami akan menyambut hari lahirnya yang ke 64 bersama lagi.Namun kesempatan masih belum tertutup buat saya untuk mencurahkan lebih kasih sayang buatnya dalam saki baki hari yang ada. 3/4 dari hidupnya sudah dihabiskan untuk membahagiakan sebuah keluarga. Tetapi Aku tidak pasti dapatkan aku luangkan 1/10 dari hidup aku untuk membahagiakan dia ?

Ya Allah! Ampunilah kami. Dan ampunilah kedua ibu-bapa kami. Dan
kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara kami sewaktu kami masih
kecil. Kurniakanlah kepada mereka kesihatan. Dan limpahkanlah hidup mereka
dengan kesejahteraan dan rahmatMu ya Allah! Jika mereka jauh dari
hidayahMu, maka dekatkanlah. Sesungguhnya, tidak ada pemberi kebaikan
melainkan Engkau ya Allah... Amin... Ya Robbal 'Alami.....

SELAMAT HARI JADI AYAH

October 2, 2009

Mari Bekerja Dlm MOOD Raya

Hari ni dah 13 syawal.. hari ni dah 02 Oktober.. hari ni dah hari Jumaat.. HARI NI DAH SEMINGGU KERJEEEE.... YEAAAYYYY (poyo je) ...

Baru hari ni rasa free, masuk kerja je da kena dera...(kejap lagi pun kena turun key el...ada meeting kat MARA....huh!!)

Raya tahun ni, tak la semeriah zaman aku kecik2 dulu.. tak de bunga api yang boleh aku buat satu rumah berasap...(Eh x jugak...malam raya ari tuh aku main mercun..ngeee... )tak de duit raya yang aku nak duduk bersila dalam bilik kunci pintu, kira dan susun cantek2 mengikut warna dan nilainya hahaha.(Eh...x jugak kali ni aku kira duit raya anak2 aku..ngeee) tak de banyak kuih raya (masa kecik dulu, ada aku kisah pasal kuih..?) ... baju raya 5 pasang je... hehehe.. baju raya aku setakat ni at least 3 pasang lalala~ hehehe.. semua ala kadar je.. cuma sup gear box yang mak aku buat tahun ni memang extra superb yuummie!!(All that Lemaakkkksss)

Cuti raya aku tahun ni agak panjang berbanding tahun sebelum2 nie... dari Jumaat(18 September - full day) sampai ahad (27 september) saja masukkan sabtu ahad dan cuti am, nak menampakkan betapa banyaknya cuti aku hahahaha ...tahun ni cuti raya bos kasik free suma x tolak cuti. tahun lepas aku dapat cuti raya 4 hari je.. aku masuk kerja lepas bercuti, sorang pun tak de kat opis.. ym list aku pun 2 3 4 ketul je nama yang online.. betapa pedihnya jiwa dikala itu.. owhhh!! paling lama aku dapat cuti pun 2 hari je... apa nak buat.. workload sedang menghujani... semua tu dah jadi pengalaman manis hehehe...

1st raya aku kat Klia umah mak ayah... hidang kuih.. tukar alas meja.. lap pinggan.. hidang lemang n rendang..ayah..lee.adik..en soami n askar2nya.. g sembahyang raya.. tv tengah takbir raya, aku masih menjahit baju yang nk aku pakai pagi tu..memang standard aku tiap2 tahun.. feel skit hehehe... dah settle berkemas.. tetiba aku tersyahdu sorang.. sob.. sob.. sob..

Rumah pertama kitorang g, umah uwan (kat Melang K.Pilah).. 3 keluarga serbu rumah dia.. aku sempat makan rendang,ketupat,mee kari lagi ...Makan kenyang2 deh pas ni balik Pontian x de mende ni suma..kerepek ke kerepek...sob...sob...My en.soami bagi peluang kat aku makan kenyang2 coz dia tawu nanti klo balik Pontian misti aku bersungut tak de mende tu suma..heheheh... Pas tu kami gerak ke Johol kg ayah aku.. Dah lama tak balik sana...sama je aku rasa...x de beza...Kat sana ada MakLang yang jaga rumah warisan kampung tuh...Jumpa gak la sepupu yg da lama x jumpa ngn pak2 dan mak2 sedara.. Mak Lang aku masak ayam kampung lemak cili api..Wallahh..mabeloouss....Then kami gerak ke Pontian...sampai sana jam 11 mlm..penat seh...

