Ouhh tidak..saya nasihatkan janganlah korang ada yang berangan nak rasa apa itu DENGGI..
Nyamuk hampeh gigit orang tak tengok-tengok..Seksa teramat ku rasakan. 10 hari bertapa di wab 5B HTJS .Lu nyamuk nak cucuk pun cucuk la boss gua ke..lu cucuk gua nape?Sampai hari ni tau gua pening-pening, bayang-bayang, selera pun meragam tak tentu hal.Kaula punya pasal nyamuk! Durjana betul!!
Lu ingat nyamuk gua duduk kat sepital relex-relex katak ke?Lu cucuk gua 1 liang ajer, tapi doktor cucuk gua berliang-liang, lebam-lebam tau tak?tak sekolah punya nyamuk!!
Habis satu badan gua sakit-sakit tau x? mata gua ni...aduiii...macam kena oprate.Gua muntah, gua cirit, atas bawah keluar seksa lorr..gua tumbang tau kat pintu tandas, nasib itu misi nampak gua tau... kalu tidak lain punya hal pulak timbul..memang gua seksa la soploh hari kat sepital..Baru nak lelap , doktor datang cucuk, baru nak lelap da hambek suhu...Suhu gua plak tak reti-reti nak turun..38-39, 38 -39.90..Gua punya platlet sampai jatuh 17 tau x?lu punya pasal la nyamuk!!Balik rumah pun lu ingat gua boleh tido ka puas2? sampai ini hari aaa...badan gua sengal lagi tau-gatal-gatal asyik nak bergaruk....
Doktor pulak kasi gua MC 1 hari ajer..nak x nak gua kena pergi kerja tau...opis gua dr hari tu dok telipun tnya macam-macam barang kat gua..Gua baru tumbang pun masih dapat kol dari opis..Kat opis pun gua bengong lagi tau.Ayah gua marah gua pergi kerja, tapi gua x ble tahan la...gua ingat sangaagggttt sama bos gua yang h....aaaa.....mmmpeehhhh tu...!!
Lu ingat aa nyamuk lain kali lu mau cucuk...lu cucuk sama itu bos atau lu cucuk bini dia..!!ingat tuh!!!
P/s..Thanks mak dah bagi gua sup ketam, Ayah n makcik yang banyak bagi ai buah and sekot di saat i tak lalu mau makan..
May 6, 2011
Keramatnya DENGGI
diari hati ilhamhainy at 2:19 PM 1 comments
April 12, 2011
Kuah tumpah ke Nasi atau Alas Meja..?
Apa-apa pun...saya bangga dengan pencapaian anak-anak saya.
p/s : Pelan cadangan surau sekolah SMA Nilai sudah saya siapkan dan serahkan pada guru.. Alhamdulillah..lega...pepandai jer interprem ye anak2....
diari hati ilhamhainy at 1:47 PM 0 comments
April 1, 2011
ApRil FooL...Jgn Ikut MeNoNonG....
Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang - orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan,telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka telah membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Mudah-mudahan dengan perkongsian mengenai fakta sebenar April Fool Day ini akan menyedarkan kita semua.diharapkan anda akan berkongsi kepada rakan, sahabat taulan untuk renungan bersama.
diari hati ilhamhainy at 12:05 PM 0 comments
March 24, 2011
About pain again..1
But what happens when we’ve done all the necessary things and still we have been hurt or wronged by others – as will also inevitably happen? How can we do what is the hardest? How can we learn to forgive? How can we learn to mend our scars and continue being good to people, even when they are not good to us?
How...?
diari hati ilhamhainy at 4:58 PM 0 comments
SaYa aDa MarUah...
Selasa 22hb.March ada kejohanan olahraga MSSD Seremban di Stadium Paroi.
Al-kisahnya cik Fatin kita telah mewakili pihak sekolah dalam acara 1500m..(melampau kau nyahhh...)
Saya pun mengambil kesempatan meninjaulah sekejap sebagai sokongan moral.Kenapa la kau masuk jarak jauh-jauh ni naakkk..?Mak dulu 800m somput tei kau..rekod mak sebelum ni..(ini kisah benar) larian Jambatan Pulau Pinang 25km dan Larian Sintok 1.5km.Boleh ler jahhh setakat nk dpt sijil..kau ada?..haha
Apapun mak bangga dengan kau nakk..Mak dah pesan kann..kalah takpa janji tak keluar padang.Habiskan larian tu..Biar kita kalah..kalah yang bermaruah.Alhamdulillah..jadik ler no.5..tak yah la nak frust2..ko nak dapat sijil jo kann?