Raya ke 2... Pepagi lagi en.soami da pergi ziarah kubur mak n ayahnya dengan anak2.raya sekitar Parit Sikom Pontian jer..jumpa orang kampung en.soami...itupun da petang...Sana makanan biasa je suma al-kerepek. al- kuih raya, al-air ges...sebu perut..cuma masa kami ikut abg.ipar ke Air Baloi...rumah sapa tah...follow jer..kat situ makan sedap.Kitorang dihidangkan dengan makanan ala bugis...burasak...sedap..nyam..nyam..pencicahnya ikan parang masak asam..serunding kelapa n ayam masak merah ala2 kicap...entahh...sedaap...kat situ memang aku bedal cukup2...pas tu tuan rumah tu keluarkan sup kulit lembu a.k.a jangek...sedap gak...kenyang..tersandar..

raya ke 3... Start our journey ke Kota Tinggi.Masuk felda jumpa mak2 sedara en.soami...Banyaknya kereta....berderet..nak drive laju pun tak boleh..On the Way pergi aku yang drive...ada sedikit terbakar la tak boleh memotong..Kat umah mak Uda en somi ni aku suka dtg sebab dia akan hidangkan macam2..kek lapis asam tu da misti..hari tu dia hidangkan daging rusa ala2 rendang...pergghhh,,,...tapi nak dijadikan cerita...sampai sana..da lepak2 kami nak gerak pergi umah mak sedara dia yang satu lagi tu...bateri kereta kong pulang...haiyaakkk...mana nak carik kedai kat felda time2 raya ni....Mujur ada jiran cik Tom baik hati kasik jumper.Bolehlah start balik..then en.Soami ngn abg.ipar p carik bateri kt Sg.Rengit. Jauhnya mcm Seremban ke Kuala Pilah.Sampai Pontian balik dlm pukul 11 mlm...Letih bangat seh.

raya ke 4.. Lepak-lepak jer kat umah Pontian.Kitorang malas nak pergi mana-mana.Anak-anak aku biarkan main sampai petang.Sampai penat.Lepas asar aku cakap ngn en.Soami aku nak balik esok.sebabnya nanti jalan jem, kain baju banyak nak basuh.nanti penat.budak2 da nak masuk sekolah balik.lagipun aku kesian kat kakak ipar aku tu asyik nak masakkan makanan kitorang jer.Rimas.En.soami pun kata okeyla...peaceee....

raya ke 5.. Pukul 12 kitorang pergi rumah adik dek na(adik en.Soami) .Makan lagi kat sini.macam2 dia masak.Lepas tu diorang cadang nak pergi Bt.Pahat. Dalam hati aku...waduhh...gawat...panas nih.Dah kenyang memasing lepak pulak..tidor lagi..lepas asar aku memaksa en.soami aku bersiap dengan seberapa pantas..tak jadi g Bt.Pahat. pulak.Dah lewat kata memasing.kirim salam je ngn org sana.(Asa siket lega la sebab perut kitorang takkan sebu makan keropok.asam dan air gas...peaaaceee) hasilnya dia balik Seremban dengan tak mandi hahaha... satu kejayaan besar tu.. highway tak jem.. kereta je banyak... sampai rumah pengsan seribu bahasa..

raya ke 6.. Lepas penat membasuh baju..aku lepak atas katil sampai berkulat.. pas tue aku duduk lepak depan tv sampai bersawang, kol 11 berpura2 tido.. aku berjaya tipu diri sendiri dengan berjaya tidur2 ayam...Anak-anak suma lepak depan t.v.

raya ke 9.. sila baca dari atas balik..

*nota lutut - raya tahun ni agak meriah.. sebab memang aku cuti rehat dan rawat bebetul alhamdulillah.. n3 ni tak de gambar, pasal wayer usb kamera aku hilang.. tertekan tol.. tu pasal n3 ni mengambil masa yg lama di publish.. tak de mood tak de gambar.. huh

*nota lutut - selalu kalau hari raya mmg lama siket kat kampung en.soami sebab setahun sekali jer baru balik sana.Mak n ayah mertua dah tak de lagi (harap maklum)


September 17, 2009

Boss oh boss.....

Boss is always right? Siapa cakap..? Blah la..

Aku ada boss, dan aku pasti korang semua ada boss masing-masing, melainkan korang ni kerja sendiri jadi boss pada diri sendiri. Boss, seorang ketua dalam satu-satu organisation, tak kira lah kat office ke, kat sekolah ke atau dalam kumpulan gang-gang penjahat.. at least ada seorang ketua, atau lebih manis dengan nama manjanya, boss!

So what da hell with boss?.....

Apa yang bestnya jadi boss dan apa yang tak bestnya jadi anak buah boss.. tentu korang pun tahu peel boss korang, kalau dapat boss yang baik, elhemdulillah. Kalau dapat boss yang panas baran, nauzubillah. Bagaimana kalau dapat seorang boss yang cerewet nak mampus, asyik dia je betul, dia je betul dan dia je betul? Kalau dia salah pun, kita juga yang dia tiuu.. tiu na seng sungguh! Kalau kita beri idea kita, dia pusing-pusing sampai lah kita rasa idea kita ni tak dihargai langsung macam taraf longkang.. pulak tu kalau idea kita boss terima, boss pulak hantam kita kalau idea kita tu screw-up kan satu-satu job. Abis mana lah kita tak rasa sakit hati.. nak lawan karang, dia tu boss, tak lawan karang boleh sakit jantung memendam rasa. Lawan lebih-lebih karang performance bonus ciput pulak.. tak ke sakit jiwa..

Dulu masa aku mula-mula belajar kerja, tengah syok type kat pc tetiba pc jadi blank dan abis semua data untuk plan yang aku lukis tu erased.. boss pulak nak cepat, natang sungguh hehehe.. aku cakap la, “boss, pc problem..”. Aku ingatkan dia bersimpati, dia kata “so what?.. buat la semula”. Bengang nak mampus wa.. tapi selepas beberapa ketika, betul jugak kan. Kalau dah tu kerja aku, macamana pun aku tetap kena buat jugak, dah kita ni anak buah boss.

Boss ni kalau jenis kepala angin, sakit hati jugak kita ni. Datang pagi kat opis kalau nak jumpa dia kena tengok mood dulu, kalau muka macam baru lepas gaduh dengan bini, atau semalam bini tak bagi.. nak ketuk masuk bilik pun seram… kena tunggu dia cool dulu. Kang tak sesaja kena maki, at least itu pengalaman aku dulu-dulu la ...

Senior aku berpesan, kalau ada problem dalam kerja, jangan jumpa boss bawak problem tu.. tapi kita jumpa dia dengan beberapa suggestion kepada problem tu, kalau semua problem nak serah kat boss, baik dia je yang buat kerja kita. So bila ngadap boss, biar ada option, suggestion jangan datang dengan kepala kosong.. nampak sangat kita ni cap ayam.Helleh...pigi dah...Bila da buat cam tu pun bukan dia nak bagi solution pon..Boss pun cap ayamm..so..... nak tak nak kita ni kena ler hulur kepala kita kat boss.. betul ka apa aku cakap ni?

Boss yang cerewet nak mampus.. aduhai aku rasa dia punya cerewet tu mengalahkan pompuan yang baru nak menapous.. silap type pun tak boleh, alignment lari pun tak boleh.. itu kecik punya hal pun dah reject apatah lagi hal yang besor-besor.. memang cerewet cap ayam lah.

Apa lagi.. entah malas la nak cerita pasal boss ni

September 16, 2009

Ayah di Studio Rakaman

Entri di bawah ini adalah gambar di sekitar studio rakaman Hijaz.Kumpulan marhaban An-Najah yang dianggotai oleh ayah n the geng telah membuat siri rakaman album berzanji.Aku di khabarka bayaran untuk penyewaan studio ini agak lumayan juga...Meh kita layan gambar-gambar mereka.



.