**lepeh tu siap cakap.."ibu pas ni oghang ada game netball sekolah2 plak tau..".."lerrrr"
diari hati ilhamhainy at 4:40 PM 0 comments
March 21, 2011
Lain Acuan Sama Corak
Bentuk didikan ibubapa dulu berbeza dengan didikan sekarang. Ibubapa kini cabarannya lebih hebat.Anak-anak remaja kini lebih terdedah dengan konflik jiwa. Maka pendekatan juga harus berbeza dari dulu.
Anak perempuan saya sudah remaja. Semalam saya sempat merenung wajah dia semasa dia tidur.Ketika itu jam 12.30 tengahari. Biarlah dia berehat seketika. Qailullah.
Saya ingat dulu saya selalu dimarah jika tertidur waktu2 begini.Ada masa saya tertekan.Sehingga saya sudah beranak pinak pun saya sering dimarah kalau tertidur.."Asyik membuto ajo" itulah ayat yang selalu berdendang ditelinga menari-nari di hati. Saya selalu memberontak tapi pemberontakan terpendam. Terbuku di hati.Hati cuma berkata, saya bangun pukul 5 atau 6 pagi, buat sarapan atau masak apa yang patut, dari sekolah hinggalah mendirikan rumahtangga itulah rutin saya setiap pagi,hatta kini pun. Kemudian saya ke sekolah atau ke tempat kerja. Ada masa saya sempat berkemas sebelum keluar. Dari pukul 5 atau 6 tersebut saya tidak melelapkan mata walau setengah jam pun.Bayangkan pula tekanan yang saya terima sewaktu di sekolah atau di tempat kerja. Bila pulang ke rumah badan sudah semestinya letih lesu.Itu yang tertidur. Itu juga membuatkan saya dimarah. Salahkah...?
Dulu juga sewaktu sekolah hingga sudah bekerja, hampir setiap hari tugas saya sudah menanti. Pinggan mangkuk yang berlonggok. Penyapu pula ternanti-nanti untuk menari bersama.Ada masanya saya tertekan cuma tidak berani bersuara kerana saya tahu akan kesannya. Situasi ini pernah saya ceritakan pada anak remaja saya.Betapa bertuahnya dia kerana saya memberi ruang untuk dia.
Saya sedar kerana usia remaja adalah usia di mana seseorang individu itu mencari identiti diri. Jika sejak kecil dia sering dihargai dengan apa yang wujud dalam dirinya, dia akan terus mempunyai hormat diri yang tinggi. Dia menghargai keunikan diri dan mengambil identiti diri yang menyokong perasaan hormat diri yang tinggi itu.
Sungguh pun saya memberi ruang pada anak-anak, saya tetap bertegas. Setiap mereka diarah untuk tolong berkemas, jaga adik, basuh pinggan dan kain baju. Saya selalu memberi amaran kepada anak-anak yang saya tahu bila saya balik rumah tak bersepah. Si anak dara itupun saya sudah mengarahkan dia untuk sama-sama membantu didapur. Begitu juga dengan anak yang lain. Saya mahu mereka menjadi anak yang tahu segala bagai walau mereka diberi 'ruang'.
Saya tidak mahu menjadi ibubapa dominan yang leka dan alpa.Hati anak-anak sekarang mudah terluka dan memberontak. Saya sentiasa amalkan sikap give and take. Sikap memaafkan dan keterbukaan. Sekiranya saya bersalah, saya harus meminta maaf, begitulah sebaliknya supaya mereka sentiasa merasa dihargai.
Dulu saya sering merungut di hati, menangis dalam diam mengenang tanggungjawab yang saya 'terpaksa' pikul. Kenapa dia tak kena buat kena mesti asyik saya.Rasa tak adil sungguh. Bila usia meningkat, saya sedar didikan mak ayah dulu yang membentuk kekerasan saya sekarang. Maksudnya tubuh saya mampu menerima bebanan kerja yang banyak. Saya mampu menangani tekanan menguruskan anak-anak. Memastikan rumah sentiasa terurus.Saya mampu menggunakan tenaga fizikal saya ke tahap paling maksimum. Saya mampu mengawal perasaan saya walau ada masa tergelincir.Syukurlah.