September 11, 2009

Berakhir sudah...UPSR 2009


Semalam 10 september 2009 berakhirnya perang UPSR 2009.

Aku sudah boleh bernafas dengan lega.Tidurku amat lena malam tadi..Fatin...?dia lebih2 la lagi..berkeruh beb!!!Suka sangat dia soalan yang diramal, keluar dalam paper B.I.Makcik jual nasi lemak dengan anaknya.

Semalam baginya hari yang paling panjang. Lepas habis paper B. Inggeris dan Sains petangnya disambung semula dengan ujian Aptitud...hahahaha...kelakar pulak soalan yang keluar kerana yang di rujuk lain yang keluar lain..tak mengapalah....da lepas punn...Hanya doa yang mampu dipanjat semoga keputusan yang keluar berpihak pada fatin...peacccee...

Begitupun masih ada dua lagi peperiksaan yang harus ditempuh. Ujian selaras 3 untuk sekolah kebangsaan dan UPSR(A) untuk sekolah agama rakyat...Inilah dia sistem pembelajaran kat Malaysia ni...penuh dengan periksa..mmmm

September 9, 2009

Perang UPSR Sudah Bermula

Semalam..8hb September peperiksaan UPSR pun bermula...Subjek semalam adalah Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan serta Matematik kertas 2.Pagi semasa kami hantar fatin tu ada sedikit touching.

"Maafkan dan ampunkan Atin ayah.Doakan Atin dapat jawab dgn tenang"

Apalagi mata my en.suomi mulala terkebil2.Sebelum itu aku ada pesan dgn Fatin..sebelum periksa minta maaf kat ayah tu atin selalu lawan ayah, nanti berat nak jawab periksa...peaace...
Aku peluk fatin erat-erat.Ada sedikit la air mata dia keluar...Arggghh...perempuan memang begiteww..

Hari ini hari kedua..paper math kertas 1.

'Doa ibu sentiasa bersama atin'

p/s : ibu x sabar tunggu atin habis pereksa....x sabar nak g shopping...ark...ark..


September 8, 2009

Beberapa Jam Sebelum Perang UPSR


Sangat mendebarkan.Hari yang ditunggu bakal tiba. Tak berapa jam pun.Aku cakap dengan Fatin...sekarang ni da tenggelam kak bukan paras hidung lagi.Buat je latihan2 terakhir.Selepas berbuka sempat jugak dia ke rumah mamanya minta restu. Aku cakap macam nak pergi oversea la kakak ni.Malam tadi kami sekeluarga membaca surah Yassin. Tadi Fatin bangun solat hajat.Aku cakap kat dia, kita tetap memerlukan pertolongan dan petunjuk dari Allah agar ditetapkan iman dan diberi petunjuk.Minta petunjuk jangan banyak sangat perasaan was-was dalam menjawab soalan.Tiada apa lagi yang dapat dibantu hanya doa dari ibu semoga anaknya ini menjawab dalam tenang.Ibu sentiasa merestui Fatin.UPSR 5A!!!!

September 1, 2009

Tipu Helah Mamak

11 Ramadhan hari ini. Alhamdulillah kami sekeluarga dapat menjalani ibadah puasa dengan tekun.Kali ini aku nak cerita pasal mamak kat kedai yang suka tipu pelanggan dalam kita tak sedarinya.

Malam tadi 31 Ogos 2009, aku sekeluarga 'terpaksa' berbuka di luar. Kenapa? Rancangan asal aku nak keluar jam 2.30 petang. Hajat hati nak membeli persiapan untuk juadah berbuka puasa dan sedikit barang keperluan dapur. Disamping itu nak beli kasut Alif dan Hakim yang dah rosak.Biasalah...esok nak sekolah hari ni terkial-kial. Tapi my en.suomi kata dia penat..i nak rest sekejap..So...aku bagi chance la kat dia rest....lastly dgn aku skali rest tersedar dah pukul 4.30pm.Kejutkan semua, solat dan gerak keluar.Jam pun da pukul 5.30pm gitu.

So, kami singgah di Family Store Taman Ampangan. Kena gak beli barang sebab da banyak yang susut.Kemudian, menuju pula ke kedai ten-ten di Taman Kemuning Senawang sebab nak beli kasut sekolah Alif n Hakim.Jam da pukul 6.45pm. Selesai urusan membeli-terbelah, aku suruh en.Suomi pergi ke Paroi Jaya nak carik kueh sedikit. Early aku da mention kat dia terpaksa buka kat luar x cukup masa nak balik masak.

Sampai di sana kedai yang biasa kami duk lepak makan tutup pulak..No choice restoren mamak Muslim Syed Maju la nampaknya lokasi berbuka.Mula-mula sampai kami agak teruja kerana promosi air free spt teh tarik, sirap ais dan bubur lambuk di beri percuma..So, da jimatkan tak payah bayar harga minuman..Siapa tak nak benda free..bohongla kalau ada yang tak suka benda percuma..pergila tanya mana-mana lawyer ke, majistret ke..ahli musik? suma sukaa...

So, menu aku satu family..maggi goreng - 2, maggi sup - 1, roti john - 1, beriyani - 2,
Makanan yang dikata free tu, teh tarik, sirap ais dan bubur lambuk. Mereka letak 2 mangkuk bubur atas meja sampai allif komplen meja da penuh.So, sewaktu berbuka datangla sorang mat mamak ni kira harga makanan kami dan bil tu aku ambil dan tengok...uikssss...!!!!takpe makan dulu kasik habiss....

Dari menu yang kami ambil tu, pasti kalian boleh agak berapa yang perlu dibayarkan? Beruk lagi terkejut dari aku tengok harga makanan tu. RM 33.10.Maka bermula sessi mumbling soal jawab aku dengan mat mamak tuh..

Aku - Dey...mari sini..kasi cakap ini harga tuk apa?Betoi ka u kira?

Mat mamak-Ok akaakkk...RM 8-beriyani kambing..RM 6-Beriyani ayam..RM7-Maggi Goreng-2..RM3.50..Maggi sup..teh tarik -2..RM 2.Sirap Ais-4...RM 5.20 Teh ais - 1 ..RM1.40

Aku - Aiks..Apasal u kira air..? Sana iklan u tulis kasi free...percuma...U mau tipu orang ka?

Mat mamak - Bukan macam itu kaakk..kalu orang mintak free..kitorang kasik free..kalu orang tada tanya kita kira...

Aku - Macam tu pulak..Ini macam u suda tipu banyak orang tau..U tulis sana free...kasik free la..boleh itu macam mintak2 ka?kalu orang tak prasan u punya bil..kena tipula..mana bolei ini macam..i boleh report tau tak u suda kasi tipu orang. kalu ini macam i nak mintak ini beriyani kasik free la..

Mat mamak - Tak boleh la ini macam kak..

Aku - aikss...da tak bolei pulak..tadi kata kalu mintak free baru bagi...saya mau free...saya mau kasi report ini hal..ok en. Suomi kasik tangkap gambar ini kedai ngan iklan..

Maka en.suomi yang sedari tadi senyum2 kambing sebab da terlebei makan beiyani kambing segera menurut perintah..Next entry aku akan upload kan gambar kedai penipu ni..
Sambung .....

Aku - okei...u kasi kira lagi satu kali...

Mat mamak - Bla...bla...bla...ok..RM 25.90.

Aku - tengok brpa banyak u punya harga suda lari?RM 7.20 tau ka?Ini satu meja u kasi tipu..kalu 10 meja berapa u dapat...mau buat duit raya ka?

Mat mamak - bukan macam itu kakaakkk...

Aku - tak pa i kasik bayar tapi nanti i report jugak!

Memang aku tau ada orang yg da mula memandang meja kami...Mungkin dalam hati...eleii..kecoh minah ni...bayar jer la..da makan...Hellooooo...memang aku boleh bayar harga RM33.10..tapi tahukah korang semua yang da tertipu dalam tak sedar..lainla kalau tak letak iklan minuman percuma..Orang Melayu ni memang da rasmi suka kena tipu...Macam-mana kedai mamak boleh maju di celah perniagaan bangsa cina? Beginila caranya dalam orang tak sedar..