Saya berdoa semua anak-anak saya akan terbentuk menjadi orang yang kuat mental dan fizikal dalam satu acuan walau pendekatan saya berbeza namun coraknya tetap sama.
diari hati ilhamhainy at 3:35 PM 0 comments
My heart pain..hurt by others
My tears trickled slowly down my cheek. I don’t know how to explain exactly why I’m feeling this – but I felt an acute contraction in my heart. And for the longest time, I had been in my rational state, stoic & tough – but today, I’m an emotional lump. It’s been awhile that someone else could have hurt me.
diari hati ilhamhainy at 3:32 PM 0 comments
Bila ini Lahar ~ Hati emas diketuk paku
Chapter 1
Dulu masa saya masih di sekolah rendah, ada seorang cikgu bahasa inggeris yang sangat garang.Cikgu ini berbangsa cina yang tatabahasanya dalam bahasa Melayu sangatlah teruk.Tunggang langgang jadi rojak carca marba.Namun begitu saya tetap sayangkan cikgu saya ini..pernah ada satu ketika dia ingin menterjemahkan semula ayat dalam bahasa inggeris kepada Bahasa Malaysia.Ini terpaksa kerana ada murid yang tak faham dan ada yang buat-buat bodo seperti saya.
"Abang saya busuk punya kaki"
Ayat sebenar ~ 'Kaki abang saya berbau busuk'
huhu..cikgu..cikgu
Chapter 2
Begitu mudah membusukkan nama orangkan...?
Buat baik berpada-pada.Bila orang sakit hati dengan kita macam2 orang cuba buatkan..?Orang macam ni hati dia dah hitam dah.Ada kemungkinan dia hidup dalam tekanan, jadi dia pun nak orang sama merasai tekanan dia.Orang macam ni sampai bila pun takkan maju.Lagi teruk perangai dia, lagi tinggi hukum karma yang bakal dia terima.Mata jahat yang bersatu dengan hati yang busuk.
Chapter 3
- Menghilangkan rasa ujub pada diri sendiri.
Hati manusia berubah-ubah, ada kala hari ini baik, esok pula belum tentu, hari ini angin yang bertiup itu sepoi-sepoi bahasa, namun tidak mustahil boleh bertukar menjadi puting beliung yang mengganas.
Oleh itu, semua penilaian mengenai seseorang itu sifatnya relatif, boleh berubah-ubah seperti kenyataan Rasulullah SAW yang mengakui bahawa manusia dicipta dengan hati yang berbolak-balik sehingga Baginda mengajarkan umatnya supaya berdoa dengan sabdanya yang bermaksud:
“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan Imam Ahmad)
Manusia adalah makhluk yang relatif berubah, sehingga tidaklah boleh dinilai secara mutlak. Jika kita mahu mengambil manfaat daripada orang lain maka ambillah teladan daripadanya ketika dia berada di atas kemuncak kebaikannya.
Jangan sesekali melihat ketika dia jatuh, lemah, berdosa, penuh aib dan cela kerana jika kita suka melihat saat dia di bawah maka rasa ujub akan menguasai diri. Boleh jadi kita akan berkata: “Alangkah baiknya agamaku, amal dan ilmuku, keluarga dan kehidupanku jika dibanding dengan dirinya! Betapa buruk perangai orang itu, zalim sungguh tangannya, tamak dan kedekut sifatnya, kasar dan kurang ajar perangainya, tidak ada kebaikan langsung berbanding diriku!
Adapun tanda seseorang mendapat rahmat-Nya adalah ketika manusia tertarik dengan keperibadiannya.p/s : dan saya sedari...saya kehilangan..tidak lagi beraja dimata..bertahkta di hati
diari hati ilhamhainy at 2:55 PM 0 comments
March 16, 2011
Hari kajadian lagi

Perempuan mesti ingat tarikh atau peristiwa dalam hidup.Orang lelaki selalu lupa..betul tak...?
Hari ini hari kejadian lagi. Hari lahir adik azhar yg ke......Eh!! tak yah la sebut...dah tueee...selamat hari lahir lah ye... moga dimurahkan rezeki...dilimpahi rahmat dan kurnia dariNya..Semoga bertemu hala tuju hidup...semoga..semoga...semoga dan semoganya lah...kakak sayang kamu kalay kamu nak tahu...peace...
diari hati ilhamhainy at 3:44 PM 0 comments