Sama juga kalau kita beli barang di kedai runcit mamak..Kena hati-hati..Harga kat peket lain tapi masa kira lain sebab aku pernah terkena.Kira balik barang yang dibeli tu sama x nilainya.Kekadang tak sedar dalam 2-3 barang yang dibeli tu mesti tertarik 20-30sen.Dengan i sorry..i kira balik depan diewrang.Nak beli asikrim 5 btang yang berharga 70 sen.bila nak bayar dia kata RM5..aiks...membebel la aku...

Aku - Apsal harga RM5 pulak..kat situ tulis sebatang 70sen..sini bayar RM 5.. Mau tipu ka?

Mamak - Sori2..itu budak tak tau harga...

Aku - itu budak tak tau u pun jadi tak tau ka? sorang dtg ini kedai...u angkat 20sen..tak sedar...10 orang berapa u untung?

OOOhhh..come on..pleasee la jgn kata sapa suh p kedai mamak..Barang yang nk di beli tu kekadang sudden..tetiba...takkan nak pergi giant semata2 nak beli mancis...pampers yg mini dalam 10 keping ..mana ada kat giant..jangan tanya kat aku napa tak pergi kedai Melayu? Cepat sangat tutup belum 6.30pm da tarik grill..kekadang barang tak complete...so..kedai yang terdekat la..Untuk pengetahuan di sekitar taman aku tak da kedai yg terdekat.Yg dekat tu la..kedai melayu yg hidup segan silu...gituu..

So...kesimpulan nya jangan tertipu dengan mainan harga mamak...

August 21, 2009

R.A.M.A.D.H.A.N

"Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga setiap amalan yang dikerjakan oleh muslimin & muslimat pada bulan yang mulia ini diberi Tuhan ganjaran yang berlipat ganda, insyaAllah.

Firman Allah dalam Suran Al Baqarah, ayat 184 yang terjemahannya bermaksud,

"
(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui".


August 20, 2009

AyAh JaDi ArTiS

Saja letak tajuk n3 diatas sebegitu.Semalam aku sembang dengan mak.Saja tanya khabar a.k.a bergossip (he..he). Mak kata ayah tado pergi buat rakaman album berzanji kat studio Hijaz...Ayah and the geng la.Kumpulan marhaban dia yang jadi juara ari tu..Wah..wah...maju setapak lagi..Da jadi artis rakaman...

Saja pulak aku mencucuk angin kat mak...Jago2 mak sok kok terkena tempias Akhil Hayy...
(He..hee...tanduk panjang suda naik).
Mak jawab...x de maknernyer...

August 19, 2009

Helpless


What more can I do?

It really is hard and inexplicably difficult to make everyone happy. Whatever I do, nothing turns out to be right and acceptable. And frankly speaking, at some point, for some reason, I feel tired of defending myself and explaining things. Like it makes any difference, anyhow. I try to block the anger that filled me, for fear my eyes would tear up. But now I'm utterly clueless. I don't know what to do, or rather, what I can do. Denying and projecting things would not solve any problem, mind you. It's simply not enough to ease the irritation and frustration. Also, it's unsettling to know that old wounds have again, opened.

p/s= eh...eh speaking london lak ai kali ni = peaacceee no war!!

Belated

Happy birthday, Rissa!

14th August 2009

... and many more to come.

This is my heartiest birthday wish to you on this auspicious occasion. Love, care, protection, warmness that i have been giving are so invaluable. I cannot find a word to describe these.

May you have a happy, healthy, wealthy and long life!
Love you, Fatin Arissa Sofea!


August, teaching and Ramadhan

I'ts already August!

I can't believe that it has been almost a year. Been kinda busy lately.. well, I've never been 'not busy', I think. Most of the time I will have things to be done. Even if you can see me online, I may not be in front of my pc after all. I may be doing some documentations at the same time, or you'll never know, calculate, something like that.

And with Ramadhan just around the corner, I really look forward to this year's fasting and Raya! This year I'll be going back to Klia, then Pontian.Hope so. Well, that's how it goes when you've been married. I dunno what to expect but I have a good feeling about it.

Ramadhan is a challenging month but also fulfilling. Fasting is one of the ways to show our sympathy to those poor people who are starving somewhere out there. It's also a good time to exercise our patience and tolerance. Health-wise, it's a good way to detoxify and cleanse your body! Ok, now I'm excited! Ha-ha. Anywayyy, I'd already sent in our cloths for tailoring but I still need to find cloths for kids, and not to mention, to prepare 'Angpow' for the young ones. And, oh, the list simply goes on and on!

July 30, 2009

cHaPtEr of LiFe

Setelah beberapa hari sibuk memenuhkan tugasan dan menyiapkan kertas kerja, baru hari ni aku berpeluang meninjau blog aku ni.

Aku baru saja siap menyudahkan kertas kerja ku untuk fasa ke II dan fasa ke III akan menyusul tak lama lagi.Semoga segalanya akan sukses dan berjalan lancar. Letih sungguh rasanya jari jemari ni menaip.Mata pun seolah-olah beku tak mampu lagi berair.Hanya doa saja yang mampu aku panjatkan.

Fasa ke III ni pasti lebih mencabar lagi dan pasti membuatkan aku lebih bungkam.dan pasti aku terpaksa korbankan banyak masa lagi membuat segala rujukan bagai! Pastinya banyak benda dan hal yang akan tertinggal!!

p/s : Allah sentiasa bersama orang yang sabar...


Sekalung Tahniah buat A.Y.A.H

Pada 24hb. Julai 2009 yang lepas, ayah bersama kumpulan marhabannya telah berjaya menjuarai Festival Nasyid, Berzanji dan Marhaban Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus.Ayah mewakili Masjid QRTS Klia, Nilai.

DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni AlMahum Tuanku Munawir telah berangkat menyempurnakan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Festival Nasyid, Berzanji dan Marhaban Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus di Dewan Besar, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi.


Sayangnya aku terlepas untuk menyaksikan kejayaan tersebut kerana terikat dengan tugasan. Malangnya aku juga tak jumpa sebarang gambar pada majlis tersebut setelah carian dibuat.Kasihan juga pada ayah kerana tiada sesiapun dari kumpulan mereka yang sempat merakam gambar di hari bersejarah itu.

Ayah dari dulu hingga sekarang begitu aktif dengan kumpulan marhaban.Bertanding di mana sahaja. Sekalung Tahniah buat ayah dan kumpulannya..
(siapa di antara kami yang boleh ikut jejak ayah?...tado...kot...tapi alif sudah mula menunjukkan bakat dengan suaranya yang serak2 basah)

p/s : saya akan coba jugak carikkan gambar tu ayah pasti ada..!!

July 24, 2009

D.A.D.I.H


Perusahaan dadih aku yang terhenti seketika kini bersambung kembali.Syukur dengan limpah kurniaNYA.Sibuk kembali seawal dinihari.Penat....? Tipula kalau aku kata tak penat...tapi sebenarnya seronok..aku suka melihat hasil penat lelahku walau tak seberapa..Jadual pagi ku pun bertukar corak kembali.


Meredah sejuknya pagi (tak sejuk pun sebenarnya..)kepuasan tetap ada di situ..


kali nie...aku sajer nk letak
gambar dadih..untuk promosi perniagaan..hehehe konon nyer ler

July 23, 2009

Pra-UPSR

Tengahari tadi juga masa aku jemput kids kat kantin sekolah... Nampak sibuk sekali murid2 tahun 6 mengangkat kerusi meja Dewan sekolah dibuka untuk Pra-UPSR murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Ampangan pada 28hb, 29hb dan 30hb Julai 2009 Aku pulak yang tetiba rasa kecut dan takut nak nangis pun ada..(ada ka?) nape masa aku hamek peksa dulu aku rileks jer ha? (agaknya masa tu aku rasa da cukup pandai koott..) Sampai masa Fatin ni aku pulak yang gugup... Sekejap saja masa tu tiba.... Berkali-kali aku ingatkan fatin Keputusan Pra-Upsr akan menetukan hala tuju sekolah menengah nanti... ArggghHH...aku yang takut..

p/s* UPSR lagi 46 Hari

aLiFF FeeLiNg...

Tengahari tadi masa aku jemput kids kat kantin sekolah...

"Ibuuuu...abang rasa macam nak masok dalam kubur"

"Pulaakk...napo?"

"Abang tak mo jadi pengawas sekolah..Abang tak suke..
Bukannya best pon.."

"Ada ka patot?"

"Best la jadi pengawas..pergi sekolah ada pangkat"

"Buat apa ada pangkat bukan dapat duit"

"Ada ka patot......"

Pd Sanctuary..

Setelah beberapa lama aku diterpa kesibukkan yang amat..begitu meletihkan.Berulang alik ke Putrajaya seminggu ini cukup membuatkan poket dan perutku kempis!!baru hari ni dapat meluangkan masa membersihkan segala sawang di komputer..

18 Julai lalu besdey ku yg ke 34..Haaaa? sudah 34? rasa macam baru nak masuk 21..rasa macam baru nak belajar bercinta...hak..hak..hak (gelak gatal!!)

So..pada 18 Julai (Sabtu).. kami sekeluarga bertolak ke PD Sanctuary...Saja nak berehat lagi pun ada baucer free kan..gunakan je la..Nak kata hadiah befday pon tak jugak sebab masei menunggu hadiah befdey yang diimport khas dari Bandung..(tak sampai lagi)..

Kami bertolak pun da petang..lari dari rancangan asal.hajat hati nak check in pukul 12.Sampai sana pukul 6.30..Sebabnya sepanjang perjalanan banyak betul tempat persinggahan.Tak lupa juga mak, ayah dan adik azhar pun joint kami sekali.

Pandangan sebahagian dari PD Sanctuary..Berbeza betul keadaan sekarang berbanding waktu pertama kali aku kesini., sewaktu Hari Keluarga BKK dianjurkan..Sekarang ni banyak bangunan yang terbiar.

Aksi-aksi terjun tiruk oleh my kids.Mereka ini tak tahu letih dan puas.

Pakcu (adik Azhar) tak ketinggalan berendam..(Melimpah dik oiii)

Nurlailathul fatihah.. Budak ini...lansung tak takut air.. Aku balik yang lepak dibuatnya..(lalatut..yaya..tihah..laila..yayatut..panggil sajalah pasti dia akan menyahut!!)

Muka cuak...kena suruh balik...

Puas berendam sessi berkayak pulak..Aku joint gak kayak ni tapi tak de sapa nak tolong snap gambar..


Tengok sama itu lailathul..Sikit pun ta da takot!!

Da puas berkayak nak main pingpong pulak..Sayangnya aku tak dapat joint sebab kena larikan Ilham yang mula menangis merebutkan bola ping pong.."Siann abang..abang nak main dengan ibu sebab ibu terer"

Gaya bakal juara (ganti tempat ibu..ehem...hem)

Lepak-lepak kat bilik

Sepatutnya check out pukul 12 tapi kami semua keluar pukul 3.30 petang. Jangan malu2 buat macam tempat sendiri. Azhar balik ke Melaka dengan mak.Along datang jemput dari Seremban (Bosar pangkat kau yo!!)Alif dan Hakim ambil kesempatan ikut nenek mereka..Nampaknya aku terpaksa ubah haluan..

Sebelum balik aku ronda2 pekan PD. Singgah sekejap kat Baden2 Bundle.(lama aku rasa).Makan-makan kat Pantai Batu 4.Makan ayam Panggang..(Terpaksa lengahkan masa sebab kalau aku balik KLIA tiada siapa kat rumah!)

Pemandangan sewaktu perjalanan balik mengikut laluan Lukut-Sepang

Inteprem monyet ni!!Aku snap masa kereta berhenti kat traffic light.

Perjalananku berakhir disini hari ini. Transit semalam kat Klia.(Ni gara2 Alif n Hakim la)
Orang yang pergi Melaka dah sampai dulu dari kami..hahaaha..

Walau apapun tetap terasa kepuasannya..dapat bersama-sama sekeluarga. Selalunya aku ke kanan..hubby ke kiri..Kakak pun dapat release tension seketika sebelum pra-UPSR ni..
(Aku ada lagi 6 keping baucer free lagi nak dihabiskan sehingga hujung bulan Disember ni!!)